Home Civil Society Voices Bersih 2.0, Suaram mengutuk keganasan polis Hong Kong, menggesa penarikan rang undang-undang...

Bersih 2.0, Suaram mengutuk keganasan polis Hong Kong, menggesa penarikan rang undang-undang ekstradisi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk keganasan polis Hong Kong semasa perhimpunan aman membantah pindaan undang-undang ekstradisi.

Berdasarkan laporan media dan dokumentasi video, pihak polis telah menggunakan semburan pemedih mata dan cota, menembak gas pemedih mata serta peluru getah kepada peserta bantahan aman dalam cubaan untuk menyuraikan himpunan tersebut menyebabkan kecederaan kepada peserta protes dan wartawan.

Ordinan Undang-Undang Hak Hong Kong dan Undang-Undang Asasi Hong Kong menjamin hak warga Hong Kong untuk berhimpun secara aman. Apa yang dilakukan oleh polis pada 12 Jun bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang tersebut malah ianya adalah satu penyalahgunaan kuasa yang ketara.

Semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, ramai rakyat Malaysia pernah mengalami perkara yang sama dikasari oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih dan perhimpunan aman yang lain.

Kami ingin menyatakan rasa simpati dan solidariti kami bersama jutaan warga Hong Kong yang tekal memperjuangkan hak mereka. Kami juga menyeru kerajaan Hong Kong untuk menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan mengekalkan ruang kebebasan dan demokratik di Hong Kong.

Kami juga menggesa kerajaan Hong Kong untuk memulakan siasatan bebas kepada pihak polis bagi mempertanggungjawabkan mereka terhadap keganasan yang mereka lakukan.

Kami juga dengan tegas menggesa kerajaan Hong Kong untuk mendengar suara rakyat dan menarik pindaan undang-undang ekstradisi tersebut. Pindaan tersebut akan mengakibatkan ekstradisi orang yang dituduh dengan pertuduhan jenayah ke tanah besar China, di mana mereka berisiko untuk diseksa, dianiaya dan melalui perbicaraan yang tidak adil.

Kerajaan Hong Kong harus mendukung kedaulatan undang-undang dan sebarang ekstradisi suspek jenayah mesti melalui penelitian hak asasi manusia seiring dengan piawaian antarabangsa.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
IT.Scheiss
15 Jun 2019 8.42pm

How about condemnation of U.S. imperialist extradition of Julian Assange, with the help of their loyal poodles the U.K. and Ecuador?

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x