Home Civil Society Voices Bina kembali negara dengan Islam wasatiy, tolak politik sempit

Bina kembali negara dengan Islam wasatiy, tolak politik sempit

ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) mengambil berat perkembangan politik sekitar pilihan raya negeri yang baru berlangsung di enam negeri baru-baru ini.

HGIM melahirkan rasa kecewa dengan isu-isu perkauman, raja dan agama (“tiga R”) yang telah dijadikan modal dalam kempen pilihan raya negeri mahupun setelah ia berakhir, begitu juga ura-ura bahawa ada pihak yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.

HGIM turut menzahirkan kebimbangan jika isu tiga R tidak dibanteras, ia boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Begitu juga dengan usaha menjatuhkan kerajaan persekutuan sedia ada, ia akan membawa kembali Malaysia kepada ketidakstabilan sepertimana yang berlaku pada tahun 2020, yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan membantutkan pembangunan negara.

Oleh itu, HGIM menyeru semua pihak terutama ahli-ahli politik agar berhenti memainkan sentimen tiga R dan menjatuhkan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi fokus untuk memulihkan negeri dan negara dari pelbagai sudut.

Pilihan raya umum dan pilihan raya negeri telah berlalu, inilah masanya untuk semua pihak berganding bahu mempertaut dan mengukuhkan semula hubungan antara anggota masyarakat.

HGIM menyeru rakyat Malaysia terutamanya umat Islam agar menghayati dan mengamalkan Islam wasatiy atau wasatiyyah, yang menekankan keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan, serta menolak segala bentuk amalan fitnah, mengkafirkan sesama orang Islam, menggunakan kata-kata kesat serta sebarang bentuk ekstremisme dan radikalisme yang merosakkan keharmonian dan mengeruhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Dengan mendukung nilai-nilai Islam wasatiy, menolak ekstremisme dan berganding bahu memperjuangkan keharmonian serta kemajuan negara, HGIM yakin Malaysia akan menjadi negara yang cemerlang lagi bermaruah.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia

  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
  • Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  • Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x