Home Civil Society Voices ‘Board of Peace’ dikecam sebagai penipuan keamanan/‘Board of Peace’ undermines international law

‘Board of Peace’ dikecam sebagai penipuan keamanan/‘Board of Peace’ undermines international law

AI-GENERATED IMAGE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH BELOW] Penang4Palestine dengan tegas mengecam penubuhan apa yang dinamakan sebagai ‘Board of Peace’, satu inisiatif yang dikaitkan dengan Presiden AS Donald Trump.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah bermotifkan politik yang berisiko melemahkan sistem antarabangsa berasaskan undang-undang dan kerjasama pelbagai hala.

Penang4Palestine menegaskan bahawa inisiatif tersebut memesongkan konsep keamanan dengan memindahkan kuasa membuat keputusan daripada institusi antarabangsa kepada kelompok elit politik dan ekonomi yang sempit.

Keamanan tidak boleh ditentukan oleh autoriti peribadi, kesetiaan politik atau pengaruh kewangan, sebaliknya mesti berlandaskan undang-undang antarabangsa, kebertanggungjawaban dan konsensus global.

Pertubuhan ini turut merujuk kepada rekod panjang AS melibatkan peperangan, sekatan ekonomi dan campur tangan politik yang telah menyumbang kepada ketidakstabilan serta penderitaan awam di banyak wilayah.

Dari Iraq dan Libya ke Iran dan Venezuela, rekod ini menimbulkan persoalan serius terhadap kredibiliti moral mana-mana inisiatif keamanan yang dipimpin oleh AS.

Penang4Palestine juga memberi amaran bahawa Board of Peace berpotensi melemahkan peranan PBB serta prinsip multilateralisme yang termaktub dalam Piagam PBB.

Menggantikan sistem antarabangsa berasaskan peraturan dengan autoriti ad hoc hanya akan menormalisasikan impuniti, bukannya membawa keamanan berkekalan.

Dalam konteks Palestin, khususnya Gaza, Penang4Palestine menegaskan bahawa inisiatif ini tidak menawarkan sebarang jaminan jelas terhadap perlindungan orang awam, tiada komitmen untuk menamatkan penjajahan, dan tiada pengiktirafan terhadap hak rakyat Palestin di bawah undang-undang antarabangsa. Tanpa asas ini, dakwaan keamanan kekal bersifat retorik semata-mata.

Penang4Palestine menyeru negara-negara Global South serta masyarakat antarabangsa untuk menolak Board of Peace ini, dan menegaskan bahawa keamanan yang tulen dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui undang-undang antarabangsa, multilateralisme, serta penghormatan terhadap maruah dan hak semua rakyat. – P4P

READ MORE:  When Britannia came to kiss the ring

English version

‘Board of Peace’ slammed for undermining international law

Penang4Palestine has strongly criticised the establishment of the so-called ‘Board of Peace’, an initiative associated with US President Donald Trump, describing it as a politically motivated project that risks undermining the international system based on law and multilateral cooperation.

The organisation said the initiative misrepresents the concept of peace by shifting decision-making power away from international institutions and towards a narrow circle of political and economic elites.

Peace, it stressed, cannot be defined by personal authority, political loyalty or financial influence but must be grounded in international law, accountability and collective consensus.

Penang4Palestine also pointed to the US’ long record of military interventions, economic sanctions and political interference that has contributed to instability and civilian suffering in multiple regions.

From Iraq and Libya to Iran and Venezuela, the organisation said, this record raises serious questions about the moral credibility of any US-led peace initiative.

The group further warned that the Board of Peace risks weakening the role of the UN and the principles of multilateralism enshrined in the UN Charter. Replacing a rules-based international order with ad-hoc authority, it said, would normalise impunity rather than promote sustainable peace.

In the context of Palestine, particularly Gaza, Penang4Palestine stressed that the initiative offers no clear guarantees for civilian protection, no commitment to ending occupation, and no recognition of Palestinian rights under international law. Without these foundations, claims of peace remain rhetorical rather than substantive.

Penang4Palestine urged countries of the Global South and the wider international community to reject the Board of Peace, reaffirming that genuine and lasting peace can only be achieved through international law, multilateral cooperation, and respect for the rights and dignity of affected populations. – P4P

READ MORE:  Who wins a war that punishes the whole world?

MS Anuar Mahmod is the chairman of Penang4Palestine.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x