Home Civil Society Voices Bubar Parlimen musim banjir tidak wajar

Bubar Parlimen musim banjir tidak wajar

Massive Klang Valley floods 2021

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Ikram Malaysia memandang serius ura-ura untuk membubarkan Parlimen pada waktu terdekat.

Dengan ramalan banjir yang bakal melanda negara pada penghujung tahun ini dan awal tahun hadapan, tindakan membubarkan Parlimen pada waktu ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Melaksanakan pilihan raya umum ketika rakyat sedang bergelut dengan banjir adalah satu kezaliman yang disengajakan kepada rakyat, malah kerajaan juga akan menanggung kerugian yang besar.

Ikram berpandangan bahawa kerajaan hendaklah memberi tumpuan kepada menyelesaikan permasalahan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit, khususnya yang berkaitan dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.

Ikram juga mencadangkan agar kerajaan meluluskan akta pendanaan politik sebelum pilihan raya umum supaya pendapatan dan perbelanjaan semasa pilihan raya dapat dipantau dengan tersusun dan mengelakkan gejala rasuah.

Ikram menyambut baik penguatkuasaan pindaan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti (Akta A1663) yang bermula pada 5 Oktober, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pilihan raya umum merupakan satu amalan demokrasi yang sangat penting bagi negara serta melibatkan semua rakyat yang layak mengundi. Tindakan membubarkan Parlimen secara tergesa-gesa adalah tidak wajar sama sekali. Kepentingan rakyat dan negara perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam apa juga keadaan.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x