Tiada jawapan selepas satu tahun, keluarga dan gabungan ini menggesa siasatan semula dilakukan di bawah Seksyen 302 (pembunuhan) terhadap kes kematian J Soosaimanicckam.
Pada 14 Ogos 2025, Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menganjurkan sidang media di Parlimen, menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam, menggesa peguam negara dan pihak polis melakukan siasatan bebas terhadap kes kematian kadet tentera laut J Soosaimanicckam di pangkalan laut Lumut pada tahun 2018.
Pada 29 Julai 2024 Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan bahawa kematian mendiang adalah disebabkan homisid iaitu beliau telah dibunuh. Mahkamah juga memutuskan bahawa pembunuhan ini adalah akibat tindakan langsung pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pihak keluarga mendiang Soosaimanicckam telah pun membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Petaling Jaya pada 1 Ogos 2024 menuntut suatu siasatan pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan susulan dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut. Pihak keluarga juga telah serahkan memorandum kepada pejabat ketua polis negara di Bukit Aman pada 8 Ogos 2024. Selain itu juga telah serahkan satu memorandum kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya pada 13 Mei 2025.
Sehingga kini, pihak keluarga mendiang tidak dihubungi oleh pihak polis dan tidak dimaklumkan sama ada siasatan sedang dijalankan atas kematian mendiang Soosamanicckam selaras dengan laporan tersebut dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Keluarga mendiang dan Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menuntut satu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka dan dikendalikan oleh pasukan khas polis di Bukit Aman, seperti yang kes Zara Qairina Mahathir di Sabah.
Siasatan yang dijalankan harus memberi pertimbangan sewajarnya kepada keputusan homisid yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh. Perkembangan siasatan dikomunikasikan kepada pihak keluarga untuk memastikan ketelusan siasatan.
Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing bersetuju dengan tuntutan keluarga dan gabungan, beliau meminta pihak berkuasa yang berkaitan memberi satu jawapan yang jelas kepada keluarga J Soosaimanicckam. Beliau akan membangkitkan perkara di di dalam debat Dewan Rakyat.
Syed Mohamad Shariff Syed Mohamed Nur ialah penyelaras Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

