
[ENGLISH VERSION BELOW] Selepas menyambut tahun 2025, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menjangkakan tahun yang penuh cabaran.
Inflasi, kekurangan makanan dan ketidaktentuan geopolitik mungkin mendominasi bulan-bulan akan datang termasuk kesan daripada perubahan iklim.
Namun, terdapat perkembangan positif, seperti kelulusan yang dinanti-nantikan bagi Undang-Undang Lemon di Parlimen dan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih bersih.
Perubahan iklim dan kesannya
Purata hujan tahunan tidak lagi menjadi petunjuk yang boleh diandalkan, kerana hujan lebat yang melampau dan kemarau adalah semakin kerap.
Sistem perparitan sedia ada tidak mampu tampung, dan kenaikan paras laut boleh menyebabkan banjir di kawasan yang sebelum ini tidak terjejas.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kerajaan harus mempertimbangkan pemasangan sistem penuaian hujan dalam projek perumahan baru dan menawarkan subsidi bagi rumah lama untuk mengguna pakai sistem ini. Air hujan yang dituai boleh digunakan untuk tujuan bukan minuman, mengurangkan pembaziran dan mengurangkan risiko banjir kilat.
Kemarau akan membebankan sumber air akibat pertumbuhan populasi dan permintaan industri. Populasi Malaysia meningkat dari 33.2 juta pada tahun 2020 kepada 34.7 juta pada tahun 2024.
Corak cuaca yang tidak menentu akan mengganggu pertanian, menyebabkan kenaikan harga makanan. Ramalan menunjukkan Malaysia akan mengalami lebih banyak hujan, suhu yang lebih sejuk dan monsun timur laut yang lebih kuat sekurang-kurangnya sehingga Mac.
Pengeluaran dan keterjaminan makanan
Malaysia masih sangat bergantung pada import makanan, dengan 70% bekalan makanan negara diperoleh dari luar negara. Sebanyak 90% daging merah diimport, menjadikan negara ini terdedah kepada inflasi dan kekurangan makanan.
CAP telah berulang kali mengetengahkan kenaikan harga makanan, namun isu ini masih perlahan ditangani. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan agensi penguatkuasaan undang-undang harus segera menyiasat dakwaan bekalan benih berkualiti rendah dan aktiviti kartel.
Selain itu, gangguan dalam rantaian pengedaran makanan menyumbang kepada pembaziran dan inflasi, memerlukan campur tangan segera.
Ketidaktentuan geopolitik dan kesan ekonomi
Ketidaktentuan geopolitik serantau menimbulkan risiko yang besar.
Pelaksanaan tarif mungkin menyebabkan pengeksport Brics (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) menanggung kos yang lebih tinggi kepada pengguna tempatan, menyebabkan inflasi. Tarif boleh mengurangkan pendapatan eksport, melemahkan mata wang Brics berbanding dolar AS.
Mata wang yang lemah meningkatkan kos barangan import seperti bahan api dan jentera, menambah tekanan inflasi. Harga makanan mungkin meningkat jika gangguan perdagangan menjadikan input pertanian lebih mahal. Namun, peningkatan perdagangan dalam rantau Asia Tenggara boleh membantu mengurangkan inflasi harga makanan.
Peralihan tenaga hijau
Malaysia mempunyai potensi tenaga solar yang kuat, dengan purata 4.5-6.5 kWh/m²/hari.
Kerajaan harus terus mempromosikan penggunaan solar atas bumbung melalui insentif seperti net energy metering (NEM 3.0) dan pengecualian cukai, terutamanya untuk bangunan baru.
Insentif cukai yang lebih kuat untuk pembelian kenderaan elektrik dan penukaran armada kenderaan adalah diperlukan.
Kebimbangan masih wujud mengenai kitar semula bateri kenderaan elektrik, kerana teknologi semasa masih berkembang. Malaysia mesti menubuhkan kemudahan kitar semula bateri tetapi mungkin menghadapi cabaran dalam mengekalkan kapasiti pemprosesan jika bateri yang tersedia untuk dikitar semula tidak mencukupi. Bahan yang tidak boleh dikitar semula mungkin berakhir di tapak pelupusan, menimbulkan risiko alam sekitar.
Krisis hutang isi rumah
Hutang isi rumah Malaysia meningkat dari RM1.53tn pada tahun 2023 kepada RM1.57tn pada pertengahan 2024, bersamaan dengan 83.8% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Pinjaman perumahan dan kereta adalah penyumbang utama, merangkumi 74.5% daripada jumlah hutang isi rumah.
Hutang isi rumah akan terus meningkat melainkan punca asas diatasi. Membina flat kos rendah dan kos sederhana rendah bukanlah penyelesaian jika orang ramai terpaksa menanggung hutang yang besar untuk membelinya.
Jika tidak, flat ini berisiko menjadi harta terlebih bekalan, terutamanya jika institusi kewangan menolak permohonan pinjaman. Atas sebab ini, kami menyokong skim perumahan sewa-sebelum-milik.
Pemilikan kereta di Malaysia sering dilihat sebagai keperluan dan bukannya kemewahan kerana sistem pengangkutan awam yang tidak memadai. Untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan mesti memastikan ia:
- Boleh diandalkan (kerosakan minimum dan kekerapan perkhidmatan)
- Mampu milik (boleh diakses oleh kumpulan berpendapatan rendah)
- Mudah (mudah diakses contohnya tanpa perlu melintasi lebuh raya)
- Tepat masa (membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan berkesan)
Malaysia menghadapi cabaran besar pada tahun 2025, dari kesan perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan hutang isi rumah.
Namun, dengan dasar proaktif dan pelaburan strategik dalam tenaga hijau, keterjaminan makanan dan infrastruktur awam, negara dapat mengurangkan risiko ini.
Memperkukuh tadbir urus, menguatkuasakan undang-undang persaingan dan meningkatkan langkah-langkah kelestarian adalah penting dalam memastikan masa depan yang kukuh untuk Malaysia. – CAP
Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
English version
Malaysia’s challenges and opportunities in 2025
After welcoming 2025, the Consumers’ Association of Penang (CAP) anticipates a challenging year ahead.
Inflation, food shortages and geopolitical uncertainties may dominate the coming months due to climate change.
However, there are positive developments, such as the much-awaited passing of the Lemon Law in Parliament and the transition to adopt cleaner renewable energy sources.
Climate change and its impact
Annual rainfall averages are no longer reliable indicators, as extreme bouts of intense rainfall and droughts have become more frequent.
Existing drainage systems are inadequate, and rising sea levels may cause flooding in previously unaffected areas.
The government should consider incorporating rain harvesting systems into new housing projects and offering subsidies for older homes to adopt the system. Harvested rainwater can be used for non-drinking purposes, reducing waste and mitigating flash floods.
Droughts will further strain water resources due to growing populations and industrial demands.
Malaysia’s population grew from 33.2 million in 2020 to 34.7 million in 2024.
Irregular weather patterns will disrupt agriculture, leading to increased food prices.
Predictions indicate Malaysia will experience higher rainfall, cooler temperatures, and a more intense northeast monsoon until at least March.
Food production and security
Malaysia remains highly dependent on food imports, with 70% of its food supply sourced from abroad. As much as 90% of red meat is foreign-sourced, making the country vulnerable to inflation and food shortages.
CAP has consistently highlighted rising food prices, yet progress in addressing the issue has been slow. The Ministry of Agriculture and Food Security, the Malaysia Competition Commission (MyCC) and law enforcement agencies should urgently investigate claims of low-quality seed supplies and cartel activities.
Additionally, disruptions in the food distribution chain contribute to waste and inflation, requiring immediate intervention.
Geopolitical uncertainties and their economic impact
Regional geopolitical uncertainties pose significant risks.
Tariff implementations may lead Brics (Brazil, Russia, India, China and South Africa) exporters to pass higher costs to local consumers, causing inflation. Tariffs could reduce export revenue, weakening Brics currencies against the US dollar.
A weaker currency increases the cost of imported goods, such as fuel and machinery, adding to inflationary pressures.
Food prices may rise if trade disruptions make agricultural inputs more expensive.
However, increased trade within the Southeast Asian region could help mitigate food price inflation.
Green energy transition
Malaysia has strong solar energy potential, averaging 4.5-6.5 kWh/m²/day. The government should continue promoting rooftop solar adoption through incentives like net energy metering (NEM 3.0) and tax exemptions, especially for new buildings.
Stronger tax incentives for electric vehicle purchases and fleet conversion are necessary.
Concerns remain regarding electric vehicle battery recycling, as current technology is still evolving. Malaysia must establish battery recycling facilities but may face challenges in maintaining processing capacity, if insufficient batteries are available for recycling. Unrecyclable materials could end up in landfills, posing environmental risks.
Household debt crisis
Malaysia’s household debt rose from RM1.53tn in 2023 to RM1.57tn by mid-2024, equating to 83.8% of gross domestic product (GDP). Housing and car loans were the main contributors, accounting for 74.5% of total household debt.
Household debt will continue escalating unless underlying causes are addressed. Constructing low and low-medium-cost flats is not a solution if people must take on massive debt to afford them.
Otherwise, these flats risk becoming overhang properties, especially if financial institutions reject loan applications.
This is the reason we advocate for rent-to-own housing schemes.
Car ownership in Malaysia is often seen as a necessity rather than a luxury due to inadequate public transport. To encourage public transport usage, the government must ensure it is:
- Reliable (minimal breakdowns and regular service intervals)
- Affordable (accessible to low-income groups)
- Convenient (easy to access, for example without crossing highways)
- Punctual (enabling commuters to plan their trips effectively)
Malaysia faces significant challenges in 2025, from climate change impacts to economic uncertainties and rising household debt.
However, with proactive policies and strategic investments in green energy, food security and public infrastructure, the country can mitigate these risks.
Strengthening governance, enforcing competition laws and enhancing sustainability measures are crucial in ensuring a resilient future for Malaysia. – CAP
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme