Home Civil Society Voices Cadangan Kelantan untuk menyingkirkan kawasan sensitif alam sekitar ditentang (Malay/English)

Cadangan Kelantan untuk menyingkirkan kawasan sensitif alam sekitar ditentang (Malay/English)

Kelantan’s rich biodiversity is being destroyed by the wanton destruction of watershed areas due to state-sanctioned logging, poor planning and weak control of development - COAC/FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 11 Oktober Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kelantan telah merangka pindaan kepada pelan struktur, pelan tempatan dan pelan kawasan khas negeri Kelantan.

Setelah mengkaji cadangan pindaan tersebut, WWF-Malaysia amat kecewa dengan langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, iaitu menyingkirkan semua kawasan sensitif alam sekitar di Kelantan daripada pelan tersebut dan hanya mengekalkan sebahagian daripada kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan air.

Cadangan pindaan termasuklah penyingkiran hutan simpan kekal serta Taman Negara sebagai kawasan sensitif alam sekitar,  yang amat penting dalam menyediakan perkhidmatan ekosistem dan mitigasi bencana alam.

WWF-Malaysia secara keras menentang cadangan ini, kerana penyingkiran pengkelasan kawasan sensitif alam sekitar asal akan mengalih keluar perlindungan-perlindungan penting bagi kawasan-kawasan tersebut terhadap kemungkinan pembangunan tanpa batasan.

Tanpa perlindungan ini, terdapat risiko yang lebih tinggi perubahan penggunaan tanah, pembukaan hutan berskala besar dan kehilangan habitat bagi pelbagai spesies.

Ini seterusnya boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti yang ketara, kesan sosioekonomi langsung dan tidak langsung, serta gangguan terhadap ekosistem yang rapuh.

Sebagai organisasi berteraskan sains yang berdedikasi kepada pemeliharaan kepelbagaian biologi, kami sangat bimbang bahawa tiada langkah mencukupi diambil untuk melindungi alam semula jadi dan hidupan liar kita.

Seperti yang disebut oleh menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim dalam kenyataannya pada 27 Oktober, kami menggesa kerajaan negeri Kelantan untuk mempertimbangkan semula cadangan pindaan kepada pengkelasan kawasan sensitif alam sekitar asal ini.

Ini bukan sahaja untuk menjamin habitat hidupan liar di dalam hutan simpan kekal, tetapi penyingkiran pengkelasan juga akan memberi kesan kepada mata pencarian, keselamatan dan keamanan komuniti di kawasan sekitar kerana kehilangan hutan membawa kepada banjir kilat yang lebih kerap. Banjir telah lama menjadi masalah untuk negeri Kelantan, dan ini hanya akan memburukkan keadaan.

READ MORE:  Penang government should explain zoning for workers' dorms

WWF-Malaysia juga mengajak orang ramai untuk mengambil bahagian dalam proses semakan pindaan yang dirangka. Ini adalah masa dan peluang untuk memastikan suara anda dikira.

Semakan awam adalah dari 11 Oktober hingga 11 November 2023, dan maklum balas atau bantahan terhadap cadangan pindaan boleh dibuat secara bertulis di sini. Sila hantarkan borang lengkap ke alamat yang diberikan pada borang atau emel Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Kelantan di [email protected]

Rakyat Malaysia yang tinggal di luar Kelantan juga dialu-alukan untuk menghantar borang.

WWF-Malaysia juga lebih dari bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan dan memberi bantuan dalam mengenal pasti solusi mampan yang akan memberi manfaat kepada alam sekitar dan ekonomi negeri Kelantan.

Dengan kekayaan sumber asli dan kepelbagaian biodiversiti, negeri Kelantan boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia dengan mengambil pendekatan seimbang terhadap pembangunan.

Selain itu, dunia sedang memerhati dan menilai komitmen negara-negara terhadap amalan alam sekitar yang mampan. Mengambil langkah ke belakang dalam usaha pemeliharaan bukan sahaja memberi kesan kepada imej negeri Kelantan, tetapi juga Malaysia sebagai negara di pentas global.

Kesimpulannya, WWF-Malaysia menggesa kerajaan negeri Kelantan untuk memberi keutamaan kepada pemeliharaan ekosistem unik negeri dan pelbagai spesies yang bergantung kepadanya. Ini bukan sahaja tentang melindungi alam semula jadi; ini adalah tentang memastikan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Kelantan untuk generasi yang akan datang.

Kami berharap bahawa keprihatinan kami akan diberikan pertimbangan yang serius, dan kami tetap terbuka untuk berdialog bagi mencari titik pertemuan yang mengimbangi kepentingan terbaik negeri Kelantan, rakyat dan alam sekitarnya. – WWF-Malaysia

English version

WWF-Malaysia alarmed by Kelantan’s move to remove vital ecosystems from protected areas list

On 11 October the Kelantan Town and Country Planning Department drafted alterations to the Kelantan state structure plan, local plan and special area plan.

READ MORE:  East coast floods highlight Malaysia's political failures

After reviewing these proposed alterations, WWF-Malaysia is gravely concerned with the unprecedented move to remove all environmentally sensitive areas in Kelantan from the plan and only to retain parts of the areas as water catchment areas.

The proposed alterations include the removal of permanent forest reserves and the Taman Negara National Park as ESAs, which are crucial in providing ecosystem services and mitigation of natural disasters.

WWF-Malaysia strongly opposes this proposal, as the removal of the original environmentally sensitive areas classifications would remove critical safeguards against potential indiscriminate development.

Without these safeguards, there is a higher risk of land-use changes, large-scale clearing of forests and loss of habitat for multiple species.

This, in turn, could lead to a significant loss of biodiversity, multiple direct and indirect socioeconomic impacts, and a disruption of delicate ecosystems.

As a science-based organisation dedicated to the conservation of biological diversity, we are deeply concerned that insufficient measures are taken to protect our nature and wildlife.

To echo the sentiments of the natural resources, environment and climate change minister in his statement on 27 October, we call on the Kelantan state government to reconsider the proposed alterations of the original environmentally sensitive areas classification.

This is not only to secure wildlife habitat in permanent forest reserves, but the removal of the classifications would also affect the livelihoods, security and safety of communities in the surrounding areas, as forest loss leads to more flash floods. Floods have always been a prevalent issue for the state of Kelantan, and this could only make it worse.

READ MORE:  NGO bantah cadangan pengubahan rancangan pemajuan Kelantan

WWF-Malaysia also calls on the public to participate in the review process of the drafted alterations. This is the time and opportunity to make your voice count. The public review is from 11 October to 11 November, and feedback or objections to the proposed alterations can be made in writing here.

Please mail your completed forms to the address provided on the form or email Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan at [email protected]

Malaysians living outside Kelantan are also welcome to submit the forms.

WWF-Malaysia is also more than willing to collaborate with the Kelantan state government and provide assistance in identifying sustainable solutions that will benefit both the environment and the state’s economy.

With its wealth of natural resources and rich biodiversity, the state can become a model for other states in Malaysia by taking a balanced approach to development.

Furthermore, the world is closely watching and evaluating the commitment of countries and regions towards sustainable environmental practices. Taking a step back in conservation efforts does not only affect the state’s image, but Malaysia as a nation on the global stage.

In conclusion, WWF-Malaysia strongly urges the Kelantan state government to prioritise the preservation of the state’s unique ecosystems and the countless species that depend on them.

This is not just about protecting nature; it is about ensuring the health, wellbeing and prosperity of the people of Kelantan for generations to come.

We hope that our concerns will be given serious consideration, and we remain open for a dialogue to find a common ground that serves the best interests of Kelantan, its people and its environment. – WWF-Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x