
[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (Friends of the Earth Malaysia) dan Friends of the Earth Asia Pasifik mengutuk sekeras-kerasnya cadangan Presiden AS Donald Trump mengenai cadangan ke atas Gaza baru-baru ini, yang akan membawa kesan buruk kepada alam sekitar dan keadilan sosial di rantau Timur Tengah.
Rancangan Trump yang dilaporkan itu, termasuk cadangan untuk memindahkan penduduk dan projek ekonomi yang berpotensi, mengabaikan krisis kemanusiaan dan ekologi yang teruk di Gaza.
Apatah lagi, memindahkan secara paksa sekumpulan orang dari sesuatu kawasan adalah definisi pembersihan etnik. Ia melanggar undang-undang antarabangsa dan satu jenayah perang.
Kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman berterusan selama 15 bulan oleh tentera pendudukan Israel, termasuk pengeboman kawasan bandar, telah membawa kepada kemerosotan alam sekitar yang meluas, pencemaran air dan kemusnahan tanah pertanian. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan hidup yang sudah teruk bagi rakyat Palestin.
Kami menggesa masyarakat antarabangsa untuk menolak sebarang cadangan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan tidak menghiraukan kebimbangan terhadap alam sekitar dan keadilan sosial.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jalan ke hadapan mestilah memberikan tumpuan kepada akauntabiliti, membina semula Gaza dengan penyelesaian yang mampan dan mesra alam, di samping memastikan penghormatan terhadap hak asasi rakyatnya.
AS mestilah bertanggungjawab kerana membolehkan kemusnahan alam sekitar berskala besar dilakukan oleh Israel, yang telah meracuni udara Gaza, mencemarkan bekalan airnya, dan melumpuhkan infrastruktur sanitasi dan penjagaan kesihatannya.
Penyasaran yang disengajakan terhadap kemudahan air, grid kuasa dan tanah pertanian adalah satu ecocide (kerosakan atau kehilangan ekosistem yang luas). Ia menyebabkan berjuta-juta orang tanpa akses kepada air minuman bersih, mendedahkan mereka kepada penyakit dan menjadikan kawasan yang luas itu tidak lagi dapat didiami.
Ini bukan sekadar perang terhadap manusia sahaja, malah perang terhadap alam sekitar juga – dan ia akan membawa kesan jangka panjang terhadap kestabilan serantau dan iklim.
Pemindahan secara paksa rakyat Palestin di bawah rancangan Trump yang dilaporkan itu akan memburukkan lagi krisis ini, meningkatkan tekanan ke atas ekosistem yang rentan dan memburukkan lagi kekurangan air di kawasan itu.
Sebarang usaha yang dipanggil “pembinaan semula” yang mengabaikan kebimbangan terhadap alam sekitar dan keadilan sosial hanya akan memperdalamkan lagi penderitaan rakyat Palestin.
Kami enuntut tindakan segera:
- Tamatkan ketidakadilan alam sekitar – Israel dan sekutunya mestilah bertanggungjawab ke atas kemusnahan ekologi di Gaza, termasuk pencemaran udara dan air
- Akauntabiliti bagi jenayah perang terhadap alam sekitar – Serangan ke atas infrastruktur penting merupakan pelanggaran undang-undang alam sekitar dan kemanusiaan antarabangsa
- Pembinaan semula yang mampan – Gaza mestilah dibina semula dengan tumpuan kepada air bersih, tenaga boleh diperbaharui dan daya tahan iklim
- Menghormati hak asasi manusia dan keadilan – Masyarakat antarabangsa mestilah menolak sebarang cadangan yang mengekalkan pendudukan, pemindahan penduduk dan kemusnahan alam sekitar
Dunia tidak boleh berdiam diri sementara bencana alam sekitar dan kemanusiaan berlaku.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Friends of the Earth Asia Pasifik bersolidariti bersama dengan penduduk Gaza dan menggesa campur tangan global segera untuk menamatkan ketidakadilan yang amat parah ini.
Kami berdiri teguh bersolidariti bersama dengan penduduk Gaza dan menuntut penyelesaian segera, mampan dan adil kepada krisis ini. – SAM/FoE-AP
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM).
English version
Trump’s proposal on Gaza strongly condemned
Sahabat Alam Malaysia (Friends of the Earth Malaysia) and Friends of the Earth Asia Pacific strongly condemn US President Donald Trump’s recent proposal on Gaza, which will have devastating consequences for the environment and social justice in the region.
Trump’s reported plan, which includes proposals for population displacement and potential economic projects, ignores the severe humanitarian and ecological crisis in Gaza.
The forced removal of a group of people from an area is the very definition of ethnic cleansing. It is a violation of international law and a war crime.
The destruction caused by 15 months of continuous bombing by the occupation forces of Israel, including the bombardment of urban areas, has led to widespread environmental degradation, water contamination and destruction of agricultural land. It has worsened the already dire living conditions for Palestinians.
We urge the international community to reject any proposal that violates international law, disregards environmental and social justice concerns.
The path forward must focus on accountability and rebuilding Gaza with sustainable, environment-friendly solutions, while ensuring respect for the fundamental rights of its people.
The US must be held accountable for enabling Israel’s large-scale environmental destruction, which has poisoned Gaza’s air, contaminated its water supply, and crippled its sanitation and healthcare infrastructure.
The deliberate targeting of water facilities, power grids and agricultural land amounts to ecocide. It has left millions without access to clean drinking water, exposed them to disease and rendered vast areas uninhabitable.
This is not just a war on people but a war on the environment – one that will have long-term consequences for regional stability and the climate.
The forced displacement of Palestinians under Trump’s reported plan would further exacerbate this crisis, increasing pressure on fragile ecosystems and worsening water scarcity in host regions.
Any so-called “reconstruction” effort that ignores environmental and social justice concerns will only deepen the suffering of the Palestinian people.
We demand immediate action:
- End environmental injustice – Israel and its allies must be held responsible for the ecological devastation in Gaza, including contamination of air and water
- Accountability for war crimes against the environment – Attacks on vital infrastructure constitute violations of international environmental and humanitarian law
- Sustainable reconstruction – Gaza must be rebuilt with a focus on clean water, renewable energy and climate resilience
- Respect for human rights and justice – The international community must reject any proposal that perpetuates occupation, displacement and environmental destruction
The world cannot remain silent while an environmental and humanitarian disaster unfolds.
Sahabat Alam Malaysia and Friends of the Earth Asia Pacific stand in solidarity with the people of Gaza and call for urgent global intervention to end this grave injustice.
We stand in solidarity with the people of Gaza and demand an urgent, sustainable and just resolution to the crisis. – SAM/FoE-AP
Meenakshi Raman is president of Sahabat Alam Malaysia (SAM).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme