Home Civil Society Voices Campur tangan politik dalam pengurusan institusi pengajian tinggi

Campur tangan politik dalam pengurusan institusi pengajian tinggi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gerak merujuk kepada surat terbuka Persatuan Staf Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (PSA UniSZA) bertarikh 18 Julai 2021 mengenai arahan penahanan tugas naib-canselor UniSZA oleh pengerusi lembaga pengarah UniSZA.

Gerak menyokong saranan yang dibuat oleh PSA UniSZA agar semua pihak bertindak mengikut lunas undang-undang, terutamanya perlembagaan UniSZA. Tidak ada pihak yang boleh bertindak melebihi undang-undang.

Gerak hairan mengapa tidak ada lantikan pemangku naib-canselor. Sesebuah universiti tidak patut dibiarkan beroperasi tanpa seorang ketua.

Merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, kuasa perlantikan naib-canselor sesebuah universiti awam terletak kepada menteri pengajian tinggi. Maka, kepada dialah kuasa untuk menahan kerja atau menamatkan perkhidmatan seseorang naib-canselor. Tidak ada individu lain yang mempunyai kuasa yang sama. Pihak lain tidak patut buat keputusan menahan kerja seseorang naib-canselor, hingga menganggu pengurusan sesebuah universiti.

Episod ini merupakan kesinambungan kepada beberapa episod yang menunjukkan campurtangan pihak luar di dalam pengurusan universiti. Autonomi universiti, kebebasan akademik dan kesepakatan (collegiality) langsung tidak dihormati.

Dalam bulan Jun 2021 sahaja, antara tajuk berita yang menunjukkan perlekehan autonomi universiti adalah:

  • Pelajar perubatan dakwa tak dibenar duduki peperiksaan (Berita Harian, 14 Jun 2021)
  • Minister accuses UM of taking matters into own hands by barring medical student who refused Covid-19 jab from exam (Malay Mail, 15 Jun 2021)
  • Lantikan politik jejaskan wibawa, imej universiti (Malaysiakini, 23 June 2021)

Ekoran dari ini, Gerak menuntut semua pihak agar menghayati dan menghormati konsep-konsep autonomi universiti, kebebasan akademik dan kesepakatan, agar segala operasi universiti berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Ini termasuk pihak luar yang nampaknya teringin berkuasa di dalam universiti.

READ MORE:  Conviction of Wong Yan Ke undermines academic freedom - Gerak

Kecemerlangan sesebuah universiti tidak hanya begantung kepada penarafan dunia yang diperolehinya. Kecemerlangan universiti juga bergantung kepada tahap autonomi universiti dan kebebasan akademik di sesebuah universiti. – Gerak

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x