Home Civil Society Voices CAP gesa kerajaan untuk lebih bercita-cita tinggi dalam rundingan perjanjian plastik (Malay/English)

CAP gesa kerajaan untuk lebih bercita-cita tinggi dalam rundingan perjanjian plastik (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pusingan rundingan terakhir yang dijadualkan untuk Perjanjian Plastik Global akan diadakan di Busan, Korea Selatan dari 25 November hingga 1 Disember 2024.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kerajaan Malaysia untuk lebih bercita-cita tinggi dalam mesyuarat jawatankuasa rundingan antara kerajaan (INC-5) ini untuk menamatkan pencemaran plastik.

Pengeluaran global plastik primer yang diramalkan meningkat tiga kali ganda kepada 1,100 juta tan menjelang 2050 merupakan krisis yang serius.

Mengubah bahan api fosil kepada resin plastik dan bahan tambahan akan membebaskan bahan toksik.

Malaysia memainkan peranan besar dalam industri plastik dan petrokimia global. Pengeluaran plastik, penggunaan dan pengurusan akhir hayat mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia dengan pendedahan bahan kimia toksik.

Lebih banyak pengeluaran plastik bermakna pengeluaran bahan kimia toksik yang lebih. Penyelesaian utama untuk menangani kesan plastik adalah mengurangkan pengeluaran dan melarang penggunaan dan penambahan bahan kimia berbahaya.

Naratif industri tentang ekonomi kitaran, kitar semula dan plastik mampan adalah mengelirukan. Walaupun konsep ini kelihatan ada potensi, ianya tidak sejajar dengan realiti bahawa kebanyakan sisa plastik tidak dikitar semula dengan berkesan dan terus mencemarkan alam sekitar

Sukar untuk menentang naratif bahawa “lebih banyak pengeluaran bermakna lebih banyak pencemaran”. Dakwaan bahawa pengeluaran plastik boleh dijadikan mampan adalah tidak realistik, kerana peningkatan pengeluaran plastik akan sentiasa menghasilkan lebih banyak sisa dan toksin.

Oleh itu tindakan global untuk menangani krisis plastik amat diperlukan dengan segera.

Untuk Perjanjian Plastik Global berkesan dalam membalikkan arus pencemaran plastik, mekanisme dan penyelesaian untuk menanganinya perlu wujud dalam sempadan iklim dan planet.

INC-5 harus memastikan bahawa objektif perlindungan kesihatan perjanjian ini disokong oleh kawalan global yang bermakna dan bercita-cita tinggi, menangani kitaran hayat penuh plastik dan mengutamakan kesihatan orang yang terdedah, yang rentan termasuk wanita, kanak-kanak dan belia, dan Orang Asli.

Dalam memuktamadkan rundingan bagi Perjanjian Plastik yang bakal ini, kerajaan Malaysia digesa untuk menyokong perkara berikut, antara elemen lain:

  • Langkah kawalan adalah global dan bukan berdasarkan komitmen nasional. Kita sedang menghadapi krisis plastik global, jadi penyelesaiannya perlu global. Pendekatan berdasarkan peraturan negara, seperti yang diutamakan oleh Malaysia, akan menjadikan perjanjian itu sebahagian besarnya tidak berkesan dan mewujudkan halangan perdagangan, manakala langkah global akan mewujudkan medan permainan yang sama rata untuk semua
  • Perjanjian ini merangkumi mekanisme global untuk mengurangkan pengeluaran plastik. Tanpa campur tangan kawal selia, pengeluaran plastik dijangka meningkat secara mendadak, mengakibatkan peningkatan masalah perubahan iklim, pencemaran dan masalah kesihatan
  • Mengawal selia kumpulan bahan kimia untuk mempercepatkan langkah perlindungan dan mengurangkan risiko penggantian berbahaya atau dikesali, dan menggunakan prinsip berjaga-jaga apabila terdapat ketidakpastian saintifik
  • Mengawal selia bahan kimia sepanjang kitaran hayat penuh plastik untuk memberikan perlindungan yang lebih baik untuk kesihatan manusia. Jika bahan kimia hanya dikawal dalam produk plastik, sejumlah besar penggunaan dan pelepasan kekal tidak terkawal semasa peringkat lain kitaran hayat, seperti semasa pengeluaran dan pengurusan sisa, yang berkemungkinan akan membawa kepada pendedahan berterusan kepada pekerja dan komuniti berjiranan.
  • Pelaporan mandatori, diselaraskan dan telus merentasi kitaran hayat penuh plastik. Ini amat penting untuk langkah-langkah yang berkaitan dengan pembekalan plastik virgin supaya usaha mengurangkan pengeluaran dan memastikan ekonomi kitaran yang tidak toksik dapat dinilai dan dimajukan
  • Perjanjian ini merangkumi peruntukan pemantauan dan pelaporan yang kukuh. Pelaporan adalah langkah penting untuk penilaian keberkesanan dan adalah perlu untuk mempunyai pemahaman yang jelas tentang aliran pencemaran plastik yang merangkumi penunjuk perlindungan kesihatan manusia, seperti biomonitoring bahan kimia plastik, mikroplastik dan nanoplastik
  • Perjanjian ini mengelakkan penyelesaian palsu seperti pengembangan loji sisa kepada tenaga, kredit plastik, kitar semula bahan kimia, plastik alternatif dan skim lain yang boleh membawa kepada masalah selanjutnya
  • Perjanjian ini termasuk sasaran yang mengikat secara sah, bertempoh masa dan bercita-cita tinggi untuk melaksanakan dan meningkatkan penggunaan semula dan isi semula untuk mempercepatkan peralihan daripada plastik sekali guna
  • Apabila mempertimbangkan pencemaran plastik sedia ada, perjanjian ini harus mengutamakan pengenalpastian dan pemulihan kawasan titik panas pencemaran plastik sedia ada, termasuk di loji pengeluaran dan pengurusan atau pembuangan sisa yang mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar
  • Peralihan adil dalam perjanjian mesti menggalakkan perubahan sistemik yang menjunjung hak asasi manusia dan membenarkan masyarakat di sepanjang kitaran hayat plastik untuk hidup dan bekerja dengan bermaruah. Peralihan yang adil mestilah benar-benar inklusif, daripada membuat keputusan kepada pelaksanaan, dan membenarkan komuniti yang terjejas untuk menentukan wawasan mereka sendiri untuk dunia bebas-plastik
  • Terdapat pembiayaan yang mencukupi dan boleh diramal, dan termasuk mekanisme yang menggunakan prinsip bayaran pencemar
READ MORE:  UN plastics treaty talks extended: Slow progress, but many nations back ambitious action

CAP dan pertubuhan masyarakat sivil lain telah memberikan input kami kepada kerajaan Malaysia, termasuk pandangan rangkaian antarabangsa yang kami sertai seperti International Pollutants Elimination Network (Ipen) dan the Global Alliance for Incinerator Alternatives (Gaia).

Kami berharap kebimbangan dan cadangan kami akan dipertimbangkan dengan serius semasa rundingan. Kita menghampiri pusingan akhir rundingan dan oleh itu adalah penting untuk kita mempunyai perjanjian yang kukuh yang berkesan dalam menamatkan pencemaran plastik. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

English version

CAP urges government to be more ambitious at plastic treaty negotiations

The last scheduled round of negotiations for the Global Plastics Treaty will be held in Busan, South Korea from 25 November to 1 December 2024. 

The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls on the Malaysian government to be more ambitious at this intergovernmental negotiating committee meeting (INC-5) to end plastic pollution.

The global production of primary plastic, forecasted to triple to 1,100 million tonnes by 2050, represents a serious crisis. Transforming fossil fuel into plastic resins and additives releases toxic substances.

Malaysia plays a significant role in the global plastics and petrochemical industry. Plastic production, use and end-of-life management threaten the environment and human health with toxic chemicals exposures.

More plastic production means a greater output of toxic chemicals. The key solution to address the impact of plastics is to scale down production and prohibit the use and addition of hazardous chemicals.

The industry’s narrative of circularity, recycling and sustainable plastic is misleading. While these concepts sound promising, they do not align with the reality that most plastic waste is not effectively recycled and continues to pollute the environment.

READ MORE:  Gesaan bagi perjanjian plastik yang lebih kukuh (Malay/English)

It is difficult to counter the narrative that “more production means more pollution”. Claims that plastic production can somehow be sustainable are unrealistic, as increased plastic production will always result in more waste and toxins.

Hence, global actions to address the plastic crisis are urgently needed.

For the Global Plastics Treaty to be effective in reversing the tide of plastic pollution, mechanisms and solutions to address it need to exist within climate and planetary boundaries.

The INC-5 should ensure that the health protection objectives of the treaty are supported by meaningful and ambitious global controls, address the full life cycle of plastics, and prioritise the health of vulnerable people, including women, children and youth, and Indigenous people.

In finalising the negotiations for the future Plastics Treaty, the Malaysian government is urged to support the following, among other elements:

  • Control measures are global and not based on individual national commitments. We are facing a global plastics crisis, so the solution needs to be global. An approach based on national rules, as preferred by Malaysia, would make the treaty largely ineffective and create major trade hurdles, while global measures would create a level playing field for all economic actors
  • The treaty includes global mechanisms to reduce the production of plastics. Without regulatory interventions, plastic production is projected to increase dramatically, resulting in increasing climate, pollution and health problems
  • Regulating groups of chemicals to expedite protective measures and reduce risks of hazardous or regrettable substitutions, and using the precautionary principle when there is scientific uncertainty
  • Regulating chemicals throughout the full life cycle of plastics to provide better protection for human health. If chemicals are only regulated in plastic products, large amounts of uses and emissions remain uncontrolled during other stages of the life cycle, such as during production and waste management, which will likely lead to continued exposures for workers and fence-line communities
  • Mandatory, harmonised and transparent reporting across the full life cycle of plastics. This is particularly essential for measures related to the supply of virgin plastics so that efforts to reduce production and ensure a non-toxic circular economy can be assessed and advanced
  • The treaty includes strong monitoring and reporting provisions. Reporting is an important measure for effectiveness evaluation, and it is necessary to have a clear understanding of plastic pollution trends that include indicators of human health protection, such as biomonitoring of plastic chemicals, microplastics and nanoplastics
  • The treaty avoids greenwashing and false solutions such as expansion of waste-to-energy facilities, plastic credits, chemical recycling, alternative plastics and other schemes that can lead to further problems
  • The treaty includes legally binding, time-bound and ambitious targets to implement and scale up reuse and refill to accelerate the transition away from single-use plastics
  • When considering existing plastic pollution, the treaty should prioritise the identification and remediation of hot spots of existing plastic pollution, including at production and waste management or disposal facilities that threaten human health and the environment
  • A just transition in the treaty must promote systemic change that upholds human rights and allows communities along the plastic life cycle to live and work with dignity. The just transition must be truly inclusive, from decision-making to implementation, and allow affected communities to define their own vision for a plastic-free world
  • There is sufficient and predictable funding, and includes mechanisms that apply the “polluter pays” principle
READ MORE:  The dark side of plastic and unearthing real solutions

CAP and other civil society organisations have provided our input to the Malaysian government, including views of the international networks that we are members of, such as the International Pollutants Elimination Network (Ipen) and the Global Alliance for Incinerator Alternatives (Gaia).

We hope that our concerns and suggestions will be seriously considered during the negotiations. We are approaching the final round of negotiations and thus it is imperative that we have a robust treaty that would be effective in ending plastic pollution. – CAP

Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x