
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Johor, Jabatan Alam Sekitar serta pihak berkuasa tempatan memberi perhatian serius dan mengambil tindakan lebih berkesan bagi mengatasi masalah pencemaran sungai di negeri ini.
CAP kesal walau pun masalah tersebut sudah lama berlaku namun ia masih berulang malah semakin serius mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan.
Apa yang membimbangkan CAP, pencemaran sungai di negeri ini bukan saja berpunca dari pembuangan sampah sarap tetapi juga sisa kimia yang boleh membunuh segala hidupan di dalam sungai dan memudaratkan kesihatan manusia.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi baru-baru ini kecewa kerana Sungai Skudai kekal tercemar miskipun ia kerap dibesihkan. Bahan buangan seperti sampah-sarap, plastik, bangkai ayam dan lampin pakai buang telah mencemarkan air sungai tersebut. Sungai Tebrau juga turut mengalami masalah pencemaran yang teruk.
Sebelum itu, lebih 1,500 penduduk Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, gempar akibat pencemaran bau kimia yang melanda kampung mereka. Ramai antara mereka mengalami sesak nafas, meloya, sakit tekak, pening dan muntah terhidu bahan toksik yang mungkin dibuang di dalam sungai di kampung berkenaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
CAP percaya jika pihak berkenaan gagal melaksanakan undang-undang dengan tegas dan berkesan, kejadian buruk seperti yang berlaku pada 2019 dan 2021 akibat pembuangan sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang menjejaskan kehidupan lebih 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah akan berulang.
Nelayan-nelayan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan sungai seperti ikan, ketam, udang dan lain-lain mungkin terputus mata pencarian jika pencemaran yang melibatkan sungai-sungai di negeri ini terus berlaku.
Justeru itu, Jabatan Alam Sekitar perlu menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan lebih tegas serta mengenakan hukuman berat setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bukannya sekadar kompaun ke atas mereka yang didapati bersalah melanggar akta tersebut.
CAP mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji tahap pencemaran sungai di Johor dan mengenal pasti punca-punca kegagalan pihak kerajaan menangani masalah ini dengan berkesan.
Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme