
[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Johor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pihak berkuasa tempatan memberi perhatian serius dan mengambil tindakan undang-undang dengan tegas bagi menangani masalah pencemaran sungai di Pasir Gudang yang telah lama berlarutan.
Mengulas kenyataan pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon mengenai masalah ini, CAP kesal sehingga sekarang empat sungai iaitu Sungai Tukang Batu, Sungai Perembi, Sungai Buluh dan Sungai Kim Kim terus tercemar pada tahap tiga dan empat. Keadaan ini amat membimbangkan CAP kerana ia boleh merebak dan mengancam alam sekitar serta kehidupan penduduk tempatan dengan lebih serius lagi pada masa akan datang.
Kejadian pencemaran sisa toksik yang berlaku di Pasir Gudang melibatkan Sungai Kim Kim sebelum ini adalah peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan kerana telah memberi kesan amat buruk ke atas kehidupan hampir 6,000 penduduk termasuk para pelajar sekolah di kawasan berkenaan.
CAP yang telah berulang kali mendesak pihak kerajaan bertindak tegas menangani masalah ini sejak beberapa tahun yang lalu berpendapat, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan tidak ada tindakan tegas yang diambil ke atas pihak yang menjadi punca berlakunya masalah ini menyebabkan keadaannya bertambah kritikal dan boleh mengancam nyawa serta hidupan air seperti ikan, udang, ketam dan lain-lain di sungai berkenaan termasuk laut berhampiran yang menjadi tempat para nelayan mencari rezeki.
Kawasan hutan paya bakau tempat pembiakan hidupan laut juga akan terancam dan musnah jika sisa buangan toksik dari kilang industri tidak dikawal dengan berkesan melalui pemantauan rapi dan tindakan undang-undang yang tegas oleh pihak kerajaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
CAP menegaskan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 perlu dikuatkuasakan dengan berkesan dan pemantauan yang berterusan dan lebih kerap hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di semua kawasan perindustrian di negeri ini serta lokasi yang menjadi sasaran pembuangan sisa kilang secara haram seperti saliran dan sungai.
CAP meminta kerajaan negeri, JAS dan pihak berkuasa tempatan mendedahkan kepada orang ramai dari masa ke semasa kedudukan dan tahap pencemaran sungai yang berlaku di kawasan Pasir Gudang supaya ia dapat meredakan kebimbangan penduduk dan masyarakat nelayan yang sentiasa terdedah kepada masalah ini. – CAP
Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP).
English version
CAP regrets that the river pollution in Pasir Gudang is still ongoing
The Consumers Association of Penang (CAP) urges the Johor government, the Department of Environment (DoE) and the local government to pay serious attention and take firm legal action to deal with the problem of river pollution in Pasir Gudang that has been ogoing on for a long time.
Commenting on the state health and environment committee chairman Ling Tian Soon’s statement on this problem, CAP regrets that to date four rivers, namely Sungai Tukang Batu, Sungai Perembi, Sungai Buluh, and Sungai Kim Kim, continue to be polluted at levels three and four. This situation is of great concern to CAP because the pollution can spread and threaten the environment and the lives of local residents more seriously in the future.
The incident of toxic waste pollution that occurred in Pasir Gudang involving Sungai Kim Kim in the past is a tragic event that cannot be forgotten because it has had a very bad effect on the lives of nearly 6,000 residents, including school students in the area.
CAP believes that the weakness of law enforcement and the lack of decisive action taken against the parties who are the cause of this problem have caused the situation to become more critical. It can be life-threatening and harmful to aquatic life such as fish, prawns, crabs and many others that live in the river and the nearby sea. This can negatively affect fishermen’s livelihood.
Mangrove forest areas where marine life breed will also be threatened and destroyed if toxic waste from industrial factories is not effectively controlled through close monitoring and strict legal action by the government.
CAP insists that the Environmental Quality Act 1974 needs to be effectively enforced, and continuous and more frequent monitoring should be done by local governments in all industrial areas in the state, as well as locations that are the target of illegal dumping of factory waste, such as drainage and rivers.
CAP requests the state government, the DoE and the local government to disclose to the public from time to time the status and level of river pollution occurring in the Pasir Gudang area so that it can ease the concerns of the residents and the fishing community, who are always exposed to this problem.
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers Association of Penang (CAP).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme