
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal masalah pencemaran Sungai Ketil di Gua Musang, Kelantan masih berlaku walau pun sudah berlarutan sejak lebih lima tahun yang lalu tanpa tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan.
Berikutan kejadian itu banyak ikan spesies kelah, baung dan lampam di dalam sungai tersebut telah menjadi mangsa, sekali gus menjejaskan hasil tangkapan dan sumber pendapatan penduduk-penduduk di kawasan tersebut.
Penduduk tempatan mendakwa masalah pencemaran ini berlaku berpunca dari pembuangan sisa kilang menyebabkan air Sungai Ketil menjadi hitam, berbuih dan berbau busuk.
CAP telah beberapa kali mengemukakan isu ini kepada Jabatan Alam Sekitar Sekitar Kelantan dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah tersebut, namun baru-baru ini kejadian serupa berulang lagi (Berita Harian, 18 April).
CAP berpendapat Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dikuatkuasakan dengan tegas dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas pihak yang dikenal pasti mencemarkan sungai ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
CAP percaya jika keadaan ini berterusan kualiti air Sungai Ketil akan terjejas dengan lebih serius lagi dan ikan yang menjadi sumber tangkapan utama penduduk tempatan mungkin pupus dalam jangka masa terdekat.
CAP juga bimbang masalah ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk jika air sungai tersebut digunakan oleh mereka untuk keperluan harian.
Justeru itu CAP berharap Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memberi perhatian serius mengenai masalah ini dengan melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci mengapa punca kejadian tersebut gagal ditangani dengan berkesan walaupun sudah lama berlaku.
Laporan siasatan dan tindakan yang dibuat perlu didedahkan kepada orang ramai terutama penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat bagi meredakan kebimbangan mereka yang selama ini bergantung hidup kepada hasil tangkapan ikan di dalam sungai tersebut. – CAP
Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










