
[ENGLISH VERSION BELOW] Centre for Independent Journalism (CIJ) mengecam kejadian gangguan seksual yang berlaku terhadap wartawan wanita yang membuat liputan kempen pilihan raya kecil di Sungai Bakap baru-baru ini.
Kejadian ini menunjukkan bahawa persekitaran bagi para pengamal media tidak selamat terutamanya bagi wanita yang sentiasa menjadi sasaran disebabkan jantina mereka. Hal ini menghalang mereka daripada melakukan tugasan mereka.
Setiap para pengamal media haruslah dihormati serta dilindungi daripada sebarang ancaman yang memudaratkan diri dan orang lain di sekeliling mereka supaya mereka boleh menyampaikan isu-isu kepentingan awam kepada rakyat secara efektif.
Kami menggesa bahawa tindakan tegas diambil terhadap pesalah kejadian ini. Justeru, kami menggesa agar siasatan polis ini dilakukan dengan secepat dan seteliti mungkin.
Kita tidak boleh membiarkan tindakan seperti ini berlaku terutamanya terhadap seseorang yang menjalankan tugasan profesional mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Dengan menjalankan penyiasatan dan tindakan yang pantas dan teliti terhadap pesalah yang didakwa kita boleh meningkatkan keyakinan wartawan untuk menjalankan tugas mereka dan membantu menghapuskan budaya ketakutan yang menjejaskan mereka dalam industri media.
Penganjur-penganjur acara, termasuk dalam kes ini, ahli politik dan parti politik juga harus memastikan langkah-langkah berkesan diambil untuk mencegah sebarang bentuk gangguan semasa acara-acara mereka.
CIJ akan terus memantau dan menuntut semua pihak memperjuangkan isu ini sebagai sebahagian daripada tuntutan reformasi institusi bagi melindungi tonggak keempat demokrasi kita dan rakyat di Malaysia. – CIJ
Wathshlah G Naidu ialah pengarah eksekutif CIJ
English version
CIJ condemns sexual harassment against journalist in Sungai Bakap by-election
The Center for Independent Journalism (CIJ) condemns the sexual harassment of a woman journalist covering the by-election campaign in Sungai Bakap recently.
This incident showcases the unsafe environment for women media practitioners who face undue targeting due to their gender, deterring them from doing the duty conferred onto them.
All media practitioners, especially women practitioners, must be treated with respect and protected from any threats that cause harm to themselves and the people around them so they may effectively inform the people on public interest issues.
We call for firm action to be taken against the perpetrators of this incident. As such, we urge for this police investigation to be done as swiftly and thoroughly as possible.
We must not condone actions like this, especially against one carrying out his or her professional duty.
By showcasing a swift and thorough investigation and action against the alleged perpetrator, we can increase the confidence of journalists to carry out their duties and help eliminate the culture of fear that has plagued those in the media industry.
Event organisers, including in this case the politicians and political parties, should also ensure effective measures are in place to prevent any form of sexual harassment at their events.
CIJ will continue to monitor and demand that all parties fight for this issue as part of the demand for institutional reform to protect our fourth pillar of democracy and the people in Malaysia. – CIJ
Wathshlah G Naidu is the executive director of CIJ.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme