Home Civil Society Voices CIJ mengecam tindakan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia menyiasat Zul Ariffin (Malay/English)

CIJ mengecam tindakan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia menyiasat Zul Ariffin (Malay/English)

TERRY PAPOULIAS/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Centre for Independent Journalism (CIJ) bimbang membaca pengumuman Twitter oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkenaan dengan siasatan terhadap pelakon lelaki Zul Ariffin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

Pelakon tersebut disiasat atas satu paparan di Instagram berupa adegan yang “berbaur seksual” daripada siri drama Melayu yang bakal disiarkan berjudul Perempuan Itu. Ciapan Twitter Annuar Musa itu menyatakan paparan tersebut telah menyalahi undang-undang.

Seksyen 233 AKM sendiri sangat bermasalah apabila menggariskan definisi yang terlalu luas diikuti dengan hukuman yang begitu berat sehingakan bercanggah dengan hak berperlembagaan untuk kebebasan bersuara. Seksyen ini membenarkan seseorang dikenakan penjara sehingga setahun dan didenda sehingga RM50,000 bagi memaparkan kandungan yang jelik dan ‘menyakitkan hati’ orang lain.

Perkara ini melangkaui had sekatan yang sah dan dibenarkan dalam kebebasan bersuara, seperti penyekatan kenyataan berbaur hasutan terhadap keganasan atau hal-hal yang menyentuh keselamatan negara. Menurut data tinjauan media kami, pada tahun lepas sahaja, sekurang- kurangnya 236 individu yang terkesan dengan 140 siasatan, penahanan dan dakwaan yang dibuat oleh pihak polis berhubung dengan Seksyen 233 AKM.

Penapisan kebiasaannya dibuat atas nama moral dan kesopanan, yang turut menjadi alasan yang digunakan oleh Annuar. Namun, perkara ini tidak bersifat sejagat, dan pendekatan undang-undang sekatan untuk menapis dan menghukum individu atas perbezaan pandangan boleh membawa kita kepada penghakisan prinsip toleransi.

Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia sering bermegah dengan unsur kepelbagaiaan budaya, individu dan pandangan, yang seterusnya membawa kepada kerencaman konsep berkenaan hal-hal moral. Justeru, sewajarnya menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk menanggapi kepelbagaian ini dengan sikap yang pluralistik.

Tambahan lagi, kebebasan bersuara tidak hanya terhad kepada kebebasan untuk berbeza atau mengkritik, bahkan turut terpakai buat kebebasan untuk berkreativiti. Siasatan ini menutup pintu bagi sebarang bentuk kemandirian artistik bagi industri kreatif di Malaysia.

READ MORE:  Jewish tenured professor fired over tweet, Palestine documentary banned by Israel

Tindakan ini juga menyingkir pilihan penonton untuk membuat keputusan terdidik berkenaan dengan pilihan kandungan hiburan mereka. Adalah tidak bermanfaat buat orang awam sekiranya mana-mana pihak pemerintah mengawal kandungan hiburan mereka melalui pengawasan moral, terutamanya dengan menghukum pula individu yang terlibat.

Solusi mudah yang wajar dipertimbangkan adalah dengan mewujudkan pengelasan program bagi setiap program yang disiarkan, yang secara terus akan melabel kandungan ini sebagai kandungan untuk orang dewasa, dan secara tidak langsung membolehkan para penonton membuat keputusan mereka sendiri.

Kami menyeru agar:

  • Annuar menarik balik segala siasatan terhadap Zul Ariffin dan barisan pelakon dan kru yang terlibat dalam pembikinan drama Perempuan Itu, serta menghentikan sebarang gunaan terhadap undang-undang penapisan secara berleluasa
  • Berhenti menggunakan peruntukan undang-undang, seperti Seksyen 233 AKM, untuk menapis dan menutup suara pihak-pihak yang berbeza. Pihak pemerintah seharusnya menilai semula dan mengenakan moratorium terhadap penggunaan Seksyen 233 AKM yang tidak jelas, serta berusaha untuk memansuhkan dan meminda semula beberapa peruntukan yang kabur agar ianya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan standard kebebasan bersuara antarabangsa
  • Bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil dan pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk membentuk pemahaman yang lebih jelas, serta menggariskan definisi pembuangan kandungan dalam talian dan penapisan sambil mengambil kira konteks tempatan, standard komuniti syarikat media sosial yang sedia ada, serta keselarasannya dengan standard hak asasi manusia di peringkat antarabangsa berkenaan dengan prinsip kebebasan bersuara, kesetaraan, non-diskriminasi dan kepelbagaian
  • Mewujudkan suasana yang membina untuk mempromosi pemikiran yang kritis, perdebatan yang sihat, ketelusan, dan kebertanggungjawaban, serta berusaha membina kepercayaan rakyat dan membolehkan mereka membuat keputusan terdidik dengan sendiri – dan bukannya menggugah hak asasi manusia dengan lebih lanjut.

English version

CIJ strongly condemns Communications And Multimedia Ministry’s investigation of Zul Ariffin

The Centre for Independent Journalism (CIJ) is alarmed by the recent announcement on Twitter by Communications and Multimedia Minister Annuar Musa regarding the investigation of actor Zul Ariffin under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 (CMA).

READ MORE:  Press freedom group slams Malaysia's backsliding on freedom of expression

The actor is being investigated for posting onto Instagram a “sexually suggestive” scene from the yet-to-air Malay drama series Perempuan Itu. Annuar Musa’s tweet stated that the posting was in violation of the law.

Censorship is often done in the name of morality and decency, which is also the reason cited by Annuar. However, these notions are not universal, and in using restrictive laws to effectively censor and punish individuals for difference in expression, we may fall onto a slippery slope leading to intolerance.

Malaysia, as a member of the UN Human Rights Council, prides itself on the diversity of cultures, individualities and opinions, which inevitably leads to a diverse set of concepts surrounding morality. It is then the responsibility of the state to perceive content as pluralistic in nature.

Additionally, the freedom of expression is not only limited to the liberty for dissidence or criticism, but should also be a licence for creative freedom. This investigation is closing doors on any notion of artistic autonomy in Malaysia’s creative industry.

It is also removing the viewers’ choice to make informed decisions with regard to their entertainment options. It is not beneficial to the public for any authority to gate-keep content through moral policing, much less potentially punish individuals for it.

A simple solution to this would have been to rely on the programme classification wherever the programme is aired, which would have automatically flagged this as mature content, hence allowing viewers to make their informed choice.

We call on:

  • Annuar to retract all investigations towards Zul and the cast and crew related to the production of Perempuan Itu, and stop the arbitrary usage of legislations for censorship; Section 233 of the CMA in itself is deeply problematic for its over-broad definitions accompanied by heavy punishment that infringes upon the constitutional right to freedom of expression. The section allows a person(s) to be imprisoned for up to one year and fined up to RM50,000 for posting offensive content that ‘annoys’ another person. This goes far beyond the legitimate restrictions allowed on freedom of expression, such as preventing incitement to violence or for national security. According to our media monitoring data, last year alone, at least 236 individuals were implicated in 140 police investigations, arrests and charges related to Section 233 of the CMA
  • Stop using existing regressive legal provisions, such as Section 233 of the CMA, to censor and silence non-conforming voices. The state must also review and adopt a moratorium on the arbitrary use of Section 233 of the CMA, besides moving towards repealing and amending its vague provisions per our Federal Constitution and international standards on freedom of expression
  • Work together with civil society organisations and other stakeholders to better understand and define online content removal and censorship while taking into account the local context and existing community standards by social media companies and keeping in line with international human rights standards on freedom of expression, equality, non-discrimination and diversity
  • Create an enabling environment that promotes critical thinking, healthy debates, transparency, and accountability focused on building the peoples’ trust and enables informed decision making – not further undermine the people’s human rights.
READ MORE:  Israelism: The awakening of young American Jews

Wathshlah G Naidu is executive director of the Centre for Independent Journalism

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x