Home Civil Society Voices Dedahkan mengapa polis kecewakan keluarga Amri Che Mat

Dedahkan mengapa polis kecewakan keluarga Amri Che Mat

Family members of Raymond Koh and Amri Che Mat

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Tarikh 24 November 2021, genap 60 bulan semenjak Amri Che Mat ditangkap tanpa kerelaan beliau tidak jauh dari rumahnya di Perlis.

Sudah 29 bulan semenjak Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) menetapkan bahawa Amri adalah mangsa kehilangan paksa yang dilakukan oleh Cawangan Khas dari polis.

Sudah 21 bulan semenjak pasukan petugas palsu (bogus) yang diwujudkan oleh mantan menteri dalam negeri (Mahiaddin Yasin) untuk menyiasat kesimpulan laporan Suhakam serahkan repotnya.

Suhakam telah menyiasat kes kehilangan Amri, bersama dengan kes kehilangan Pastor Raymond Koh. Suhakam turut jelas banyak persamaan di antara kedua-dua kes tersebut.

Satu kenderaan Toyota Vios berwarna emas ada dilihat di kedua-kedua kejadian yang berlaku. Saksi di Perlis ada mencatatkan nombor pendaftaran kereta tersebut. Pihak polis cuba untuk menyembunyikan identiti pemilik kereta tersebut, namun gagal.

Pihak polis kemudiaannya membuat pengakuan bahawa pemilik kereta tersebut, Saiful Bahari Abdul Aziz, bekerja dengan pihak polis. Pihak polis turut membuat tuntutan bahawa Saiful gagal melaporkan diri di tempat kerja sejurus selepas Suhakam mula membuat siasatan kes tersebut.

Di sini saya menzahirkan enam soalan yang Citizens Against Enforced Appearances (Caged) telah usulkan dalam kenyataan bertajuk “IGP Fuzi mendorong hakisnya kepercayaan rakyat terhadap pihak polis,” bertarikh 25 April 2019, hanya dua minggu setelah kesimpulan oleh Suhakam diterbitkan.

  • Mengapa pegawai siasatan (IO) di dalam kes Amri [Inspektor Khor Shi Yuen, IW9] pada awalnya mengatakan pada inkuiri dia tidak tahu siapa pemilik kereta Toyota Vios PFC1623 sedangkan saksi kejadian ada melihat kereta tersebut kelihatan mencurigakan beberapa hari sebelum kehilangan Amri – walaupun Jabatan Pengangkutan Jalanraya telah mengesahkan kereta itu berwarna emas, saperti di nyatakan oleh saksi itu?
  • Mengapa IO tidak tunjukkan kepada saksi gambar pemilik kereta Vios tersebut yang berpotensi dapat dikenal pasti?
  • Mengapa IO hanya mengaku bahawa Saiful adalah pemilik kereta Vios hanya setelah ditanya soalan yang tajam dan lantang?
  • Mengapa IO pada mulanya memberitahu inkuiri dia tidak tahu apakah pekerjaan Saiful?
  • Mengapa IO kemudiannya, setelah ditanya soalan secara lantang, menyatakan bahawa Saiful merupakan “pembantu pentadbiran” (di ibu pejabat Kuala Lumpur) di mana penyelia Saiful [ASP Mohd Azizie Abd Hamid, IW21] di Cawangan Khas, Bukit Aman mengatakan Saiful adalah penyelenggara peringkat rendah?
  • Mengapa ASP Azizie memberikan Saiful cuti panjang selama 54 hari, jauh sekali dari kelayakan cuti yang ada?
READ MORE:  Police Act amendments under scrutiny

Saiful Bahari, yang telah bertugas di bawah naungan polis lebih satu dekad, juga hilang tanpa kesan. Nama Saiful telah dimasukkan ke dalam senarai orang hilang yang masih tidak dijumpai oleh polis.

Harus kami jelaskan tidak perlu untuk mengesan di mana keberadaan Saiful Bahari dalam menjawab enam soalan yang diajukan. Pegawai-pegawai yang berkenaan harus memberi jawapan untuk persoalan yang telah diajukan.

Apakah terdapat bukti yang diperoleh oleh tujuh orang pasukan petugas yang diketuai oleh Rahim Uda, yang dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut? Mengapa laporan mereka dimeteraikan?

Adakah pasukan petugas gagal untuk menyelesaikan (rahsia sulit) bidang rujukan atas dasar konflik kepentingan di antara ahli pasukan petugas – yang turut melibatkan Zamri Yahya, ketua polis badan unit integriti (JIPS), yang harus disiasat oleh pasukan petugas?

Banyak lagi perkara yang tidak menyenangkan timbul ketika inkuiri oleh Suhakam dijalankan. Kita takkan masukkan perkara-perkara tersebut di sini. Kin adalah hari yang baik untuk mengeluarkan laporan oleh pasukan petugas yang telah ditugaskan.

Adakah Menteri dalam Negeri Hamzah Zainudin akan melaksanakan perkara ini? Adakah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengarahkan beliau untuk melaksanakan tugasnya?

Namun kerajaan – dan pihak pembangkang – merasakan bahawa pihak polis seharusnya didengari dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh pesuruhjaya Dzaiddin Abdullah pada 2005 tidak patut ditubuhkan?

Kami tetap dengan pendirian dalam memastikan pegawai polis membersihkan nama mereka. Kebanggaan ketika menyarungkan pakaian seragam harus dipulihkan. Salah satu cara untuk memastikan ia terlaksana adalah dengan menubuhkan IPCMC – dengan kuasa yang melebihi segala kuasa.

Beri penghormatan buat Amri, Raymond, dan mereka yang telah menjadi mangsa pihak polis. Berani untuk mengimpikan IPCMC sebenar. Tubuhkan dan laksanakannya. – Caged

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x