[ENGLISH VERSION BELOW] “Perbincangan Sidang Meja Bulat Asia Pasifik bagi Sempadan Pilihan Raya dan Pembahagian Tidak Adil: Amalan dan Penyelesaian”, disimpulkan dengan Deklarasi Kuala Lumpur untuk Sempadan Pilihan Raya Yang Saksama, selepas perbincangan selama dua hari pada 28-29 Oktober.
Sidang ini dianjurkan bersama oleh The International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International Idea), Gabungan Pilihan Rasa Bersih dan Adil (Bersih), Tindak Malaysia dan Perkumpulan Untuk Pemiliu dan Demokrasi, Indonesia (Perludem).
Badan pengurusan pilihan raya dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) daripada lapan buah negara – Australia, Bhutan, India, Indonesia, Mongolia, Filipina, Sri Lanka dan negara hos Malaysia, seramai lebih 30 peserta, membincangkan masalah pembahagian tidak adil, pelajaran daripada pengalaman negara-negara yang terlibat, peranan teknologi dalam proses persempadanan, amalan baik persempadanan, dan sumbang saran bagi penyelesaian untuk mencegah serta membendung amalan menyeleweng.
Hasil utama dalam meja bulat ini adalah deklarasi bersama yang memerhati keadaan persempadanan sedia ada dan menggesa untuk dilakukan penambahbaikan. Kami dengan ini menyiarkan dan menyebarkan Deklarasi Kuala Lumpur untuk Sempadan Pilihan Raya Yang Saksama, yang dirumuskan bersama oleh para peserta berasaskan teori dan amalan baik yang sahih.
***
Deklarasi Kuala Lumpur untuk Sempadan Pilihan Raya Yang Saksama
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
BERPANDUKAN Perkara 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 bahawasanya “Kehendak rakyat perlu menjadi asas kepada kekuasaan kerajaan”;
MEMPERTAHANKAN prinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’ (one person, one vote, one value – OPOVOV) dalam persempadanan bahagian pilihan raya seperti termaktub di dalam Kovenan Antarabangsa untuk Hak Sivil dan Politik (ICCPR);
MENGIKTIRAF bahawa pilihan raya perlu memudahkan keperwakilan dengan maksimum dan menggalakkan persaingan serta tidak dijadikan ritual untuk mengekalkan penyandangnya;
MENGAKUI bahawa peruntukan kerusi perundangan kepada bahagian politik atau pentadbiran yang mempunyai komuniti politik (negara, negeri/wilayah, dll) perlu dikira berdasarkan rumusan yang ditakrifkan dengan tepat, bersama mekanisme pembahagian semula dari semasa ke semasa, dan tidak diputuskan dengan wewenang badan perundangan atau badan-badan lain;
MEMPERTIMBANGKAN sudut pandangan institutsi termasuk Suruhanjaya Venis dan Internatinal IDEA,
KAMI, peserta di “Perbincangan Sidang Meja Bulat Asia Pasifik bagi Sempadan Pilihan Raya dan Pembahagian Tidak Adil: Amalan dan Penyelesaian”, di Kuala Lumpur, Malaysia pada 28-29 Oktober 2023 dengan ini menggesa pihak berkuasa untuk menguruskan persempadanan pilihan raya di rantau Asia dan Pasifik untuk mengangkat prinsip-prinsip dan cadangan-cadangan pembahagian kawasan, persempadanan, proses dan institusi persempadanan seperti yang berikut:
1. Pembahagian kawasan pilihan raya
a. Sebagai prinsip umum, semua kawasan pilihan raya perlu mempunyai bilangan pengundi/penduduk dengan sisihan maksimum sebanyak tidak lebih 10% daripada purata, selari dengan prinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’.
b. Perwakilan berlebihan bagi bahagian yang kecil atau terlalu besar (negeri/wilayah, dll) perlu dihadkan kepada Dewan Tinggi (upper chamber) dalam perundangan dwidewan (bicameral) yang akan memaksa deliberasi dan kompromi, tetapi tidak boleh dibenarkan bagi Dewan di mana kerajaan terbentuk, sama ada Dewan Rendah (lower chamber) di dalam perundangan dwidewan, atau perundangan dewan tunggal (unicameral).
c. Perwakilan berlebihan yang menyebelahi kawasan pendalaman dan luar bandar adalah tidak wajar. Sekiranya wujud pertimbangan berkenaan ketersampaian ke kawasan yang sukar diakses, atau kekurangan di luar bandar, hal ini perlu ditangani melalui penyaluran sumber yang bersesuaian.
2. Persempadanan
a. Tertakluk kepada keperluan untuk mengatasi pembahagian tidak sekata, sempadan unit pentadbiran dengan perwakilan yang signifikan perlu dihormati.
b. Sempadan-sempadan kawasan pilihan raya perlu berdampingan dan dipadatkan secara relatif, tertakluk kepada halangan semulajadi dan infrastruktur, kecuali yang dipisahkan oleh perairan/saliran.
3. Proses dan Institusi Persempadanan
a. Pihak berkuasa persempadanan perlu bebas, adil dan profesional.
b. Latihan persempadanan yang perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun, perlu berjalan dalam keadaan berikut:
i. Setelah memenuhi sela waktu, iaitu selama dua penggal penuh;
ii. Perubahan jumlah perwakilan yang dipilih;
iii. Kemasukan atau pembentukan unit kawasan pilihan raya yang baharu; atau
iv. Berlaku pembahagian tidak sekata merentas 1/3 kawasan pilihan raya yang melebih ambang 10% secara konsisten selama setahun.
c. Apabila proses persempadanan bermula, orang awam perlu dialu-alukan untuk menghantar cadangan mereka dalam tempoh yang bersesuaian
d. Pihak berkuasa persempadanan perlu mengkaji dan mempertimbangkan cadangan-cadangan ini di dalam cadangan-cadangan mereka, yang perlu tertakluk kepada semakan orang awam, bantahan dan pendengaran yang bersesuaian.
e. Pihak berkuasa persempadanan perlu memberikan justifikasi terhadap cadangan-cadangan mereka, dan memberi respon kepada bantahan.
f. Semua maklumat yang relevan kepada kriteria undang-undang bagi melukis sempadan, termasuk peta dan statistik, perlu didedahkan kepada umum sepanjang proses persempadanan.
g. Keputusan terakhir oleh pihak berkuasa persempadanan mestilah mengikat.
Bersih, International Idea, Tindak Malaysia, Perludem
English version
Regional roundtable concludes with Kuala Lumpur Declaration on apportionment and boundary delimitation
The “Asia & the Pacific Roundtable Discusson on Boundary Delimitation & Malapportionment: Practice & Solutions”, concluded after two days of discussion on 28-29 October with the Kuala Lumpur Declaration on Apportionment and Boundary Delimitation.
It was jointly organised by The International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International Isea), The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih), Tindak Malaysia and The Association for Elections and Democracy, Indonesia (Perludem).
Election management bodies and civil society organisations from eight countries – Australia, Bhutan, India, Indonesia, Mongolia, the Philippines, Sri Lanka and host Malaysia, with over 30 participants, discussed malapportionment problems, lessons learned from their respective countries’ experiences, the role of technology in boundary delimitation process, boundary delimitation best practices, and brainstorming solutions to prevent and mitigate malpractices.
A major output of this roundtable is a joint declaration observing the current conditions of boundary delimitation and calling for improvements. We hereby publicise and disseminate the Kuala Lumpur Declaration on Apportionment and Boundary Delimitation, which is jointly formulated by the participants based on informed theories and best practices.
***
Kuala Lumpur Declaration on Apportionment and Boundary Delimitation
GUIDED by Article 21 of the United Nations’ 1948 Universal Declaration of Human Rights that “The will of the people shall be the basis of the authority of government”;
UPHOLDING the ‘one person, one vote, one value’ (OPOVOV) principle in delimitation of constituencies as enshrined in International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR);
RECOGNISING that elections must maximally facilitate representation and promote competition and not be subverted into rituals perpetuating the incumbents;
ACKNOWLEDGING that allocation of legislative seats to the political or administrative divisions constituting the political community (nation, state/province, etc) should be calculated based on precisely-defined formulas, with mechanisms for reapportionment over time, not arbitrarily decided by the legislature or other bodies;
CONSIDERING the learned viewpoints of institutions including the Venice Commission and the International IDEA,
WE, the participants at the “Asia & the Pacific Roundtable Discussion – Boundary Delimitation & Malapportionment: Practice & Solutions” at Kuala Lumpur, Malaysia on 28-29 October 2023 hereby call upon the authorities administering boundary delimitation in Asia and the Pacific region to adopt the following principles and recommendations with regard to apportionment, boundary delimitation, process and institution of delimitation:
Apportionment of constituencies
a. As a general principle, all constituencies should have numbers of voters/residents within a maximum deviation of 10% from the average, in accordance with the ‘one person, one vote, one value’ (OPOVOV) principle.
b. Over-representation for small or super divisions (states/provinces, etc) should be restricted to the upper chamber in a bicameral legislature which may force deliberations and compromises, but should not be allowed for the chamber in which the government is formed, be it the lower chamber in a bicameral legislature, or a unicameral legislature.
c. Over-representation in favour of rural and inland constituencies is not justified. If there are concerns regarding difficulty in outreach to less accessible constituents, or rural disadvantage, they should be addressed by appropriate resourcing.
Boundary Delimitation
a. Subject to the need to overcome malapportionment, boundaries of administrative units with significance in representation should be respected
b. Constituency boundaries should be contiguous and relatively compact, subject to natural and infrastructure barriers, except those separated by a body of water.
Process and Institution in Delimitation
a. The boundary authority should be independent, impartial and professional.
b. A delimitation exercise, which should be completed within two years, should commence in any of the following circumstances:
i. Upon meeting the interval, which is the length of two full parliamentary terms;
ii. Changes in the number of elected representatives;
iii. Incorporation or formation of new constituent units; or
iv. Occurrence of malapportionment across 1/3 of constituencies exceeding 10% threshold consistently for a year.
c. When the delimitation process starts, members of the public should be welcome to submit their proposals within a reasonable time.
d. The boundary authority should study and consider these proposals in its recommendations, which should be subject to adequate rounds of public scrutiny, objection and hearing.
e. The boundary authority should provide justifications for their recommendations, and responses to objections.
f. All information relevant to the legal criteria for the drawing of boundaries, including statistics and maps, should be made available to the public throughout the delimitation process.
g. The final decision by the boundary authority must be binding.
Bersih, International Idea, Tindak Malaysia, Perludem
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme