
Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) berasa kecewa akan situasi semasa berkenaan kematian dalam tahanan yang telah berlaku sebanyak dua kali dalam masa tiga hari.
Kematian pertama berlaku di lokap ibu pejabat Polis Taiping pada 13 Januari lalu manakala kematian kedua berlaku di balai Polis Pengkalan Chepa pada 16 Januari.
Situasi ini adalah amat membimbangkan memandangkan kekerapan berlakunya kes kematian dalam lokap polis ini dilihat sangat tinggi dalam tempoh satu bulan.
Walaupun pihak polis telah mengambil langkah yang pantas dalam menyiasat kes kematian ini dimana dua anggota polis telah ditahan dalam kes kematian di ibu pejabat Polis Taiping berkenaan, Edict tetap ingin mengingatkan bahawa siasatan awal tersebut hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Koroner agar pihak hakim koroner dapat menjalankan siasatan mengikut Kanun Prosedur Jenayah seperti yang termaktub didalam Seksyen 334 kanun berkenaan.
Edict juga ingin mengingatkan pihak polis agar dapat melakukan dan menjalankan siasatan secara adil dan telus sebelum menyerahkannya kepada pihak Mahkamah Koroner.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Edict berasa amat kesal dengan angka kematian dalam lokap polis yang amat membimbangkan pada bulan pertama tahun 2022 ini. Apa yang kami harapkan adalah agar tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas dimana angka kematian dalam tahanan sepatutnya berkurang dan seterusnya mampu mencapai angka sifar kematian dalam tahanan lokap polis.
Edict juga ingin mengingatkan agar kerajaan jangan membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) kerana rang undang-undang berkenaan tidak membawa sebarang kelebihan dalam mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis.
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang siap didrafkan pada 2005 dahulu adalah satu-satunya rang undang-undang yang mampu mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis kerana IPCMC adalah satu suruhanjaya yang benar-benar bebas dan berkuasa bagi mengendalikan siasatan dan pendakwaan ke atas anggota polis yang melanggar undang-undang ketika menjalankan tugas. – Edict
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme