Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mengecam tindakan Jabatan Imigresen yang menahan para tahanan warga asing dengan cara yang tidak berperikemanusiaan ketika musim pandemik ini.
Edict berpendapat bahawa, penahanan warga asing ketika musim pandemik ini hanya akan menjadikan pusat tahanan menjadi lebih padat dan sesak. Hal ini seterusnya akan menyukarkan usaha penjarakan sosial di dalam pusat-pusat tahanan.
Penularan virus Covid dalam pusat-pusat tahanan adalah amat membimbangkan. Masalah ini akan menimbulkan satu risiko besar kepada nyawa mereka yang berada di pusat tahanan yang bukan sahaja terdiri daripada para tahanan tetapi juga para kakitangan imigresen sendiri.
Edict juga ingin membangkitkan isu layanan pihak Jabatan Imigresen yang menggunakan semburan pembasmi kuman (disinfectant) di tubuh badan tahanan ketika dikumpulkan beramai-ramai. Ini jelas satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan.
Selain itu, semburan pembasmi kuman ke atas tubuh manusia tidak terbukti berkesan dalam menyahkan virus Covid. Perkara ini pernah dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan pada 14 April 2021 dalam sidang media harian pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain Kementerian Kesihatan, terdapat banyak kumpulan pakar perubatan yang menyanggah cara penyemburan pembasmi kuman di tubuh badan seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli majlis sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman dan pakar pediatrik Dr Amar-Singh HSS.
Edict juga ingin mengingatkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan Jabatan Imigresen bahawa kesalahan memasuki negara secara haram oleh pendatang asing tanpa izin ini adalah bukan hanya salah pendatang semata-mata sebaliknya perkara ini didalangi oleh ejen-ejen yang menyeludup para pendatang ini secara haram dan memangsakan mereka di negara ini. Selain itu, wujud juga para majikan yang membuang pekerja-pekerja warga asing ini serta ada yang tidak dibayar gaji sehingga menyebabkan mereka tepaksa melarikan diri daripada majikan dan mencari kerja secara tidak sah.
Jabatan Imigresen tidak patut fokus kepada penahanan warga asing tanpa izin semata-mata tetapi dalam masa sama harus menjejaki dan menahan para dalang yang terlibat yang berkemungkinan terdiri daripada kalangan pegawai kerajaan yang membenarkan para penyeludup membawa warga asing ini beramai-ramai ke dalam perairan negara.
Edict juga ingin menyarankan kepada Jabatan Imigresen bahawa, kesesakan pusat tahanan imigresen akan menyebabkan para tahanan tidak mendapat layanan sewajarnya. Ini termasuk hak kepada perubatan, makanan dan minuman yang bersih, serta kondisi pusat tahanan.
Kematian dalam tahanan di pusat tahanan imigresen mencatatkan angka yang membimbangkan. Walaupun tidak ada sebarang angka rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan namun kematian dalam tahanan di pusat tahanan imigresen dikatakan jauh lebih tinggi berbanding kematian di dalam lokap polis.
Edict ingin menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif Khairy Jamaluddin yang dikeluarkan pada 30 Mei lalu bahawa prioriti kerajaan hendaklah diberikan kepada proses vaksinasi golongan migran ini dan bukannya menahan mereka untuk disumbat ke dalam penjara atau pusat tahanan. – Edict
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme