Menurut laporan akhbar beberapa agensi media bertarikh 17 Januari 2021, terdapat satu kes di mana seorang tahanan bawah umur perempuan telah dirogol oleh beberapa orang lelaki semasa ditahan di dalam lokap di balai polis Miri.
Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mendapati terdapat perlanggaran prosedur oleh anggota polis ketika kanak-kanak perempuan itu ditahan.
Berikut adalah huraiannya:
Menurut Seksyen 85(b) Akta Kanak-Kanak 2001, seseorang tahanan bawah umur perempuan yang ditahan di lokap hendaklah dijaga oleh sekurang-kurangnya seorang anggota wanita.
Namun dalam hal ini, mengikut laporan yang dibuat oleh mangsa, sel yang diduduki beliau tidak dijaga malah boleh dibuka oleh tahanan lain. Jika situasi ini benar, maka pihak polis wajib dipertanggungjawabkan atas kecuaian dan pengabaian terhadap mangsa serta ingkar terhadap arahan yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tiada keperluan untuk polis menahan seseorang tahanan bawah umur dalam tempoh yang lama. Bagi kes-kes yang tidak serius, polis sewajarnya hanya menyoal siasat kanak-kanak tersebut di dalam bilik siasatan dan tidak perlu ditempatkan di dalam lokap.
Kegagalan pihak polis dalam memastikan tidak wujud pergaulan antara kanak-kanak tersebut dengan tahanan dewasa adalah bertentangan dengan kehendak Seksyen 85(a) Akta Kanak-Kanak.
Edict pernah menasihati pihak polis sejak tahun lalu tentang keperluan menahan seseorang didalam musim pandemik ini. Bagi Edict, pihak polis boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditahan di dalam lokap yang mempunyai risiko jangkitan yang tinggi dan juga masalah-masalah lain seperti dalam kes kanak-kanak ini. Polis boleh meneruskan siasatan dengan menyoal siasat suspek atau saksi kes tanpa keperluan untuk menahan di dalam lokap.
Bagi mengelakkan perkara ini berulang, Edict ingin menasihati polis untuk mengambil tindakan terhadap pegawai penyiasat bagi kes kanak-kanak berkenaan dan juga para anggota lain yang terlibat ketika kejadian itu berlaku di lokap tersebut.
Selain itu, latihan untuk para anggota dalam mengendalikan atau berhadapan dengan kes-kes melibatkan kanak-kanak perlu dipertingkatkan.
Penubuhan independent police complaints and misconduct commission (IPCMC) mesti disegerakan bagi menyiasat salah laku dan disiplin anggota dalam hal-hal seperti ini.
Kelewatan kerajaan melaksanakan IPCMC hanya memberikan kesan negatif kepada kredibilibiti dan integriti pihak polis. Adalah amat memalukan kejadian seperti ini berlaku dalam sebuah balai polis yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat bagi orang awam dan tahanan.
Kecuaian dan pengabaian pihak polis ke atas tahanan termasuk dalam kes ini adalah satu perkara yang serius. Hanya dengan tindakan tegas ke atas anggota akan dapat memberi pengajaran supaya kes-kes seperti ini tidak berulang.
IPCMC adalah salah satu cara untuk memastikan para anggota dapat dibicara dengan adil dan mengembalikan keyakinan orang awam terhadap kredibiliti polis yang kini semakin tercemar akibat berita-berita mengenai kecuaian dan pengabaian seperti dalam kes ini.
English version
Edict condemns police for negligence against underage detainee in cell
According to several media agency reports today, there was a case where a minor was raped by several men while detained in a Miri police cell.
Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) found that there was a violation of the procedure by the police when the teenage girl was arrested.
Here are the details:
Pursuant to Section 85 (b) of the Child Act 2001, a juvenile detained in a cell shall be cared for by at least one female officer. However, in this case, according to the report made by the victim, the cell she occupied was not taken care of and could even be opened by other detainees.
If this situation is true, then the police must be held accountable for negligence and misconduct towards the victim as well as disobeying the instructions contained in the Child Act 2001.
There is no need for the police to detain a minor detainee for a long period of time. For non-serious cases, the police should only interrogate the child in the investigation room and do not need to place her in a lock-up.
The failure of the police to ensure that there is no association between the child and the adult detainee runs contrary to the requirements of Section 85 (a) of the Child Act.
Edict has been advising the police since last year about the need to detain someone during this pandemic season. The police can avoid detaining a person in a cell that has a high risk of infection and can even cause other problems like in this child’s case.
The police could have continued the investigation by interrogating suspects or case witnesses without the need to detain them in a cell.
To prevent a recurrence, Edict would like to advise police to take action against the investigating officer and the other officers involved in this case. In addition, training for the police officers in dealing with cases involving children needs to be enhanced.
The establishment of an independent police complaints and misconduct commission (IPCMC) must be expedited to investigate the misconduct and discipline of members in the police force.
The government’s delay in implementing the IPCMC contributed to a negative impact on the credibility and integrity of the police. It is a shame that such an incident took place in a place that was supposed to be the safest place for the public and detainees.
The negligence and misconduct of the police on detainees, including this case is a serious matter. Only with firm action against those police officers involved will there be a lesson so that such cases do not recur.
The IPCMC is one of the ways to ensure that this case can be investigated fairly. The public will also be convinced of the credibility of the police which is now increasingly tarnished due to the many news reports of negligence and misconduct by the police, like in this case.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme