Kelmarin tular dalam kalangan pengamal undang-undang di Selangor mengenai kematian seorang anggota polis pengiring yang menjaga tahanan (orang kena tuduh) di mahkamah Klang telah meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.
Sepanjang pemerhatian Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict), kami melihat para tahanan dibawa ke mahkamah dalam keadaan yang tidak mengikut procedur operasi standard. Selain tiada penjarakan fizikal, para tahanan juga tidak memakai pelitup muka seperti yang dikehendaki.
Edict melihat isu ini adalah sangat penting kerana perkara ini boleh merisikokan nyawa para tahanan dan juga nyawa anggota polis kita sendiri yang bertugas menjaga dan mengiring para tahanan tersebut.
Adalah sangat penting untuk kerajaan segera memberi peruntukan tambahan kepada polis bagi menyediakan pelitup muka dan hand sanitiser untuk kegunaan para tahanan dan anggota. Tindakan ini adalah sangat penting dan mesti segera dilakukan agar penularan tidak berlaku dalam kalangan mereka yang bekerja di mahkamah termasuk para hakim, peguam, anggota polis, kakitangan mahkamah dan tahanan itu sendiri.
Para anggota pengiring juga mesti diingatkan untuk sentiasa memastikan para tahanan dibawa dalam keadaan yang mengikut penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa memastikan mereka diberikan hand sanitiser.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Proses sanitiasi perlu dilakukan setiap kali kenderaan polis atau penjara digunakan untuk membawa tahanan. Begitu juga dengan penjara dan lokap. Bukan sahaja lokap polis, tetapi juga lokap mahkamah perlu disanitasi setiap kali sebelum dan selepas tahanan dimasukkan.
Walaupun semua langkah ini dilihat akan memakan kos dan masa, namun ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk manfaat dan keselamatan semua pihak khususnya mereka yang perlu bekerja di mahkamah. Kelewatan dalam bertindak hanya akan merugikan polis dan mahkamah. Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Edict juga ingin menggesa pihak polis dan mahkamah agar mengkaji semula tindakan membawa tertuduh atau tahanan ke mahkamah di musim pandemik ini.
Edict faham bahawa mengikut undang-undang para tahanan wajib dihadapkan ke mahkamah bagi kes jenayah pada setiap kali pendengaran kes, namun di musim pandemik ini, pihak polis perlu mengambil satu langkah dan tindakan yang boleh mengurangkan masalah penularan virus ini. – Edict
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme