Home Civil Society Voices Edict kecewa timbalan pendakwaraya tidak turuti perintah Mahkamah Tinggi

Edict kecewa timbalan pendakwaraya tidak turuti perintah Mahkamah Tinggi

FILE PHOTO: MALAY MAIL ONLINE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak timbalan pendakwaraya pada 17 November yang tidak memberikan dokumen kepada pihak peguam mewakili keluarga ketika soal balas ke atas pakar perubatan forensik dalam inkues kematian Mohd Fadzrin.

Untuk rekod, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Radzi Abdul Hamid, pada 30 April lalu telah memerintahkan agar timbalan pendakwaraya dan hakim koroner agar menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada pihak peguam yang mewakili keluarga dalam inkues berkenaan.

Edict ingin menegaskan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap pihak untuk mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah selepas keputusan telah dibuat oleh hakim.

Edict juga ingin mengingatkan pihak Jabatan Peguam Negara bahawa tujuan sesuatu inkues diadakan adalah untuk mencari punca dan penyebab kematian. Inkues bukannya ruang untuk mempertahan atau menyerang mana-mana pihak. Inkues adalah ruang untuk mencari keadilan buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kematian dalam tahanan.

Edict berharap agar perkara ini tidak berulang di masa-masa hadapan. Adalah menjadi harapan kami agar keadilan dapat ditegakkan buat semua pihak dalam kes ini.

Edict juga ingin mengulas mengenai kenyataan daripada ketua Polis Bachok, Timbalan Superintenden Ismail Mohd Jamaluddin yang menafikan tindakan ganas pihak polis ke atas Mohd Syafriezan yang ditahan di ibu pejabat Polis Bachok beberapa hari lalu.

Edict bersumberkan pihak keluarga tahanan tersebut telah melihat sendiri gambar tahanan yang berada dalam keadaan cedera yang teruk, dan ini adalah mustahil hanya berlaku ketika pergelutan. Sekiranya berlaku pergelutan, pihak polis hendaklah menunjukkan keadaan anggota polis yang turut cedera sekiranya benar Mohd Syafriezan memulakan serangan ke atas pihak polis.

READ MORE:  Custodial deaths: Madpet challenges minister's premature exonerations

Edict menggesa agar pihak ibu pejabat Polis Bachok menghentikan tindakan kekerasan ke atas tahanan yang akhirnya boleh menyebabkan kematian dalam tahanan sekiranya tidak dikawal.

Edict menggesa agar pihak ibu pejabat Polis Kelantan dan Bukit Aman segera mengambil tindakan terhadap para anggota yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Laporan polis telah pun dibuat oleh pihak keluarga mangsa dan kami berharap satu siasatan yang menyeluruh dan telus dapat dibuat ke atas para anggota yang bertindak ganas ke atas Syafriezan.

Di dalam suasana ini, Rang Undang-Undang IPCMC [Independent Police Complaints and Misconduct Commission] 2005 hendaklah segera dibentang agar satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat salahlaku dan salahguna kuasa polis dapat ditubuhkan.

Rang Undang-Undang IPCC [Independent Police Complaints Commission] yang ada kini tidak berkesan dalam membanteras isu salahguna kuasa anggota polis. – Edict

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x