Home Civil Society Voices Ekonomi gig: Melindungi 1.2 juta pekerja Malaysia

Ekonomi gig: Melindungi 1.2 juta pekerja Malaysia

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji pengumuman bahawa suruhanjaya pekerja gig akan mengutamakan perlindungan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya bagi 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.

Walaupun sebelum ini diumumkan bahawa rang undang-undang suruhanjaya pekerja gig akan dibentangkan di Parlimen pada Julai, tetapi ia telah ditunda  ke bulan Oktober.

Menubuhkan suatu suruhanjaya bebas adalah cara yang betul. Walau bagaimanapun, kami bimbang mengenai cabaran yang akan dihadapi oleh suruhanjaya itu disebabkan sifat unik ekonomi gig dan persekitaran kawal selia yang sedia ada.

Salah satu halangan utama ialah klasifikasi status pekerjaan mereka yang betul sebagai sama ada pekerja (pekerjaan perkhidmatan) atau kontraktor bebas (pekerjaan bagi perkhidmatan).

Perbezaan ini mempengaruhi jenis faedah dan perlindungan yang mereka berhak terima, kerana kebanyakan pekerja gig dianggap sebagai kontraktor bebas.

Sebagai kontraktor bebas, pekerja gig tidak bekerja di bawah arahan majikan mereka, tidak perlu bekerja pada masa dan tempat tertentu, tidak disediakan dengan peralatan atau perlengkapan yang diperlukan bagi pekerjaan itu oleh majikan, tidak menerima gaji atau upah tetap, dan tidak dilarang bekerja bagi majikan lain.

Undang-undang buruh sedia ada direka terutamanya bagi hubungan pekerjaan tradisional dan mungkin memerlukan pindaan penting untuk menyesuaikan dengan ekonomi gig.

Jika sistem faedah bagi pekerja gig dilaksanakan, satu mekanisme mestilah diwujudkan untuk memantau pematuhan, mengendalikan pertikaian dan memastikan bahawa faedah ditadbir dengan betul. Ini memerlukan sumber pentadbiran dan infrastruktur yang penting. Memastikan bahawa semua syarikat ekonomi gig mematuhi peraturan baharu boleh menjadi satu cabaran, terutamanya bagi platform yang lebih kecil atau tidak formal.

Suruhanjaya juga mestilah meningkatkan kesedaran pekerja gig mengenai hak mereka dan bagaimana cara untuk mengakses faedah seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

READ MORE:  Bold move to protect gig workers' rights - but challenge lies in walking the talk

KWSP membantu melindungi masa depan kewangan mereka dengan menyediakan simpanan persaraan, sementara Perkeso pula menawarkan perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan akibat kemalangan atau kecederaan yang dialami semasa bekerja. Sehingga Julai 2024, dilaporkan bahawa hanya kira-kira 250,000 (21.6%) daripada 1.2 juta pekerja gig di negara ini menyumbang kepada Perkeso.

Kami menggesa kerajaan untuk menawarkan peluang latihan kemahiran kepada pekerja gig untuk meluaskan peluang mereka bagi mendapatkan pekerjaan tetap jika mereka mahu memilihnya, walaupun peratusan daripada mereka sudah bekerja dengan baik dan hanya bergantung kepada kerja gig bagi mendapatkan pendapatan tambahan.

Kami juga menggesa kerajaan untuk:

  • Menjalankan perundingan untuk meneroka bagaimana cara bagi menjelaskan status pekerjaan dan memastikan pekerja gig menerima faedah dan perlindungan yang sewajarnya. Undang-undang buruh yang sedia ada mungkin perlu dipinda untuk sesuai dengan keperluan pekerja gig
  • Mempertimbangkan hak pekerja untuk mendapat bayaran lebih masa bagi jam bekerja melebihi 40 jam bekerja seminggu
  • Menyediakan akses kepada Perkeso bagi mereka yang bekerja lebih daripada 15 jam seminggu
  • Menawarkan perlindungan terhadap diskriminasi dan gangguan seksual bagi pemandu
  • Melindungi pekerja gig daripada tidak dibayar bagi kerja mereka dengan mewajibkan kontrak bertulis dan bayaran tepat pada masanya
  • Menyediakan pekerja gig dengan bantuan undang-undang jika mereka tidak dibayar bagi kerja mereka.

Kepentingan ekonomi gig tidak boleh terlepas perhatian. Seperti yang ditunjukkan oleh data Bank Dunia pada 2018, pekerja bebas membentuk sebanyak 25.3% daripada jumlah tenaga buruh Malaysia dan ekonomi gig bertanggungjawab bagi sebanyak 26% daripada jumlah pertumbuhan ekonomi. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x