Home Civil Society Voices Elak pertikaian, serah pada masa untuk tentukan pengiktirafan UEC – KLSCAH

Elak pertikaian, serah pada masa untuk tentukan pengiktirafan UEC – KLSCAH

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Walaupun manifesto Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 2022 telah berjanji akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), namun presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Ngan Teng Ye berpendapat bahawa kerajaan baharu wajar menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi negara, dan mengelakkan mereka yang berfikiran sempit daripada terus menggembar-gemburkan isu pengiktirafan UEC yang akan menimbulkan kontroversi nanti.

Negara kita sedang mengalami perubahan besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah. Biarpun pembentukan kerajaan baharu telah diputuskan, tetapi perkembangan sosial dan ekonomi masih dalam keadaan rumit dan sukar, dan menghadapi pelbagai cabaran.

Kita perlu sedar bahawa sentimen perkauman dan keagamaan yang ekstrem akan menggugat keamanan negara dan keharmonian sosial jika tidak ditangani dengan baik.

Dapat diramalkan bahawa perjuangan untuk dasar kepelbagaian dan inklusif akan mengambil jangka masa yang panjang dan berterusan.

Semasa memberi ucapan sempena majlis perayaan ulang tahun ke-99 KLSCAH baru-baru ini, Ngan Teng Ye berharap semua pihak boleh saling membantu dan bersolidariti dalam negara bermasyarakat majmuk ini, memastikan keterbukaan, inklusif, dan saling belajar tentang konsep kepelbagaian supaya dijadikan petunjuk utama bagi merealisasikan penghayatan keindahan kepelbagaian budaya dan semangat kebersamaan kita sebagai anak Malaysia.

Inilah wawasan kemakmuran yang diharapkan oleh masyarakat Cina dalam seabad ini. Dalam era politik kepelbagaian diamalkan oleh kerajaan, beberapa matlamat perjuangan yang tidak dapat dicapai dalam tempoh singkat seperti pengiktirafan UEC boleh kita serah pada masa untuk tentukan, bagi mengelakkan segelintir pihak yang berfikiran sempit cuba menimbulkan kontroversi dan merebut kuasa. – KLSCAH

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x