[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kebimbangan yang amat mendalam terhadap kadar penebangan pokok yang semakin pantas dijalankan bagi projek pembangunan berskala besar di seluruh negeri Pulau Pinang.
Kebimbangan kami pada masa ini khususnya berkaitan projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang Laluan Mutiara yang sedang dijalankan, di mana penebangan pokok secara meluas berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Sungai Tiram dan Gelugor, serta lokasi lain yang merupakan sebahagian daripada jajaran laluan LRT.
Perkembangan sistem pengangkutan awam tidak harus dicapai dengan mengorbankan kawasan hijau Pulau Pinang yang semakin berkurangan dengan begitu cepat. Pemusnahan pokok-pokok matang atas nama pembangunan adalah tidak mampan dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Pokok memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi. Ia mengawal suhu bandar, meningkatkan kualiti udara, mengurangkan risiko banjir, memulihara air, mencegah hakisan tanah, dan menyediakan habitat kritikal bagi burung, tupai, serangga dan fauna lain. Penebangan pokok memusnahkan tapak dan tempat perlindungan haiwan untuk bersarang, memindahkan burung dan haiwan kecil lain, serta mengancam kelangsungan hidup haiwan ini.
Penyingkiran pokok secara besar-besaran mengganggu kepelbagaian biologi dan memburukkan lagi perubahan iklim, menyumbang kepada peningkatan suhu, banjir kilat di bandar dan pencemaran udara yang semakin teruk.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Penduduk bandar sudah pun menanggung akibatnya. Kehilangan pokok matang meningkatkan lagi kesan pulau haba bandar, meningkatkan risiko kesihatan terutamanya penyakit sistem pernafasan dan mengurangkan kualiti hidup secara keseluruhan.
Melangkaui nilai alam sekitarnya, pokok-pokok adalah penting untuk kepelbagaian biologi bandar. Walaupun penanaman gantian sering disebut sebagai langkah bagi mengurangkan risiko, anak pokok tidak boleh menggantikan fungsi ekologi dan faedah pengawalseliaan iklim pokok berusia beberapa dekad.
Ahli pemuliharaan tempatan telah lama memberi amaran supaya tidak menganggap pokok matang sebagai penghalang kepada pembangunan. Mohd Afendi Hussin, penolong pegawai penyelidik kanan dari cawangan perhutanan bandar Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, menegaskan bahawa pokok bandar adalah lebih daripada tujuan hiasan. Kanopi pokok memberikan teduhan yang penting, mengurangkan suhu bandar dan melindungi penduduk daripada haba melampau, menjadikan pokok amat diperlukan untuk sebuah bandar yang sihat dan boleh didiami.
Pulau Pinang sudah pun bergelut dengan peningkatan suhu, kualiti udara yang semakin merosot, dan genangan air. Penebangan pokok yang berterusan bagi projek infrastruktur seperti LRT hanya akan memburukkan lagi masalah-masalah ini. Ironinya inisiatif pengangkutan awam bagi mencapai objektif kelestarian membawa kepada masalah lain lanjutan daripada penebangan pokok untuk laluan.
Akibat daripada satu lagi projek pembangunan berskala besar mega sudah pun kelihatan di Bandar Baru Air Itam. Pernah satu ketika menjadi kawasan kejiranan yang penuh dengan pokok dan berdaya huni, ia kini telah berubah menjadi zon pembinaan yang terlalu panas berikutan pembersihan pokok secara meluas bagi jalan pintasan Lebuhraya Air Itam–Tun Dr Lim Chong Eu. Penduduk kini melaporkan haba yang begitu terik, bunyi bising yang berterusan, dan pencemaran udara yang meningkat dikaitkan secara langsung dengan aktiviti pembinaan yang sedang berjalan.
CAP menggesa pihak berkuasa untuk segera menghentikan pembersihan pokok selanjutnya dan mengkaji semula reka bentuk projek dengan segera, meneroka penjajaran alternatif, dan mengutamakan pemindahan pokok di mana-mana yang boleh.
Tiada pembersihan tambahan harus dibenarkan tanpa penilaian yang telus dan komprehensif yang merangkumi sepenuhnya kesan kumulatif dan jangka panjang.
Melindungi pokok dan kawasan hijau bandar adalah tanggungjawab bersama. Ia memerlukan tindakan tegas dan kerjasama yang tulen daripada semua pihak berkepentingan iaitu perancang bandar, jurutera, arkitek, pemaju hartanah, arborists, sektor swasta dan orang ramai dan bukan sekadar tindakan simbolik atau langkah pencegahan setelah kejadian.
Melindungi pokok matang bukan pilihan atau kosmetik; ia merupakan pelaburan kritikal dalam kesihatan awam, daya tahan iklim, dan kualiti hidup generasi masa kini dan akan datang. – CAP
English version
Rethink tree-felling in all mega-projects
The Consumers’ Association of Penang (CAP) expresses grave concern over the accelerating rate of tree-felling carried out for large-scale development projects across the state.
Of particular concern is the ongoing Penang Mutiara Line elevated light rail transit (LRT) project, where extensive tree clearing had been reported along Sultan Azlan Shah Road near Sungai Tiram and Gelugor, as well as other locations that are part of the LRT route alignment.
Expanding public transport must not be achieved at the cost of Penang’s rapidly diminishing green cover. The destruction of mature trees in the name of development is neither sustainable nor environmentally responsible.
Trees play a vital role in maintaining ecological balance. They regulate urban temperatures, improve air quality, reduce flood risks, conserve water, prevent soil erosion, and provide critical habitats for birds, squirrels, insects and other fauna. The sudden felling of trees destroys nesting sites and shelters, displacing birds and other small animals, threatening their survival.
Large-scale tree removal disrupts biodiversity and exacerbates climate change, contributing to rising temperatures, erratic rainfall, urban flooding and worsening air pollution.
Urban residents are already bearing the consequences. The loss of mature trees intensifies the urban heat island effect, increases health risks – particularly respiratory illnesses – and diminishes overall quality of life.
Beyond their environmental value, trees are essential to urban biodiversity. While compensatory planting is often cited as mitigation, saplings cannot replace the ecological functions and climate-regulating benefits of decades-old trees.
Local conservationists have long warned against treating mature trees as obstacles to development. Mohd Afendi Hussin, a senior assistant research officer from the urban forestry branch of the Forest Research Institute of Malaysia (Frim), has emphasised that urban trees are far more than decorative features. Their canopies provide essential shade, reduce urban temperatures, and protect residents from extreme heat – making them indispensable to a healthy and liveable city.
Penang is already grappling with rising temperatures, deteriorating air quality and increasingly frequent water-logging. Continued tree felling for infrastructure projects such as the LRT will only exacerbate these problems – ironically undermining the very environmental objectives that public transport initiatives claim to advance.
The consequences of another large-scale mega-development project are already visible in Bandar Baru Air Itam. Once a leafy, liveable neighbourhood, it has been transformed into an overheated construction zone following extensive tree clearing for the Air Itam–Tun Dr Lim Chong Eu Expressway bypass. Residents now report oppressive heat, persistent noise and heightened air pollution linked directly to ongoing construction activities.
CAP urges the authorities to immediately halt further tree clearing and urgently review project designs, explore alternative alignments, and prioritise tree transplantation wherever feasible. No additional clearing should be allowed without a transparent, comprehensive assessment that fully accounts for cumulative and long-term impacts.
Protecting trees and urban green spaces is a shared responsibility. It requires decisive action and genuine collaboration from all stakeholders – urban planners, engineers, architects, property developers, arborists, the private sector and the public – not token gestures or after-the-fact mitigation.
Safeguarding mature trees is not optional or cosmetic; it is a critical investment in public health, climate resilience, and the quality of life of present and future generations. – CAP
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











