Home Civil Society Voices Gabungan NGO bimbang kesan kerajaan mengawal selia pelesenan platform media sosial

Gabungan NGO bimbang kesan kerajaan mengawal selia pelesenan platform media sosial

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

CSO Platform for Reform melahirkan rasa kebimbangan mendalam berkenaan pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai rancangan kerajaan untuk melesenkan dan mengawal selia platform media sosial di bawah “lesen kelas bagi penyedia perkhidmatan aplikasi”, seperti yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Walaubagaimanapun, kami mengakui bahawa terdapatnya keperluan untuk menangani isu-isu serius seperti buli-siber, penderaan kanak-kanak, dan sindiket penipuan kewangan. Namun kami juga bimbang dengan implikasi untuk mengawal selia terhadap hak kebebasan bersuara dan hak menyatakan pendapat.

Terdapat kebimbangan bahawa langkah-langkah yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah umum dan boleh digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat dan kritikan yang sah, serta menyekat hak asasi demokrasi untuk kebebasan bersuara.

Perdana menteri baru-baru ini mempersoalkan, adakah adil dengan kebebasan yang sedia ada ini mendorong untuk kita menipu, mencuri dan membunuh seseorang?

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mewujudkan kerangka peraturan yang disusun dengan teliti dan telus serta dilaksanakan dengan langkah-langkah perlindungan yang mencukupi untuk mencegah penyalahgunaan.

Pendekatan semasa ini berisiko menggabungkan ungkapan yang sah dengan tingkah laku berbahaya, menyebabkan ia berpotensi membawa kepada penapisan dalam kalangan pengguna media sosial.

Kerajaan “Madani” dibina atas semangat hormat dan keyakinan, yang sepatutnya menjadi prinsip utama kerajaan, khususnya dalam menguruskan tadbir urus negara. Komitmen untuk mempertahankan kebebasan bersuara mestilah berasaskan kepada pengetahuan serta bukti yang konkrit dan bukannya sekadar retorik.

Penggunaan undang-undang pelesenan ini tidak sepatutnya menjadi alat untuk mengawal wacana awam atau mendiamkan pengkritik.

Oleh itu, cadangan CSO Platform for Reform adalah seperti berikut:

  • Jelaskan skop dan aplikasi peraturan yang dicadangkan untuk mengelakkan campur tangan yang berlebihan dan memastikan ia hanya disasarkan kepada kandungan yang menyalahi undang-undang sahaja
  • Laksanakan langkah-langkah perlindungan untuk melindungi daripada penyalahgunaan undang-undang ini untuk tujuan politik atau untuk perkara-perkara yang tidak wajar
  • Kaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa
  • Tubuhkan badan pengawasan media sosial yang bebas yang melibatkan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor
READ MORE:  Social media licensing: Threat to Malaysia's digital freedom?

CSO Platform for Reform

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x