
[ENGLISH VERSION BELOW] Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam dakwaan intimidasi ke atas pihak pengurusan THR Raaga oleh pihak-pihak tidak dikenalpasti.
Menurut laporan Malaysiakini, satu laporan polis telah dibuat oleh penyelaras persatuan Hindu Aagama Ani Arun Doraisamy susulan pembatalan saat akhir siaran satu sesi temubual yang dijadwalkan keudara pada jam 5.30 petang kelmarin.
Rancangan Hot Seat itu dilaporkan akan membincangkan isu penahanan dua pengurus kuil Sri Maha Mariamman Batu Caves oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan isu-isu semasa masyarakat India.
Menurut Arun, dia dimaklumkan oleh pengacara THR Raaga bahawa siaran itu terpaksa dibatalkan, ekoran ugutan-ugutan yang diterima oleh pihak pengurusan dan pengarah eksekutif radio naungan Astro tersebut.
Geramm dengan ini menegaskan bahawa sebarang bentuk ugutan terhadap pihak media adalah satu bentuk pelanggaran hak kebebasan media.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami turut mengambil maklum ini bukan kali pertama media vernakular Tamil menerima ugutan dari pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha melaporkan isu-isu penting dalam masyarakat India di Malaysia.
Kami percaya penubuhan sebuah majlis media Malaysia merupakan salah satu cara terbaik ke arah melindungi hak media untuk melaporkan sesuatu isu secara beretika, sekaligus satu platform bagi pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa melibatkan unsur kekerasan.
Atas dasar itu, adalah diharapkan #kawangeramm dari pelbagai agensi media berbahasa Tamil di Malaysia akan dapat menyumbang pandangan secara langsung atau tidak langsung dalam proses perbincangan yang sedang hangat berjalan sekarang.
Kami turut menyeru semua #kawangeramm untuk terus bersolidariti melawan kekerasan terhadap media, serta menyokong usaha penubuhan majlis media Malaysia.
English version
Geramm condemns alleged threats against THR Raaga
Gerakan Media Merdeka (Geramm) condemns the alleged threats made to the management of private radio station THR Raaga by unidentified parties.
According to Malaysiakini, a police report was lodged by Hindu association Aagama Ani coordinator Arun Doraisamy following the last minute cancellation of an interview scheduled to be aired at 5.30pm yesterday.
The Hot Seat programme was reportedly supposed to discuss the arrests of two Batu Caves Sri Maha Mariamman temple officials by the Malaysian Anti-Corruption Commission and other current issues affecting the Indian community.
According to Arun, he was informed by a THR Raaga announcer that the programme was cancelled following alleged threats received by the Astro-affiliated radio station and its chief executive officer.
Geramm hereby stresses that any form of threats against the media is an attack on our right to freedom of the press.
We also note that this not the first incident of intimidation or threat against vernacular Tamil media, in their efforts to highlight issues affecting the Indian community in Malaysia.
We believe that the setting-up of a media council is imperative to protect our right to report on any issue in an ethical manner while at the same time providing a platform for parties to raise their grievances against any report without resorting to threats or violence.
On that note, it is hoped that all #kawangeramm from the various Tamil vernacular media will directly or indirectly contribute to the ongoing discussions on setting-up of a media council.
We also urge all #kawangeramm to remain in solidarity against threats towards the media and with efforts to set up a media council.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme