Home Civil Society Voices Geramm kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol, tuntut siasatan

Geramm kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol, tuntut siasatan

PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, yang dilaporkan telah diserang oleh dua individu – salah seorang daripadanya memegang telefon – ketika beliau sedang menjalankan tugasan kewartawanan.

Tindakan ganas dan cubaan mengintimidasi wartawan atas kapasiti profesional adalah perbuatan tidak bertamadun serta bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dijamin di dalam sistem demokrasi.

Serangan fizikal terhadap seorang wartawan bukan sahaja mengancam keselamatan individu, tetapi juga menjejaskan hak orang awam untuk menerima maklumat tepat serta bebas tekanan.

Geramm menggesa pihak polis untuk:

  • Menyiasat insiden ini dengan segera dan telus, termasuk mengenal pasti motif dan individu yang terlibat
  • Mengambil tindakan tegas terhadap pelaku bagi menghantar mesej jelas bahawa keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk
  • Memastikan keselamatan petugas media ketika melaporkan isu-isu berkepentingan awam

Geramm juga menyeru semua pihak, termasuk pemimpin politik dan masyarakat umum, untuk menghormati peranan wartawan sebagai penyampai maklumat dan bukannya menjadikan mereka sasaran ancaman atau serangan.

Solidariti kami bersama Haresh Deol dan seluruh komuniti media yang terus menjalankan tugas demi kebenaran dan kepentingan rakyat. – Geramm

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x