[ENGLISH VERSION BELOW] Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam tindakan individu tidak dikenali yang telah menghantar ugutan bunuh melalui email kepada salah seorang wartawan Berita Harian.
Difahamkan ugutan diterima terkait laporan eksklusif wartawan tersebut yang disiarkan minggu lalu dan satu laporan polis telah dibuat oleh wartawan berkenaan.
Geramm dengan ini menggesa pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil langkah segera bagi mengenalpasti serta menyiasat individu terbabit.
Geramm ingin menegaskan bahawa ugutan terhadap wartawan dalam apa jua cara adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.
Setiap wartawan berhak menjalankan tugas menulis berita berlandaskan fakta tanpa dibayangi rasa takut kepada mana-mana pihak.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Mana-mana pihak yang tidak berpuas-hati dengan apa-apa laporan media seharusnya menggunakan saluran yang betul samaada dengan memberikan maklum-balas ataupun mengambil tindakan undang-undang sekiranya dianggap perlu.
Geramm menyokong kenyataan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) yang telah menggesa ahli-ahli mereka serta semua #kawangeramm untuk tidak berdiam diri sekiranya menerima sebarang bentuk ugutan.
Untuk semua #kawangeramm, terus berani dan kami bersolidariti.
English version
Geramm condemns death threat against journalist
Gerakan Media Merdeka (Geramm) condemns in the strongest terms an alleged death threat sent via email to a Berita Harian journalist.
It is understood that the alleged threat was sent in relation to an exclusive report by the journalist. A police report has since been lodged over the incident.
Geramm urges the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission to take immediate action to identify and investigate the individual responsible.
We would like to stress that threats in any form against the media are unacceptable and should be condemned.
All journalists have the right to report based on facts without being shadowed by fear towards any parties.
Any parties unhappy with any media report should use the right channels either by exercising their right to respond or taking legal action if deemed necessary.
Geramm fully supports the statement by the National Union of Journalists Malaysia urging all their members and all other media practitioners to not stay silent if threatened in any way.
To all #kawangeramm, stay strong, and we are in solidarity.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme