Home Civil Society Voices Geramm kesal dengan tindakan pihak pengawal imigresen UTC

Geramm kesal dengan tindakan pihak pengawal imigresen UTC

GERALT/PIXABAY

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Gerakan Media Marah (Geramm) kesal dengan tindakan pihak pengawal keselamatan imigresen UTC yang dilaporkan telah menghalau dan mengherdik wartawan The Vibes ketika menjalankan tugas.

Lebih buruk lagi, dilaporkan terdapat cubaan untuk merampas telefon bimbit yang digunakan untuk merakam suasana di UTC.

[Tekan untuk menonton video ini]

Perkara ini sepatutnya boleh diselesaikan secara profesional oleh pihak imigresen kerana cara intimidasi terhadap media akan memberi kesan buruk terhadap organisasi itu sendiri.

Perlu ditegaskan media bertanggungjawab untuk menjalankan liputan di lapangan dan seharusnya diberikan ruang, sekiranya tidak dibantu, dalam semua keadaan.

Mengambil contoh undang-undang sedia ada di Indonesia, pengamal media di Malaysia seharusnya bersatu menuntut perlindungan untuk menjalankan tugas tanpa dihalang, apatah lagi dikasari.

Dibawah undang-undang tersebut, tindakan menghalang media dari menjalankan tugas itu sendiri boleh dijadikan suatu kesalahan jenayah. – Geramm

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x