[ENGLISH VERSION BELOW] Greenpeace Malaysia dan Greenpeace Indonesia baru-baru ini bersama-sama melancarkan laporan jerebu bertajuk: The ASEAN Haze Trauma, yang mendedahkan bahawa antara 1.16 hingga 2.13 juta hektar tanah telah dibakar pada tahun 2023.
Laporan ini dikumpul berdasarkan analisis kesan kebakaran yang dilaporkan pada tahun 2019, yang menunjukkan corak kebakaran berulang sejak tahun 2015.
Sepanjang tempoh tersebut, keselamatan makanan di Indonesia terjejas teruk, terutamanya dalam kalangan komuniti miskin bandar. Pengurangan cahaya matahari semasa episod jerebu yang teruk didapati menjejaskan kadar pertumbuhan padi hibrid sehingga 50%, sekali gus menurunkan produktiviti tanaman dan bekalan makanan tempatan.
Walaupun hampir sedekad bukti jelas menunjukkan penglibatan syarikat-syarikat yang sepenuhnya atau sebahagiannya dimiliki rakyat Malaysia dalam kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia yang mencetuskan jerebu rentas sempadan, tindakan tegas masih belum diambil.
Pada tahun 2019, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia telah menyita tanah milik 62 syarikat yang didapati melakukan kesalahan pembakaran hutan. Sebanyak 20 syarikat-syarikat tersebut merupakan syarikat asing, termasuk enam dari Malaysia dan sembilan dari Singapura.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Syarikat-syarikat yang dinamakan kebanyakannya masih terlepas daripada hukuman berat atau penggantungan lesen. (Laporan ini memperincikan senarai penuh syarikat-syarikat milik dan bersekutu Malaysia yang dikenal pasti dalam siasatan.)
Hasil penemuan daripada laporan tersebut menekankan keperluan mendesak kerajaan-kerajaan Asean untuk memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan syarikat-syarikat yang terlibat dipertanggungjawabkan atas kemusnahan alam sekitar rentas sempadan.
Sempena sidang kemuncak Asean ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Greenpeace menyeru para pemimpin serantau untuk mengiktiraf dan mengisytiharkan secara rasmi Asean Environmental Rights Framework – satu komitmen serantau yang mengikat secara undang-undang bagi menjamin perlindungan alam sekitar, keadilan, serta hak terhadap alam sekitar yang bersih untuk semua.
Ketua juru kempen Greenpeace Malaysia Heng Kiah Chun, berkata: “Pencemaran jerebu rentas sempadan bukan sekadar isu alam sekitar – ia adalah krisis serantau yang melibatkan keadilan, kesihatan dan hak asasi manusia. Selama beberapa dekad, rakyat di seluruh Asia Tenggara terus terperangkap dalam kitaran jerebu, penyakit dan ketiadaan tindakan yang berulang.
“Asean mesti berhenti berjanji kosong dan beraksi menzahirkan hak alam sekitar sebagai perlindungan hakiki untuk rakyat negara-negaranya. Walaupun Malaysia meraikan pengecualian tarif di bawah perjanjian perdagangan baharu dengan Amerika Syarikat – yang merangkumi 1,711 produk eksport termasuk minyak sawit – pengiktirafan perdagangan ini tidak memberi makna jika tanah gambut terus terbakar.
“Sebagai pengerusi Asean, inilah peluang untuk Malaysia membuktikan kepimpinan sebenar melalui rantaian bekalan yang telus dan bebas jerebu, demi melindungi masyarakat sejagat serta Bumi serantau.”
Greenpeace menegaskan bahawa kemajuan serantau tidak akan dicapai tanpa iltizam bersama dan keazaman yang teguh. Oleh itu, kami menggesa dengan tegas agar para pemimpin Asean:
- Mengintegrasikan hak alam sekitar ke dalam framework Asean
- Memperkukuh komitmen undang-undang di peringkat nasional dan serantau
Dan kami menyeru kerajaan Malaysia untuk:
- Meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf secara jelas hak terhadap persekitaran yang selamat, bersih, sihat dan lestari sebagai hak asasi setiap individu
- Menggubal rangka kerja perundangan yang komprehensif untuk udara bersih, seperti akta udara bersih yang merangkumi mekanisme jerebu rentas sempadan
- Memastikan syarikat-syarikat Malaysia dipertanggungjawabkan atas penglibatan mereka dalam jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan dan tanah gambut, pembalakan berlebihan, serta kemusnahan alam sekitar di dalam dan luar negara
Awal bulan lalu, Greenpeace Malaysia telah melaksanakan aksi pembersihan dengan stensil menggunakan semburan air tekanan tinggi di Kuala Lumpur, mengubah permukaan kota yang kotor menjadi mesej awam yang menyeru kerajaan Malaysia dan pemimpin Asean untuk memperjuangkan Asean for Environmental Rights kerana Ahli Politik Bercakap. Pemimpin Bertindak.
Aksi aman ini melambangkan kekuatan kepemimpinan sejati serta keperluan mendesak untuk kerjasama serantau yang tegas demi melindungi manusia dan Bumi. – Greenpeace
English version
Greenpeace launches Asean Haze Trauma report
Greenpeace Malaysia and Greenpeace Indonesia recently jointly launched The ASEAN Haze Trauma report, exposing that an estimated 1.2 to 2.1 million hectares of land were burnt in 2023.
The report builds on burn scar analyses reported in 2019, which show recurring fire patterns tracing back to 2015.
Throughout this period, food security in Indonesia was severely crippled, especially in urban poor communities. Reduced sunlight during severe haze episodes has been found to cut hybrid rice growth rates by up to 50%, significantly affecting crop productivity and local food supply.
Despite nearly a decade of evidence linking Malaysian-owned or affiliated companies to forest and peat land fires in Indonesia that have fuelled transboundary haze, firm action has not been taken.
In 2019, Indonesia’s Environment and Forestry Ministry sealed land owned by 62 companies over forest fires; 20 of which were foreign, including six Malaysian and nine Singaporean firms. The companies named have largely evaded serious penalties or licence suspensions. (Key findings include the full list of Malaysian-owned and affiliated companies).
This underscores the urgent need for Asean governments to strengthen enforcement and hold companies accountable for cross-border environmental damage.
As the 47th Asean summit convened in Kuala Lumpur, Greenpeace called on regional leaders to translate environmental commitments into legally binding mechanisms that safeguard environmental rights and corporate accountability across the region by formally recognising the Asean Environmental Rights Framework; a legally binding regional commitment to ensure environmental protection, justice and the right to a clean environment for all.
Greenpeace Malaysia’s campaign lead, Heng Kiah Chun, said: “Transboundary haze pollution is not just an environmental issue. It’s a regional crisis of justice, health and human rights. For decades, people across Southeast Asia have suffered the same cycle of smoke, sickness and silence.
“Asean must move beyond promises and turn environmental rights into real protection for its people. While Malaysia’s tariff exemptions under the new US trade agreement – covering 1,711 export products including palm oil – are being celebrated, trade recognition means little if the land keeps burning.
“As Asean chair, this is Malaysia’s chance to prove real leadership through transparent, haze-free supply chains that protect both people and the planet.”
Greenpeace reiterates that regional progress cannot be achieved without shared accountability and steel-willed ambition. Therefore, we strongly urge Asean leaders to:
- Integrate environmental rights into the Asean framework
- Strengthen national and regional legal commitments
And we call on the Malaysian government to:
- Amend the Federal Constitution to explicitly recognise the right to a safe, clean, healthy and sustainable environment as a fundamental right
- Enact a comprehensive legislative framework for clean air, such as a clean air act with transboundary haze mechanisms
- Hold Malaysian companies accountable for their involvement in transboundary haze due to forest and peat land fire disasters, deforestation and other environmental harms, both locally and abroad
Earlier last month, Greenpeace Malaysia carried out a reverse graffiti action with high-pressure water sprays in Kuala Lumpur, transforming polluted city walls into a public message calling for the Malaysian government and Asean leaders to champion “Asean for environmental rights” because “Politicians talk. Leaders act”.
The peaceful action symbolised the power of true leadership and the urgent need for decisive regional cooperation to protect people and the planet. – Greenpeace
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

