Home Civil Society Voices Guna nama generik dalam preskripsi ubat/Prescribe medicines by generic name

Guna nama generik dalam preskripsi ubat/Prescribe medicines by generic name

Photograph: Wikipedia

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pekeliling dasar baru-baru ini yang dikeluarkan oleh pentadbir pihak ketiga yang bertanggungjawab bagi mengendalikan tuntutan insurans kesihatan swasta mengarahkan doktor untuk memberi preskripsi ubat dengan menunjukkan bahan aktif ubat sahaja, yang biasanya dikenali sebagai nama generik.

Ini telah mencetuskan perbincangan, terutamanya dalam kalangan sektor penjagaan kesihatan swasta.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang bahawa pertubuhan seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah salah faham atau salah tafsir dasar tersebut, dengan mendakwa bahawa ia bermakna doktor hanya boleh mempreskripsikan ubat generik.

Tafsiran ini tidak betul, mengelirukan orang ramai mengenai niat sebenar dasar itu.

Ringkasnya, semasa perundingan dengan pesakit, jika doktor memutuskan bahawa pesakit memerlukan ubat penahan sakit, dia sepatutnya mempreskripsikan ‘paracetamol’ dan bukannya ‘Panadol’ (nama jenama pemula) atau ‘Uphamol’ (nama jenama generik).

Orang ramai sering keliru dengan sesetengah pengamal perubatan yang membayangkan bahawa ubat generik adalah lebih rendah daripada jenama pemula.

Malah, di bawah tadbir urus dan kawalan ketat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), semua ubat generik di pasaran Malaysia, sama ada keluaran tempatan atau import, mestilah memenuhi piawaian pengesahan dan pelepasan yang tinggi untuk memenuhi keperluan keselamatan, keberkesanan dan kualiti.

Oleh itu, ubat-ubatan generik mesti menjalankan kajian biokesetaraan untuk menunjukkan bahawa ia serupa dengan profil ubat pemula; oleh itu, ubat generik adalah sama keberkesanannya.

Malah jika doktor memberi preskripsi paracetamol, pesakit masih boleh mendapatkan pil ‘Panadol’, kerana jenama pemula juga mengandungi bahan aktif yang sama di bawah nama generiknya.

Menurut Kajian Pemantauan Harga Ubat 2022, harga perolehan median dalam sektor swasta menunjukkan bahawa kos jenama pemula empat kali lebih tinggi daripada generik. Oleh itu, adalah mudah untuk melihat bagaimana ini diterjemahkan kepada harga runcit akhir yang lebih tinggi.

Idea bahawa jenama pemula adalah unggul adalah satu salah faham yang besar. Kemungkinan besar syarikat jenama pemula mempunyai sumber kewangan yang lebih besar untuk pemasaran dan pengiklanan, dan merupakan satu-satunya produk dalam pasaran sehingga monopoli patennya tamat tempoh.

Oleh itu, membuka pasaran kepada persaingan generik boleh menurunkan harga.

CAP ingin mengingatkan MMA dan APHM serta orang ramai bahawa dasar ubat nasional 2012 menetapkan dasar ubat generik kebangsaan dalam seksyen 3.2.2.3. Di antara tujuh perkara itu, dasar itu menggariskan perkara berikut:

  • Mempreskripsikan dengan menggunakan nama generik antarabangsa (international non-proprietary name) hendaklah diamalkan.
  • Perolehan ubat-ubatan melalui nama generik hendaklah digalakkan.
  • Semua ubat-ubatan yang didispens hendaklah dilabelkan dengan jelas dengan menggunakan nama generik antarabangsa dengan atau tanpa nama jenama.

Justeru itu, pekeliling pentadbir pihak ketiga adalah selaras dengan dasar ubat nasional.

Malah, semua kemudahan sepatutnya mengamalkan amalan ini untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan pesakit dengan maklumat berguna mengenai ubat mereka, ini termasuklah nama generik.

Kemampuan untuk mendapat ubat-ubatan, dengan peningkatan kos penjagaan kesihatan, adalah penting dan dengan pilihan untuk membeli ubat generik, pengguna akan mendapat penjimatan yang ketara.

Oleh itu, CAP percaya bahawa doktor sepatutnya sentiasa bertindak demi kepentingan terbaik pesakit mereka, termasuk mempertimbangkan implikasi kewangan penjagaan kesihatan kepada mereka.

Dengan memberikan preskripsi ubat mengikut nama generiknya, pesakit akan dimaklumkan mengenai ketersediaan ubat generik yang lebih murah yang sama keberkesanannya.

Ahli farmasi juga boleh menasihati pesakit dengan sewajarnya tanpa melanggar preskripsi doktor.

CAP percaya bahawa dasar ini benar-benar akan membantu untuk membendung inflasi perubatan dan mengawal kos ubat tanpa bercanggah dengan pertimbangan dan arahan perubatan doktor. Ini sepatutnya memberi manfaat kepada semua orang.

Oleh itu, CAP menyokong amalan yang baik untuk doktor dalam mempreskripsikan ubat mengikut nama generiknya. – CAP 

English version

Yes to prescribing medicines by their generic name

A recent policy circular issued by a third-party administrator responsible for handling private health insurance claims instructed doctors to prescribe medicine by indicating the active ingredients of medicines only, commonly known as the generic name.

This has triggered discussion, particularly within the private healthcare sector.

The Consumers’ Association of Penang (CAP) is concerned that organisations such as the Malaysian Medical Association (MMA) and the Association of Private Hospitals Malaysia (APHM) have misunderstood or misinterpreted the policy, claiming that it means doctors can only prescribe generic medicines.

This interpretation is incorrect, misleading the public about the policy’s true intention.

Put simply, during a consultation with a patient, if a doctor decides that the patient needs a general painkiller, he should prescribe paracetamol rather than Panadol (an originator brand name) or Uphamol (a generic brand name).

The public is often confused by some medical practitioners implying that generic medicines are inferior to originator brands.

In fact, under the governance and strict control of the National Pharmaceutical Regulation Agency (NPRA), all generic medicines in the Malaysian market, whether locally manufactured or imported, must meet high validation and clearance standards to satisfy safety, efficacy and quality requirements.

As such, generic medicines must perform bioequivalence studies to demonstrate that they are virtually identical to the originator medicine profile; therefore, generic medicines are as effective.

Even if a doctor prescribes paracetamol, the patient can still obtain Panadol pills, as the originator brand also contains the same active ingredient under its generic name.

According to the Medicine Prices Monitoring Survey 2022, the median procurement price in the private sector shows that originator brands cost four times more than generics. It is therefore easy to see how this translates into a higher final retail price.

The idea that an originator brand is superior is a gross misconception. It is more likely that the originator brand company has greater financial resources for marketing and advertising, and was the only product in the market until its patent monopoly expired.

Thereby, opening the market to competition from generics can lower prices.

CAP would like to remind the MMA, the APHM and the public that the Malaysian national medicines policy of 2012 specifies the national generic medicines policy in section 3.2.2.3. Among the seven points, the policy outlines the following:

  • Prescribing in generic international non-proprietary name shall be practised at all channels.
  • Procurement of all medicines by generic international non-proprietary name shall be promoted.
  • All dispensed medicines shall be labelled prominently with the generic international non-proprietary name of the medicine with or without the brand name.

Thus, the third party administrator’s circular is in line with the national medicines policy.

In fact, all facilities should have adopted this practice to raise awareness and provide patients with useful information about their medicines, including the generic name.

Affordability of medicines, with rising healthcare costs, is crucial, and with the option to buy generics, consumers will have significant savings.

Therefore, CAP believes that doctors should always act in their patients’ best interests, including considering the financial implications of healthcare for them.

By prescribing medicines by their generic names, patients will be made aware of the availability of cheaper generic medicines that are as effective.

Pharmacists could also advise patients accordingly, without contravening a doctor’s prescription.

CAP believes this policy will really help to curb medical inflation and control medicine costs without conflicting with doctors’ medical judgements and instructions. This should benefit everyone.

Thus, CAP endorses the good practice for doctors in prescribing medicines by their generic name. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x