Home Civil Society Voices Guna pakai elemen telus dan keterangkuman dalam proses pelantikan pesuruhjaya IPCC (Malay/English)

Guna pakai elemen telus dan keterangkuman dalam proses pelantikan pesuruhjaya IPCC (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] The CSO Platform for Reform melahirkan rasa kebimbangan yang mendalam terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini berhubung dengan pelantikan anggota baharu dalam Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Dalam menyedari kepentingan badan bebas untuk memantau integriti polis, kami mendapati terdapat beberapa aspek tertentu yang merisaukan dalam proses pelantikan tersebut.

Pertama sekali, kekurangan kepelbagaian dalam kalangan ahli suruhanjaya yang dilantik adalah merisaukan. Sebuah badan kerajaan yang mengawal selia kelakuan polis tidak boleh dianggotai oleh bekas pegawai kerajaan semata-mata, kerana ia akan menunjukkan corak konflik yang jelas – seperti yang dilihat dalam badan-badan lain seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suhakam.

Ini kerana individu yang mempunyai latar belakang dalam penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan akan menimbulkan persoalan tentang kebebasan suruhanjaya tersebut. Walaupun kepakaran sedemikian sebenarnya sangat bernilai namun demikian mencapai keseimbangan dengan memasukkan ahli daripada pelbagai latar belakang profesional – seperti pakar undang-undang, wakil masyarakat sivil dan peguam bela hak asasi manusia – adalah penting untuk memastikan pendekatan yang lebih tidak berat sebelah dan terangkum.

Memandangkan salah laku polis akan membawa kepada soal keselamatan dan keyakinan awam, proses pelantikan jawatankuasa yang menyelianya harus diuruskan dengan telus sebagai prinsip panduan.

Oleh itu, kami menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk mendedahkan satu laporan yang komprehensif tentang kriteria yang digunakan dalam pemilihan ahli, termasuk kelayakan mereka dan rasional di sebalik setiap pelantikan tersebut. Ketelusan sedemikian adalah penting untuk mengelakkan sebarang persepsi pilih kasih atau berat sebelah dalam proses pemilihan, seterusnya memberi jaminan kepada orang ramai terhadap pelantikan suruhanjaya tersebut.

Selain itu, antara amalan terbaik yang boleh dipelajari dari negara lain adalah seperti di UK, yang mewujudkan Pejabat Bebas untuk Kelakuan Polis (IOPC), dan Kanada, yang mewujudkan Pejabat Penyiasatan Bebas (IIO), yang turut dianggotai oleh pemantau bebas untuk menyelia perkara tersebut. Ini secara tidak langsung akan menyerlahkan kepentingan kepelbagaian dan ketelusan di dalam badan pengawasan yang dilantik tersebut.

READ MORE:  IPCC vs IPCMC: How to effectively police the police

Tambahan pula, banyak model yang berjaya menggabungkan pelbagai kepakaran dan latar belakang, memupuk kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan institusi untuk menangani aduan secara adil.

Penglibatan organisasi masyarakat sivil dalam proses pelantikan adalah penting untuk menyediakan akauntabiliti awam melalui wacana terbuka. Ini akhirnya akan memberikan lapisan pemeriksaan tambahan dan memastikan perwakilan yang dilantik yang lebih seimbang.

CSO Platform for Reform amat mengesyorkan proses perundingan yang menyeluruh dan inklusif dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk organisasi masyarakat sivil, untuk menjamin bahawa suruhanjaya itu benar-benar mencerminkan kepentingan orang ramai.

Kami menggesa pihak kementerian untuk menggunakan pendekatan yang lebih inklusif dalam pelantikan masa depan, memastikan suruhanjaya itu mewakili pelbagai perspektif dan pengalaman dalam masyarakat kita. Ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti suruhanjaya itu tetapi juga mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap keupayaannya untuk menangani aduan secara saksama.

Pada Mac 2023, CSO Platform for Reform telah mengeluarkan laporan 100 hari “kerajaan perpaduan”, dan kebimbangan yang telah dibangkitkan adalah bahawa IPCC tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan yang mencukupi, yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa suruhanjaya ini sebenarnya mempunyai standard yang lebih rendah daripada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telah diperjuangkan oleh organisasi masyarakat sivil. Kerajaan juga mesti menjalankan usaha wajar dalam menjadikan IPCC mematuhi piawaian antarabangsa, lebih-lebih lagi apabila pelantikan pesuruhjaya mestilah pada tahap yang terbaik.

Kami percaya bahawa pelaksanaan amalan terbaik ini akan meningkatkan keberkesanan IPCC dalam memenuhi mandatnya dan menegakkan prinsip keadilan dan akauntabiliti. – CSO Platform for Reform

English version

Adopt transparency and inclusivity in IPCC commissioners’ appointment process

The CSO Platform for Reform expresses deep concern over the recent announcement by Home Minister Saifuddin Nasution Ismail regarding the appointment of new members to the Independent Police Conduct Commission (IPCC).

READ MORE:  Reining in the police

While recognising the importance of an independent body to monitor police integrity, we find certain aspects of the appointment process troubling.

First, the lack of diversity among the appointed commission members is disconcerting. A national body overlooking police conduct cannot solely include former officers of the government, as it presents a clear pattern of conflict or perceived conflict – as we have seen with other purportedly independent bodies such as the Malaysian Anti-Corruption Commission, Election Commission and Suhakam.

The appointment of individuals with a background in law enforcement or government agencies raises questions about the commission’s independence. While such expertise can be valuable, achieving a balance by including members from diverse professional backgrounds – such as legal experts, civil society representatives and human rights advocates – is essential to ensure a more unbiased and inclusive approach.

As police misconduct is ultimately a matter of public safety and confidence, the appointment process for the committee overseeing it should be governed with transparency as a guiding principle. As such, we call for a comprehensive disclosure of the criteria used in member selection, including their qualifications and the rationale behind each appointment. Such transparency is vital to dispel any perception of favouritism or bias in the selection process and to assure the public of the commission’s integrity.

Best practices observed in other countries, such as the UK, which adopted the Independent Office for Police Conduct (IOPC), and Canada’s Independent Investigations Office (IIO), include independent watchdogs to oversee the matter. This will highlight the significance of diversity and transparency in similar oversight bodies. Many successful models incorporate a broad range of expertise and backgrounds, fostering public trust and confidence in the institution’s ability to address complaints fairly.

READ MORE:  Will the IPCC help the police chief cover up the Ahmet T Kuru incident? - Caged

Additionally, involving civil society organisations in the appointments process is paramount to providing public accountability through open discourse. This ultimately will provide an extra layer of scrutiny and ensure a more balanced representation.

The CSO Platform for Reform strongly recommends a thorough and inclusive consultation process with relevant stakeholders, including civil society organisations, to guarantee that the commission genuinely reflects the interests of the public it serves.

We urge the authorities to adopt a more inclusive approach in future appointments, ensuring that the commission represents the diverse perspectives and experiences within our society. This will not only enhance the commission’s credibility but also strengthen public trust in its ability to impartially address complaints.

In March 2023, the CSO Platform for Reform released the report on the 100 days of the “unity government” report, and concerns have been raised that the IPCC does not have sufficient investigative and enforcement powers; hence, it is already at a lower standard than the Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC), which civil society has been advocating for.

The government must also conduct due diligence and effort in making IPCC compliant with international standards – the appointment of commissioners must be at the very best levels.

We believe that incorporating these best practices will enhance the Independent Police Conduct Commission’s effectiveness in fulfilling its mandate and upholding the principles of justice and accountability. – CSO Platform for Reform

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x