Home Civil Society Voices Hak petani: Wakil Malaysia PBB tidak cerminkan keadaan sebenar (Malay/English)

Hak petani: Wakil Malaysia PBB tidak cerminkan keadaan sebenar (Malay/English)

Growing food together: Fostering the community spirit at the Bangsar community farm - NG SEK SAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Forum Kedaulatan Makanan Malaysia

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami merujuk kepada maklum balas kerajaan Malaysia terhadap dokumen komunikasi yang dikeluarkan oleh Michael Fakhri, pelapor khas hak kepada makanan, berhubung cadangan bagi Malaysia untuk menyertai Akta 1991 Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (Upov) sebagai sebahagian daripada rundingan perjanjian perdagangan antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah – yang terdiri daripada Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland – dan Malaysia.

Kami berkongsi kebimbangan yang sama dengan pelapor khas terutamanya mengenai perkara berikut:

  • Upov adalah sistem perlindungan varieti tumbuhan yang berat sebelah dengan memihak kepada pembiak baka tumbuhan komersial. Upov secara mutlak melindungi hak pembiak baka komersial dan mengehadkan hak tradisional dan aktiviti petani kecil. Standard bagi perlindungan di bawah Upov mengecualikan atau mengabaikan amalan penting seperti pertukaran benih tempatan dan perkongsian dalam dan antara komuniti. Panduannya mengenai ‘pertanian sara diri’ mengabaikan amalan adat petani sara diri
  • Penyimpanan benih, satu pengecualian pilihan dalam Upov, terhad kepada kebun petani (selalunya kecil di negara membangun) dan tertakluk kepada syarat. Ia memberi tumpuan kepada tanaman dengan tradisi menyimpan bahan yang dituai, tidak termasuk spesies atau varieti tertentu daripada amalan itu. Ini membawa kepada sekatan lanjut ke atas varieti, saiz kebun atau tanaman, dan sebagainya, melarang pertukaran atau penjualan benih di kalangan petani
  • Petani kecil menghadapi sekatan dalam menyesuaikan benih dengan keperluan tempatan melalui kaedah ‘pemilihan’, yang penting bagi penyesuaian perubahan iklim apabila varieti dilindungi di bawah undang- undang perlindungan varieti tumbuhan yang bedasarkan kepada Upov
  • Upov mengenakan hak harta intelek ke atas varieti tumbuhan, membolehkan syarikat korporat memonopoli dan menuntut pemilikan ke atasnya. Ini boleh merugikan petani

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, kami berasa amat bimbang dengan maklum balas wakil tetap Malaysia ke PBB mengenai penggunaan istilah “keistimewaan petani” dan bukannya ‘hak petani’ dalam dokumen maklum balas itu.

Amat membimbangkan apabila diperhatikan kurangnya pengakuan dan pengiktirafan petani di Malaysia, yang hak mereka (bukan keistimewaan) telah diiktiraf secara jelas dalam pelbagai instrumen antarabangsa, termasuk Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian dan Deklarasi PBB mengenai Hak Petani.

Kami bimbang dengan implikasi teknikal dan perundangan terhadap penggunaan istilah “keistimewaan” dan bukannya hak, membayangkan dengan sengaja menjejaskan hak undang-undang petani kecil berhubung dengan akses kepada benih.

Dalam maklum balasnya, wakil tetap Malaysia berkata petani di semenanjung Malaysia, dalam temu bual, menyuarakan bahawa mereka lebih suka membeli kumpulan benih baharu bagi setiap tanaman baharu memandangkan penyimpanan dan penyelenggaraan benih memerlukan kemahiran dan keadaan cuaca yang sesuai untuk memastikan kualiti percambahan dan bebas daripada makhluk perosak dan penyakit.

Kami mempersoalkan kriteria pemilihan pensampelan petani yang ditemu bual, kerana ini mungkin merupakan perwakilan petani di kawasan jelapang yang sudah bergantung kepada sokongan kerajaan (seperti subsidi benih) atau komersial berskala besar dan tidak menggambarkan petani bukan di kawasan jelapang, termasuk komuniti petani orang asli di seluruh Malaysia.

Laporan kami bertajuk “The potential impact of Upov on the Malaysian seeds sectors, farmers and their practices” yang diterbitkan pada 2023 menunjukkan bahawa 33.5% pesawah di negeri semenanjung, Kedah dan Perak menyimpan benih dari ladang mereka.

Antara mereka yang menyimpan benih mereka, 83.6% melakukannya kerana mereka percaya bahawa kualiti benih terjamin dan mereka berpuas hati dengan benih yang mereka proses sendiri. 16.4% lagi menyimpan benih untuk menjimatkan kos.

Daripada amalan menyimpan benih ini, mereka mampu untuk menyimpan 10-20% daripada hasil tuaian mereka dan mempunyai pilihan untuk menggunakan semula, berkongsi dan menjual benih yang disimpan di ladang mereka.

Sementara itu di negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak, beberapa siri temu bual yang dijalankan dalam kalangan 40 pesawah mendedahkan penyimpanan dan pertukaran benih menjadi amalan biasa dalam kalangan petani yang menggunakan benih padi tradisional atau subsidi kerajaan (sebahagian daripadanya dilindungi perlindungan varieti tumbuhan).

Dalam kes kedua, penyimpanan benih dianggap perlu kerana kelewatan berterusan dalam pengedaran benih oleh kerajaan.

Terdapat juga kebimbangan mengenai penyelewengan sumber genetik tempatan memandangkan peningkatan minat dalam mengkomersialkan varieti tradisional.

Mengenai biopiracy, Upov menyatakan bahawa hak pembiak baka mestilah bebas daripada sebarang langkah berkaitan pengeluaran, pensijilan, pemasaran, pengimportan atau pengeksportan varieti, oleh itu menolak sebarang jenis pendedahan negara asal atau asal usul sumber genetik yang sah sebagai syarat bagi pemberian perlindungan varieti tumbuhan.

Ini mewujudkan cabaran besar bagi Malaysia dengan berkenaan pengoperasian haknya di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi dan Protokol Nagoya mengenai Akses dan Perkongsian Manfaat. Khususnya, ia akan mewujudkan kelemahan besar berhubung pematuhan undang-undang terhadap Akta 795.

Amalan menyimpan, menggunakan, menukar dan menjual benih juga diusahakan oleh petani kecil sayur-sayuran dan petani buah-buahan. Kami mengadakan temu bual dengan 10 petani sayur-sayuran dan buah-buahan di semenanjung dan Malaysia Timur.

Kami mendapati selain daripada menanam tumbuhan varieti tradisional atau spesies tumbuhan tempatan seperti cekur manis, sambung nyawa, kaduk, gajus, serai kayu dan ulam raja, mereka juga menanam varieti moden seperti cili, terung, petola, bendi, jambu batu, labu air, kacang hijau, tomato, betik, selasih dan marigold.

Pada tahun ini, sempena Hari Benih Antarabangsa yang disambut pada 26 April setiap tahun, seramai 200 penyelamat benih tempatan dan antarabangsa telah berkumpul di Persidangan dan Pameran Agroekologi Antarabangsa mengenai Sistem Benih Komuniti yang diadakan di Bangi.

Bertentangan dengan kepercayaan umum bahawa komuniti penyimpan benih adalah kecil dan tidak penting, persidangan kali ini membuktikan sebaliknya apabila projek inisiatif rizab benih komunit setakat ini telah merakamkan kisah 90 penyimpan benih dari Malaysia iaitu 59 individu dan 31 pertubuhan.

Upov mentakrifkan semula hak petani untuk menyimpan, menggunakan dan menukar benih atau bahan pembiak baka yang dilindungi. Ia membentangkan hak ini sebagai keistimewaan pilihan yang negara anggota boleh memilih untuk dilaksanakan. Ia menetapkan had yang ketat.

Sebagai contoh, di bawah Upov, menyimpan benih hanya boleh dilakukan bagi tanaman tertentu dan mestilah “di dalam had yang munasabah dan tertakluk kepada perlindungan kepentingan sah pembiak baka”. Ini bermakna hak pembiak baka diutamakan berbanding amalan tradisi petani.

Upov seterusnya melarang pertukaran dan penjualan benih yang diiktiraf secara jelas dalam Perjanjian Antarabangsa Sumber Genetik Tumbuhan bagi Makanan dan Pertanian. Sebagai pihak kepada perjanjian ini dan mengambilkira Deklarasi PBB mengenai Hak Petani, Malaysia mempunyai hak untuk melaksanakan hak petani yang merangkumi hak untuk menyimpan, menggunakan, menukar dan menjual benih yang disimpan dari ladang atau bahan pembiak baka.

Seperti yang dinyatakan dalam maklum balas, kami sedar bahawa pada 2005, Jabatan Pertanian Malaysia telah meminta pemeriksaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta PNPV) bagi pematuhan dengan Upov.

Upov menjawab permintaan ini dengan mengenal pasti pindaan kepada sekurang-kurangnya 13 seksyen akta untuk dibawa supaya ia selaras dengan Upov.

Oleh itu menyertai Upov bermakna semakan utama Akta PNPV yang memerlukan pemadaman peruntukan yang mencerminkan kepelbagaian sistem pertanian Malaysia, melindungi hak petani dan Orang Asli untuk bebas menyimpan, menggunakan, menukar dan menjual benih yang disimpan di ladang atau bahan pembiak baka, mengelakkan penyelewengan sumber genetik tempatan, dan memastikan ketersediaan benih yang mencukupi tepat pada masanya pada harga yang berpatutan.

Untuk mewajarkan Malaysia menyertai Upov, penyokongnya dan syarikat pertanian multinasional mendakwa ia akan menyediakan akses yang lebih mudah kepada varieti tanaman dan sumber genetik tumbuhan yang lebih baik, membolehkan lagi pembiakan baka secara tempatan, meningkatkan bilangan dan kepelbagaian pembiak baka tempatan, memudahkan akses kepada pasaran global dan meningkatkan daya saing.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu tidak berdasarkan bukti, memandangkan banyak kajian di seluruh dunia, menunjukkan bahawa sistem benih yang kukuh tidak bergantung kepada Upov.

Kajian juga menunjukkan bahawa sistem perlindungan varieti tumbuhan jenis Upov mewujudkan pasaran benih tertumpu dan mengurangkan inovasi pertanian dan biodiversiti sambil mempertaruhkan keselamatan dan kemampanan makanan.

Di peringkat global terdapat tentangan besar terhadap Upov, dengan ramai pakar menyatakan bahawa ia tidak sesuai bagi sistem pertanian yang wujud di negara membangun dan bagi merealisasikan hak petani dan hak asasi manusia lain yang berkaitan seperti hak untuk mendapatkan makanan.

Menyalin sistem Upov ke dalam Akta PNPV baharu yang dicadangkan itu akan menjadi penafian hak petani dan Orang Asli terhadap amalan menyimpan, berkongsi dan menjual benih yang disimpan di ladang.

Ia akan menggalakkan monopoli, memudahkan monokultur dan membawa kepada kehilangan lebih banyak pengetahuan dan kebijaksanaan pertanian tempatan.

Sistem Upov akan memberi kesan buruk kepada amalan sosiobudaya dan status sosioekonomi petani serta kepelbagaian dan keselamatan pengeluaran makanan negara. Kerajaan tidak boleh mengabaikan kepentingan biodiversiti pertanian, keterjaminan makanan, hak petani dan akses kepada makanan yang baik, berkhasiat dan mampu milik bagi semua rakyat Malaysia.

Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk mengikut contoh Indonesia yang telah memaklumkan kepada pelapor khas hak kepada makanan bahawa ia tidak akan menyertai Upov atas banyak sebab yang telah kami ketengahkan di atas. – Forum Kedaulatan Makanan Malaysia

English version

Farmers’ rights: Malaysia’s UN permanent representative response does not represent the real situation

By Malaysian Food Sovereignty Forum

We refer to the response of the government of Malaysia to the communication document issued by Michael Fakhri, the special rapporteur on the right to food regarding the proposal for Malaysia to join the 1991 Act of the International Union for the Protection of New Varieties of Pants (Upov) as part of the trade agreement negotiations between the European Free Trade Association – comprising Iceland, Liechtenstein, Norway and Switzerland – and Malaysia.

We share the same concerns with the special rapporteur, particularly on the following:

  • Upov is a plant variety protection system that is biased in favour of commercial plant breeders. Upov categorically protects commercial breeders’ rights and limits the traditional rights and activities of smallholder farmers. The standard for protection under Upov excludes or ignores important practices such as local seed exchange and sharing within and between communities. Its guidance on “subsistence farming” neglects the customary practices of subsistence farmers
  • Seed saving, an optional exception in Upov, is limited to a farmer’s holding (often small in developing countries) and subject to its focuses on crops with a tradition of saving harvested material, excluding certain varieties or species from such practices. This leads to further restrictions on varieties and holding or crop size, prohibiting the exchange or sale of seeds among farmers.
  • Smallholder farmers face restrictions in adapting seeds to local needs through the ‘selection’ method, crucial for climate change adaptation when a variety is protected under plant variety protection laws that are based on Upov
  • Upov imposes intellectual property rights over plant varieties, enabling corporations to monopolise and claim ownership over them. This can seriously disadvantage smallholder farmers

plant variety protection

 

In addition to the above, we are particularly concerned with the response of Malaysia’s UN permanent representative on the use of the term “farmer’s privileges” instead of farmer’s rights throughout the response document.

It is alarmingly disturbing to note the lack of acknowledgment and recognition of farmers in Malaysia, whose rights (not privileges) have been explicitly recognised in various international instruments, including the International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture and the UN Declaration on the Rights of Peasants.

We are concerned with the technical and legal implications of using the term “privileges” instead of rights, implying an intentional undermining of the legal rights of smallholder farmers in relation to access to seeds.

In its response, the permanent representative of Malaysia said farmers in the Malaysian peninsula, in interviews, expressed that they prefer to buy a new batch of seeds for each new crop as the storage and maintenance of seeds requires skill and suitable weather conditions to ensure quality germination and freedom from pests and diseases.

We question the sampling selection criteria of the farmers interviewed, as these might be a representation of farmers in the granary areas who are already dependent on government support (such as seed subsidies) or large commercial scales, and not reflective of farmers not in the granary areas, including indigenous farming communities throughout Malaysia.

Our report titled “The potential impact of Upov on the Malaysian seed sectors, farmers and their practices” published in 2023 shows that 33.5% of paddy farmers in the peninsula states of Kedah and Perak save seeds from their farms. Among those who saved their seeds, 83.6% do it because they believe that the quality of the seeds is guaranteed, and they are satisfied with seeds that they processed themselves. The other 16.4% save seeds to save costs.

From this seed -aving practice, they were able to save 10-20% of their harvest and have the option of reusing, sharing and selling their farm-saved seeds.

Meanwhile, in Sabah and Sarawak, a series of interviews conducted among 40 paddy farmers revealed seed saving and exchange to be a common practice among farmers using traditional or government-subsidised paddy seeds (some of which are protected plant varieties). In the latter case, seed saving is considered necessary due to constant delays in seed distribution by the government.

There is also concern about the misappropriation of local genetic resources considering the increased interest in commercialising traditional varieties.

On such biopiracy, Upov states that breeders’ rights have to be independent of any measure concerning the production, certification, marketing, importing or exporting of the variety, thus rejecting any kind of disclosure of country of origin or legal provenance of genetic resources as a condition for grant of plant variety protection.

This creates a major challenge for Malaysia with respect to operationalising its rights under the Convention on Biological Diversity and the Nagoya Protocol on Access and Benefit Sharing. In particular, it will create a huge loophole with regard to legal compliance with Act 795.

The practice of saving, using, exchanging and selling seeds is also employed by small-scale vegetable and fruit farmers. We conducted interviews with 10 vegetable and fruit farmers in the peninsula and East Malaysia.

We found that, apart from planting traditional variety plants or landraces such as cekur manis (star gooseberry), sambung nyawa (longevity greens), kaduk, gajus (cashew nuts), serai kayu (bay leaf) and ulam raja (king’s salad), they also plant modern varieties such as chilli, eggplant, luffa, ladyfingers, guava, water pumpkin, mung bean, tomato, papaya, basil and marigold.

This year, in conjunction with International Seed Day, celebrated on 26 April every year, a total of 200 local and international seed savers gathered at an international agroecology conference and exhibition on community seed systems held in Bangi.

Contrary to the popular belief that the community of seed savers is small and insignificant, this conference proved the opposite when the community seed reserve initiative project so far recorded the stories of 90 seed savers from Malaysia, namely 59 individuals and 31 organisations.

Upov redefines the farmers’ rights to save, use, and exchange protected seeds or propagating materials. It presents these rights as an optional privilege that member states can choose to implement. It also sets strict limits.

For instance, under Upov, saving seeds is only possible for certain crops and must be “within reasonable limits and subject to the safeguarding of the legitimate interests of the breeder”. This means that the rights of the breeders are prioritised over the traditional practices of the farmers.

Upov goes on to prohibit seed exchange and selling that is explicitly recognised in the International Treaty of Plant Genetic Resources for Food and Agriculture and the UN Declaration on the Rights of Peasants. As a party to this international treaty and taking into account the UN declaration, Malaysia has the right to implement farmers’ rights, which include the right to save, use, exchange and sell farm-saved seeds or propagating materials.

 

As mentioned in the response, we are aware that in 2005, the Malaysian Department of Agriculture requested an examination of the Protection of New Plant Varieties Act 2004 (PNPV Act) for conformity with Upov.

Upov responded to this request by identifying amendments to at least 13 sections of the act to bring it into conformity with Upov.

Hence, joining Upov will mean a major revision of the PNPV Act that entails the deletion of provisions that reflect the diversity of Malaysia’s agricultural system, safeguard farmers’ and indigenous people’s rights to freely save, use, exchange and sell farm-saved seeds or propagating materials, prevent misappropriation of local genetic resources, and ensure timely availability of adequate seeds at affordable prices.

To justify Malaysia joining Upov, its supporters and multinational agricultural companies claim it will provide easier access to improved varieties of crops and plant genetic resources, enable further breeding locally, increase the number and diversity of local breeders, facilitate access to the global market and enhance competitiveness.

Such claims are, however, not based on evidence, as many studies around the world have shown that robust seed systems are not dependent on Upov.

Studies also point out that Upov-type plant variety protection systems create concentrated seed markets and reduce agricultural innovation and biodiversity while risking food security and sustainability.

Globally, there is huge opposition to Upov, with many experts pointing out that it is unfit for agricultural systems prevailing in developing countries and for realising farmers’ rights and other related human rights, such as the right to food.

Copying the Upov system into the proposed new PNPV Act will be a denial of farmers’ and indigenous people’s right to the practice of saving, sharing and selling farm-saved seeds. It will promote monopolies, facilitate monocultures and lead to more loss of local farming knowledge and wisdom.

The Upov system will adversely affect the socio-cultural practices and socioeconomic status of farmers, as well as the diversity and security of national food production.

The government must not ignore the importance of agricultural biodiversity, food security, farmers’ rights and access to good, nutritious and affordable food for all Malaysians.

We strongly call on the Malaysian government to follow the lead of Indonesia, which has informed the special rapporteur on the right to food that it will not join Upov for many of the reasons that we have highlighted above.

Issued by:

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia/Malaysian Food Sovereignty Forum

Kenyataan ini disokong oleh/This statement is endorsed by:

  1. BioHydro
  2. Consumers Association of Penang (CAP)
  3. Damai Farm Ville
  4. Ecocentric Transitions
  5. Fitrah Farm
  6. Grass Malaysia
  7. Idris Association
  8. Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi)
  9. Jungle family
  • Justlife Workers Co-Op
  • KebunBandar
  • Klima Action Malaysia (Kamy)
  • Komuniti Pondok Sukun (KomPoS)
  • Koperasi Kongsi Selangor Berhad
  • Malaysia Demeter Association
  • Merryganic Farm
  • Min House Camp
  • Natural Farming Association of Malaysia (NFAM)
  • Nubex Sdn Bhd
  • Persatuan Agroekologi Malaysia (Sri-Mas)
  • Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
  • Persatuan Pertanian Alami Kelantan (Alami)
  • Persatuan Usahawan Tani Cinta Alam Kelantan (Puncak)
  • Pertubuhan Lestari Alam Selangor (Alam Selangor)
  • Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah)
  • Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (Susden Malaysia)
  • Post Ark
  • Rasa Sayang Permaculture Estate
  • Rishi Organix
  • Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  • Semaian Rimba Forestry
  • The Lord’s Garden
  • Taman Sara (Kebun Komuniti Masjid al-Rasyidin)
  • Third World Network (TWN)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x