Tidak dapat dinafikan bahawa pembabitan para pemimpin politik dan penjawat awam terhadap gejala rasuah berada pada tahap yang amat buruk sekali dalam sejarah negara ini.
Ianya seolah-olah barah yang tidak boleh diubati lagi dan hanya menunggu maut.
Malangnya, adakah para pemimpin negara sedar dan mahu mengambil tindakan drastik bagi menghapuskan gejala buruk ini? Ini satu persoalan yang perlu dijawab oleh para pemimpin negara bagi menangkis tanggapan buruk rakyat terhadap pemimpin negara.
Skandal 1MDB yang melibatkan rompakan wang rakyat berbilion ringgit dengan pembabitan seorang bekas perdana menteri, yang juga menteri kewangan pada ketika itu, telah mengakibatkan negara dikenali sebagai negara pengamal rasuah yang terburuk di rantau Asia ini.
Begitu juga, pembabitan bekas seorang timbalan perdana menteri serta pemimpin politik yang lain yang dikenali sebagai ‘kluster mahkamah’ dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa telah memburukkan lagi imej negara.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Terdahulu dari itu, rakyat juga didedahkan kepada jenayah rasuah beberapa pemimpin politik, terutama yang menyandang jawatan dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Melayu terbesar seperti Felda, Felcra, Tabung Haji dan Mara.
Presiden Umno sendiri turut berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit.
Kesemua yang dituduh adalah berbangsa Melayu dan sudah pastinya beragama Islam, dan tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu satu perbuatan yang amat keji?
Tidakkah mereka merasa takut dan malu kerana telah mengkhianati bangsa dan kesucian agama mereka dengan penglibatan jenayah itu? Tidakkah perbuatan jenayah mereka yang begitu serius dan wajar ditegur oleh para agamawan dan pemimpin sebangsa?
Tidakkah mereka takut pada hukuman Allah swt bila mereka berada di padang masyhar nanti?
Bukan saja mereka ini tidak ditegur, malahan ada diantara mereka disanjung oleh penyokong tegar mereka, diarak ke hulu ke hilir seolah-olah mereka tidak bersalah, tanpa perasaan segan dan malu.
Yang lebih menhairankan adalah salah seorang penjenyah itu diberi gelaran ‘bossku’ dan ‘Apa malu, bossku’ – satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan negara, bangsa dan minda raykat muda.
Agak aneh juga bila seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman penjara serta didenda diberi kebebasan keluar negara atas alasan yang dianggap remeh dan tidak munasabah.
Persoalnnya, bolehkah kebebasan istimewa yang sama dinikmati oleh rakyat biasa?
Rakyat biasa sudah tentunya tidak mampu membayar kos khidmat guaman mereka untuk melengahkan hukuman mereka, seperti mana yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu dalam beberapa pertuduhan yang sedang dihadapinya berkaitan skandal 1MDB. Sudah tentu kos khidmat guaman yang dibayarnya itu luar kemampuan rakyat biasa.
Itulah realiti sistem perundangan negara yang dipersepsikan tidak adil bilamana hukuman dijatuhkan ke atas rakayt biasa; satu persepsi yang harus diterima oleh semua pengamal undang-undang.
Keadaan ini juga memberikan satu persepsi bahawa dengan wang ringgit, segalanya boleh diuruskan bagi menyebelahi pesalah.
Selepas pilihan raya umum 2018, buat kali pertama kerajaan Umno-Barisan Nasional, yang telah memegang tampuk pemerintahan negara sejak merdeka, telah dapat ditumbangkan oleh parti pembangkang, yang pada ketika itu bersatu dan sepakat di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Kekalahan berturut-turut parti pembangkang pada tiga pilihan raya negeri baru ini, iaitu bagi negeri Sabah, Melaka dan Johor berpihak pada Umno-BN, telah meyakinkan kepimpinan Umno-BN bahawa kemenangan mereka pada pilihan raya umum akan datang amat cerah.
Ternyata, kekalahan pakatan pembangkang pada ketiga-tiga pilihan raya negeri berpunca dari tiada kesepakatan di antara pakatan pembangkang serta ketandusan seorang pemimpin yang boleh menyatu (galvanise) kekuatan pakatan pembangkang.
Negara sekarang kita dalam keadaan yang amat tenat, dan ini adalah akibat kerakusan pemimpin politik yang hanya mementingkan kedudukan dalam kerajaan tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada rakyat dan negara.
Rakyat tidak lihat adanya program kerajaan yang boleh menstabil dan menjana semula ekonomi negara yang mana akan memberi keuntungan pada rakyat. Rakyat tidak nampak pengaliran masuk pelaburan luar negara secara besar besaran.
Adakah kerajaan sekarang sudah yakin bahawa status ekonomi negara sudah mula pulih dan tidak lagi bergantung pada kemasukkan pelaburan luar?
Negara mempunyai 70 menteri dan timbalan menteri – satu angka yang terlalu besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Dengan bilangan yang sebegini besar, sudah tentu rakyat sudah dapat merasa berbagai perubahan dan kemajuan yang manfaatkan rakyat.
Malangnya, ini tidak dapat dirasai oleh rakyat. Mungkin menteri dan timbalan menteri enggan berhadapan dengan pemberita bilamana soalan mereka tidak dapat dijawab dengan sempurna bilamana pemberita mengajukan soalan dalam bahasa Inggeris.
Atau pun, sememangnya mereka ketandusan berita yang hendak disampaikan pada rakyat. Ini yang sedang berlaku bilamana negara mempunyai kepimpinan yang lemah, lesu dan kurang cerdik.
Rasuah masih berluasa lagi
Setiap hari rakyat disajikan dengan berita rasuah di kalangan penjawat awam, dan rakyat tidak mendengar apa-apa kenyataan dari ketua jabatan atau kementerian berkenaan, seolah-olah rasuah di kalangan kakitangan mereka bukan tanggung jawab mereka.
Belum pernah kita lihat mana-mana ketua jabatan atau menteri berani mengambil tanggungjawab bilamana rasuah berlaku di jabatan atau kementerian mereka.
Jelas rasuah adalah punca utama negara berada dalam keadaan yang amat tenat sekarang. Sekira sesuatu yang tegas, drastik dan pantas tidak dilakukan oleh kerajaan bagi menangani gejala rasuah ini, tidak mustahil negara akan terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan kehancuran.
Seperti yang dilafazkan oleh Sultan Perak yang tersiar luas di media sosial, “rasuah di kalangan elit adalah sukar diperangi kerana kuasa yang dimiliki mereka, melainkan berlakunya perubahan politik yang mendadak.”
Bagi “melakukan perubahan politik yang mendadak” ini terletak pada tangan perdana menteri sendiri. Maka hanya perdana menteri saja yang boleh melakukan perubahan itu untuk menyelamatkan negara.
Persoalannya, adakah perdana menteri mahu dan berani melakukan perubahan tersebut? Rakyat tertunggu-tunggu.
Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Arshad Raji (bersara) ialah presiden Persatuan Patriot Malaysia (Patriot)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
“Hapuskan rasuah hingga ke akar umbi jika negara mahu dipulihkan”. Bagaimana nak hapuskan rasuah jika orang-orang yang bertanggungjawab untuk hapuskan rasuah tidak mahu disiasat apabila ada tuduhan terhadap mereka? Perdana Menteri pun tidak mahu KP SPRM disiasat atas tuduhan membeli saham. Maka pengundi-pengundi harus membuat pertukaran melalui “ballot box”.
The rakyat must wake up and organize rallys
for the King and rulers to know the actual situation of the rakyat.
Bloated cabinet with 80% not doing anything.
PM is not listening to the rakyat at all.