Home Civil Society Voices Haramkan senjata nuklear dengan segera/Ban nuclear weapons urgently

Haramkan senjata nuklear dengan segera/Ban nuclear weapons urgently

Global nuclear weapons 2022

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] 26 September ialah Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Menyeluruh Senjata Nuklear, hari bagi semua negara untuk berhadapan dengan hakikat yang membimbangkan: senjata nuklear adalah bom jangka dalam kehidupan kita, dan terdapat alasan kukuh untuk mengharamkannya.

Senjata nuklear bukan hanya alat perang; ia adalah alat pemusnahan. Direka bagi menyebabkan kematian beramai-ramai, ia membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya, memusnahkan ekosistem dan meninggalkan warisan radioaktif yang bertahan berabad-abad. Penggunaannya harus dilarang.

Pada Ogos 1945, ratusan ribu orang terbunuh apabila Amerika Syarikat (AS) meletupkan dua bom atom di bandar Hiroshima dan Nagasaki, Jepun. Ia menandakan permulaan zaman nuklear, saat ketika manusia memperoleh kuasa untuk memusnahkan diri mereka sendiri.

Ancaman ini masih ada pada hari ini, malah lebih daripada sebelumnya. Senjata nuklear hampir digunakan semula lebih daripada belasan kali sejak AS pertama kali mula menggunakannya 80 tahun lalu.

Statistik semasa mengenai senjata nuklear memberi gambaran yang amat membimbangkan tentang keselamatan global dan menggariskan keperluan segera bagi pelucutan senjata.

Sembilan negara, terdiri daripada AS, Rusia, United Kingdom, Perancis, China, India, Pakistan, Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) dan Israel kini secara kolektif memiliki lebih 12,000 kepala peledak nuklear, kebanyakannya dalam keadaan bersedia.

Lebih 80% kepala peledak ini dipegang oleh Rusia dan AS. Kepala peledak pada hanya satu kapal selam bersenjata nuklear AS mempunyai kuasa pemusnah tujuh kali ganda daripada semua bom yang dijatuhkan semasa Perang Dunia Kedua, termasuk dua bom atom yang dijatuhkan di Jepun.

Senjata ini mendedahkan ancaman besar kepada manusia. Satu letupan yang tidak sengaja atau disengajakan boleh mencetuskan kematian secara besar-besaran, kemusnahan alam sekitar dan kesan iklim yang tidak dapat dipulihkan.

Tetapi senjata nuklear ini bukannya dikurangkan atau dihapuskan, malah ia terus bercambah. Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (Stockholm International Peace Research Institute) melaporkan pada Jun 2025 bahawa persenjataan nuklear dunia sedang diperbesar dan dinaik taraf di mana sembilan negara bersenjata nuklear meneruskan program pemodenan nuklear intensif pada 2024, menaik taraf senjata sedia ada dan menambah versi yang lebih baharu.

Perlumbaan senjata nuklear baharu yang berbahaya ini muncul pada masa rejim kawalan senjata sangat lemah. Rangka kerja undang-undang global bagi masa depan bebas nuklear wujud tetapi ia tidak mempunyai kekuatan dan kemahuan politik untuk menjadikan pelucutan senjata menjadi kenyataan.

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty), yang berkuat kuasa pada tahun 1970, merupakan salah satu perjanjian kawalan senjata yang paling meluas diterima pakai dalam sejarah. Ditandatangani oleh 191 negara, ia merupakan perjanjian antarabangsa penting yang bertujuan untuk menghalang penyebaran senjata nuklear, meneruskan perlucutan senjata nuklear dan menggalakkan penggunaan tenaga nuklear secara aman.

Tetapi negara bersenjata nuklear seperti China, Rusia dan AS, yang menandatangani perjanjian itu, gagal dalam komitmen mereka untuk melucutkan senjata. Sebaliknya, mereka terus membiayai, memodenkan dan mengembangkan persenjataan nuklear. Pada 2024 sahaja, perbelanjaan senjata nuklear global melebihi $90bn, iaitu wang yang digunakan untuk menyempurnakan seni pemusnahan.

Pada 2017, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai satu lagi perjanjian, Perjanjian Larangan Senjata Nuklear (Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons – TPNW), yang secara komprehensif mengharamkan senjata nuklear dan melarang pembangunan, pengeluaran, ujian, penggunaan dan penyimpanannya. Dijuarai oleh negara bukan nuklear dan masyarakat sivil, TPNW berhasrat untuk menjadikan senjata nuklear haram di bawah undang-undang antarabangsa dan menyumbang kepada norma bahawa ia tidak boleh diterima.

Tetapi perjanjian itu tidak begitu berkesan kerana lima negara asal senjata nuklear – AS, Rusia, China, Perancis dan UK – enggan menandatanganinya.

READ MORE:  Keeping Southeast Asia nuclear-free

Terdapat kebimbangan bahawa percambahan nuklear mungkin meningkat dengan pesat di seluruh Eropah dan Asia kerana lebih banyak negara mungkin mahu menggunakan nuklear. Negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Iran, dan Arab Saudi adalah negara nuklear terpendam yang berpotensi membina senjata nuklear dengan cepat seperti Jerman, Belgium, Itali, Sepanyol dan Belanda, kata laporan Foreign Policy.

Meneruskan laluan semasa secara membuta tuli adalah satu bentuk kegilaan. Dalam dunia yang semakin ditakrifkan oleh ketegangan geopolitik, kerapuhan alam sekitar dan krisis kemanusiaan, kewujudan berterusan senjata nuklear mendedahkan ancaman nyata yang tidak boleh diabaikan lagi.

Kemungkinan berlaku perang nuklear menjadi kebimbangan global. Menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), risiko senjata nuklear digunakan adalah yang tertinggi sejak Perang Dingin.

PBB sendiri telah menyatakan secara terbuka bahawa perang nuklear adalah mungkin, terutamanya memandangkan perkembangan terkini di Eropah Timur dan Timur Tengah.

Pengarang British Mark Lynas yang telah menghabiskan dua dekad bagi mendesak tindakan ke atas perubahan iklim, kini mengatakan bahawa perang nuklear adalah ancaman yang lebih besar kepada manusia daripada krisis iklim.

Meningkatkan lagi tahap risiko nuklear ialah teknologi yang lebih maju, seperti kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengautomasikan perintah dan kawalan senjata nuklear secara berbahaya.

Jam Kiamat ialah jam simbolik yang diterima pakai oleh saintis atom, menunjukkan betapa hampirnya kita untuk “memusnahkan dunia kita dengan teknologi berbahaya buatan kita sendiri”. Ia merupakan penunjuk yang diiktiraf secara universal mengenai kerentanan dunia terhadap malapetaka global yang disebabkan oleh senjata nuklear, senjata bio, perubahan iklim, penyakit berjangkit dan AI. Semakin hampir ke tengah malam, semakin dekat manusia dengan penghujung dunia. Jam kini 89 saat ke tengah malam.

Peperangan nuklear akan membawa kepada penderitaan manusia yang tidak terkira, dengan kesan bencana kepada semua negara, lebih-lebih lagi apabila kita hidup dalam dunia yang semakin saling berkaitan yang terdedah kepada krisis yang melanda.

Akibatnya termasuklah kematian secara besar-besaran akibat letupan awal dan kesan buruk radioaktif yang berikutnya, kebuluran global yang meluas akibat gangguan iklim dan keruntuhan pertanian, keruntuhan sistem sosial dan ekonomi, dan potensi bencana alam sekitar seperti gangguan arus lautan dan marin.

PBB dan semua negara anggotanya, terutamanya negara nuklear, mempunyai tanggungjawab utama untuk menarik dunia kembali daripada jurang ini.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa PBB untuk mengambil tindakan segera untuk menghapuskan senjata nuklear seperti yang terkandung dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear. Kami turut menggesa kerajaan Malaysia untuk membangkitkan perkara tersebut dan menggesa PBB untuk melaksanakan matlamat asal perjanjian ini untuk menghapuskan semua senjata nuklear.

Pemimpin dunia perlu serius memulakan perbincangan dengan niat baik mengenai ancaman nuklear semasa. Kita amat memerlukan penggiatan semula diplomasi global dan mewujudkan forum baharu yang merangkumi kuasa nuklear yang sedang muncul seperti India, Pakistan dan China dan bukan hanya negara asal senjata nuklear.

Masyarakat sivil mestilah memberikan tekanan kepada pemimpin politik untuk mengutamakan pelucutan senjata nuklear dan pengawalan daripada percambahannya.

Individu juga mestilah meninggikan suara mereka melalui pendidikan, aktivisme dan pengundian bagi pemimpin yang mengutamakan keamanan daripada kuasa.

Hari ini bukan hari perayaan, ia adalah hari untuk kita mengimpikan dunia di mana keselamatan berteraskan diplomasi, keadilan dan kelangsungan hidup bersama. Hari ini mengingatkan kita bahawa senjata nuklear adalah senjata paling berbahaya di bumi dan ia mestilah diharamkan sepenuhnya tanpa berlengah lagi. – CAP

English version

Nuclear weapons must be totally and urgently banned

The International Day for the Total Elimination of Nuclear Weapons fell on 26 September. This was a day for all nations to confront a sobering truth: nuclear weapons are ticking time bombs in our midst, and there are strong reasons to ban them.

READ MORE:  Keeping Southeast Asia nuclear-free

Nuclear weapons are not just tools of war; they are instruments of annihilation. Designed for mass death, they indiscriminately kill civilians, destroy ecosystems, and leave radioactive legacies that last centuries. Their use cannot be justified.

In August 1945, hundreds of thousands of people were killed when the United States detonated two atomic bombs over the Japanese cities of Hiroshima and Nagasaki. It marked the dawn of the nuclear age – a moment when humanity gained the power to destroy itself.

This threat is still present, in fact more than ever today. Nuclear weapons have come close to being used again more than a dozen times since the US first used them 80 years ago.

Current statistics on nuclear weapons paint a sobering picture of global security and underscore the urgent need for disarmament. Nine countries – the US, Russia, the United Kingdom, France, China, India, Pakistan, North Korea and Israel – now collectively possess over 12,000 nuclear warheads, many on high alert.

Over 80% of the warheads are held by Russia and the US. The warheads on just one US nuclear-armed submarine have seven times the destructive power of all the bombs dropped during World War Two, including the two atomic bombs dropped on Japan.

These weapons pose a grave threat to humanity. A single detonation – accidental or intentional – could trigger mass casualties, environmental devastation and irreversible climate effects.

But instead of being reduced or eliminated, nuclear weapons continue to proliferate. The Stockholm International Peace Research Institute reported in June 2025 that the world’s nuclear arsenals are being enlarged and upgraded. The nine nuclear-armed states continued intensive nuclear modernisation programmes in 2024, upgrading existing weapons and adding newer versions.

This dangerous new nuclear arms race is emerging at a time when arms control regimes are severely weakened. A global legal framework for a nuclear-free future exists, but it lacks the teeth and political will to make disarmament a reality.

The Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT), which came into force in 1970, is one of the most widely adopted arms control agreements in history. Signed by 191 countries, it is a landmark international treaty aimed at preventing the spread of nuclear weapons (non-proliferation), advancing nuclear disarmament and promoting peaceful uses of nuclear energy.

But nuclear-armed states like China, Russia and the US that signed the treaty are failing in their commitment to disarm. Instead, they continue to fund, modernise and expand nuclear arsenals. In 2024 alone, global nuclear weapons spending exceeded $90bn – money that went to perfecting the art of destruction.

In 2017, the UN adopted another treaty, the Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons, which comprehensively bans nuclear weapons, prohibiting their development, production, testing, use and stockpiling. Championed by non-nuclear states and civil society, the treaty aims to make nuclear weapons illegal under international law and contributes to a norm that they are unacceptable.

But the treaty lacks bite as the five original nuclear weapons states – the US, Russia, China, France and the UK – refused to sign.

There are fears that nuclear proliferation is likely to increase rapidly across Europe and Asia as more countries may want to go nuclear. Countries like South Korea, Japan Iran, and Saudi Arabia are so-called nuclear-latent states that could potentially build nuclear weapons quickly – as are Germany, Belgium, Italy, Spain and the Netherlands, says a Foreign Policy report.

READ MORE:  Keeping Southeast Asia nuclear-free

Blindly continuing on the current path is a form of madness. In a world increasingly defined by geopolitical tension, environmental fragility and humanitarian crises, the continued existence of nuclear weapons poses an existential threat that can no longer be ignored.

Nuclear war is now a looming global concern. According to the International Committee of the Red Cross, the risk of nuclear weapons being used is the highest it has ever been since the Cold War. The UN itself has publicly stated that nuclear war is possible, especially given recent developments in Eastern Europe and West Asia.

British author Mark Lynas, who has spent two decades pushing for action on climate emissions, now says that nuclear war is an even greater threat to humanity than the climate crisis.

Further raising the nuclear risk levels are advancing technologies, like artificial intelligence (AI) which can dangerously automate the command and control of nuclear weapons.

The Doomsday Clock is a symbolic timepiece adopted by atomic scientists, showing how close we are to “destroying our world with dangerous technologies of our own making”. It is a universally recognised indicator of the world’s vulnerability to global catastrophe caused by nuclear weapons, bioweapons, climate change, infectious disease and AI. The closer it moves to midnight, the closer humanity is to the end of the world. The clock is now 89 seconds to midnight.

A nuclear war would lead to incalculable human suffering, with catastrophic repercussions for all nations – more so as we live in an increasingly interconnected world that is vulnerable to cascading crises.

The consequences include mass casualties from the initial blasts and subsequent radioactive fallout, widespread global famine due to climate disruption and agricultural collapse, collapse of social and economic systems, and potential environmental disasters like ocean and marine current disruption.

The UN and all its member states, especially the nuclear states, have the prime responsibility to pull the world back from the brink.

The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls on the UN to take immediate action to eliminate nuclear weapons as was conceived in the NPT. We urge the Malaysian government to speak up on the matter and urge the UN to implement the NPT’s original aim of eliminating all nuclear weapons.

World leaders should seriously commence good-faith discussions about current nuclear threats. There is a dire need to reinvigorate global diplomacy and create new forums that include emerging nuclear powers like India, Pakistan and China – not just legacy players.

Civil society must put pressure on political leaders to prioritise nuclear disarmament and non-proliferation.

Individuals must raise their voices – through education, activism and voting – for leaders who prioritise peace over power.

Today is not a day of celebration. It’s a day for us to envision a world where security is rooted in diplomacy, justice and shared survival. This day reminds us that nuclear weapons – the most dangerous weapons on earth – must be totally banned without delay.

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x