Home Civil Society Voices Hari Alam Sekitar Sedunia 2023: #BeatPlasticPollution (Malay/English)

Hari Alam Sekitar Sedunia 2023: #BeatPlasticPollution (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Beat Plastic Pollution atau Atasi Pencemaran Plastik adalah tema untuk Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini.

Data yang dikeluarkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) adalah mengejutkan.

Di seluruh dunia, satu juta botol plastik dibeli setiap minit, manakala sehingga lima trilion beg plastik digunakan di seluruh dunia setiap tahun. Pengeluaran plastik terus berkembang, dengan separuh daripada semua plastik yang dihasilkan direka untuk tujuan sekali guna.

Sejak tahun 1970-an, kadar pengeluaran plastik telah berkembang lebih cepat daripada mana-mana bahan lain. Jika trend pertumbuhan berterusan, pengeluaran global plastik primer diramalkan mencecah 1,100 juta tan menjelang 2050.

Kira-kira 36% daripada semua plastik yang dihasilkan adalah digunakan dalam pembungkusan, termasuk produk plastik sekali guna untuk bekas makanan dan minuman. Dianggarkan 85% daripada plastik ini berakhir di tapak pelupusan sampah atau sebagai sisa tidak terkawal.

Dilaporkan bahawa di seluruh dunia kira-kira 400 juta tan sisa plastik dijana setiap tahun. Daripada tujuh bilion tan sisa plastik yang dijana secara global setakat ini, kurang daripada 10% telah dikitar semula.

Kitar semula bukannya penyelesaian kepada krisis plastik. Untuk menghapuskan pencemaran plastik, pengeluaran plastik mesti dihadkan di peringkat global dengan penetapan sasaran pengurangan pembuatan plastik.

Plastik diperbuat daripada karbon (bahan api fosil) dan bahan kimia, dan bahan kimia toksik dibebaskan sepanjang kitaran hayatnya. Kira-kira 98% produk plastik sekali guna dihasilkan daripada bahan api fosil.

Selain itu, tahap pelepasan gas rumah hijau yang dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan dan pelupusan plastik berasaskan bahan api fosil konvensional diramalkan meningkat kepada 19% daripada bajet karbon global menjelang 2040.

Pada Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelima pada Mac 2022, kesemua 193 Negara Anggota PBB memutuskan untuk menamatkan pencemaran plastik. Kumpulan masyarakat sivil bersatu dalam menyeru satu perjanjian yang kukuh untuk menangani kemudaratan kesihatan, iklim, biodiversiti, dan hak asasi manusia yang datang daripada kitaran hayat penuh plastik, dan bukan hanya pada penghujung hayat dalam bentuk sisa.

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perundingan Antara Kerajaan (Intergovernmental Negotiating Committee INC-2) untuk perjanjian global baharu untuk menamatkan pencemaran plastik telah berakhir baru-baru ini pada 2 Jun di ibu pejabat Unesco di Paris.

Rundingan lima hari itu terbantut hampir dua hari berikutan usaha pihak tertentu yang mempunyai kepentingan kuat dalam industri minyak dan petrokimia untuk melemahkan perjanjian ini supaya pengeluaran plastik fosil dapat diteruskan tanpa henti.

Pihak industri juga turut hadir semasa rundingan, termasuk di acara sampingan di mana mereka mempromosikan penyelesaian palsu seperti “mengimbangi plastik” (“plastic offsetting”) skim yang tidak “mengimbangi” sama ada pengeluaran plastik atau pencemaran.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hasil positif daripada INC-2 di mana sesetengah negara menyeru untuk penetapan sasaran pengurangan global terhadap pengeluaran plastik, dan perbincangan telah berkembang daripada fokus pada plastik sebagai masalah sisa dan pencemaran, kepada perbincangan ke arah perjanjian yang akan menangani ancaman kepada kesihatan dan biodiversiti daripada bahan kimia sepanjang kitaran hayat plastik, dan mengutamakan peralihan yang adil kepada mata pencarian yang lebih selamat dan lebih mampan untuk pekerja merentas rantaian bekalan plastik.

Di Malaysia, kerajaan telah melancarkan “Pelan hala tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna 2018-2030”. Baru-baru ini, diumumkan bahawa kerajaan menyasarkan untuk mengharamkan penggunaan beg plastik untuk pembelian runcit merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang 2025. Langkah ini adalah dialu-alukan tetapi kita memerlukan tindakan yang lebih segera dan lebih banyak produk plastik sekali guna untuk difasa keluar dan diharamkan.

Kebanyakan pembungkusan makanan direka bentuk untuk kegunaan sekali sahaja dan tidak dikitar semula. Ini mewujudkan kesan alam sekitar dan isu kesihatan bergantung pada bahan yang digunakan.

Membiarkan korporat dan syarikat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa, hanya akan mempromosikan penyelesaian palsu kepada krisis sisa plastik dan pencemaran plastik akan berterusan.

Walaupun peningkatan dalam kitar semula plastik dilihat sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah pencemaran plastik oleh kebanyakan kerajaan dan badan korporat, plastik yang mengandungi bahan kimia toksik tidak harus dikitar semula. Bahan plastik mengandungi pelbagai jenis bahan kimia termasuk yang toksik, dan apabila dikitar semula bahan toksik ini mungkin berakhir dalam mainan dan barangan pengguna yang boleh mengancam kesihatan awam. Sehingga beribu-ribu bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam plastik dihapuskan, pengitaran semula akan kekal toksik.

Untuk mengatasi pencemaran plastik, kita memerlukan kerajaan untuk memacu perubahan termasuk menggubal dan melaksanakan dasar untuk menghadkan pengeluaran plastik, memastikan syarikat beralih daripada produk dan pembungkusan plastik kepada alternatif yang selamat.

Bagi pengguna, kita perlu mengurangkan penjanaan sisa secara keseluruhan, dan ini boleh bermula dengan mengambil kira apa yang kita gunakan atau beli. Terdapat banyak pilihan untuk sistem penghantaran termasuk sistem pengisian semula dan penggunaan semula.

Jika kita tidak bertindak untuk menangani krisis plastik global, krisis ini akan terus meningkat dan memburukkan lagi ancaman yang dihadapi, termasuk kecemasan iklim, kehilangan biodiversiti yang serius, penularan toksik dan pencemaran mikroplastik. Kesemua ini mempunyai implikasi yang mendalam kepada kesihatan manusia dan hak asasi manusia.

Bersama-sama kita harus atasi pencemaran plastik.

Meenakshi Raman ialah president Sahabat Alam Malaysia

English version

World Environment Day 2023: #BeatPlasticPollution

Beat Plastic Pollution is the theme for this year’s World Environment Day.

The data put out by the United Nations Environmental Programme (UNEP) is staggering. Around the world, one million plastic bottles are purchased every minute, while up to five trillion plastic bags are used worldwide every year. Plastic production keeps growing, with half of all plastic produced designed for single-use purposes.

Since the 1970s, the rate of plastic production has grown faster than that of any other material. If historic growth trends continue, global production of primary plastic is forecasted to reach 1,100 million tonnes by 2050.

Approximately 36% of all plastics produced are used in packaging, including single-use plastic products for food and beverage containers. It is estimated that 85% of this ends up in landfills or as unregulated waste.

Globally it is reported that we produce about 400 million tonnes of plastic waste every year. Of the seven billion tonnes of plastic waste generated globally so far, less than 10% has been recycled.

We cannot recycle our way out of the plastic crisis. To eliminate plastic pollution, the production of plastics must be capped through global reduction targets.

Plastics are made from carbon (fossil fuels) and chemicals, and toxic chemicals are released throughout their life cycle. About 98% of single-use plastic products are produced from fossil fuels. Moreover, the level of greenhouse gas emissions associated with the production, use and disposal of conventional fossil fuel-based plastics is forecast to grow to 19% of the global carbon budget by 2040.

At the fifth United Nations Environment Assembly in March 2022, all 193 UN member states decided to end plastic pollution.

Civil society groups are united in calling for a strong treaty to address the health, climate, biodiversity and human rights harms that come from the full life cycle of plastics, and not just the end of life.

The second meeting of the Intergovernmental Negotiating Committee (INC-2) for the new global agreement to end plastic pollution concluded recently on 2 June at the Unesco headquarters in Paris.

The five-day negotiations stalled for almost two days due to the derailing attempt of certain parties with strong vested interests in the oil and petrochemical industry to make the potential treaty as weak as possible so that fossil plastic production can continue unabated.

The industry also continued to have a presence during the negotiations, including at side events where they promoted false solutions such as “plastic offsetting”, a scheme that doesn’t “offset” either plastic production or pollution.

However, there were some positive outcomes from INC-2, where some countries called for global reduction targets on plastic production, and the talks have advanced from a focus on plastic as a waste and pollution problem, to the current movement towards a treaty that addresses the threats to health and biodiversity from chemicals throughout the plastics life cycle, and prioritises a just transition to safer and more sustainable livelihoods for workers across the plastics supply chain.

In Malaysia, the government launched a “Roadmap towards zero single-use plastics 2018-2030”. Recently, it was announced that the government is aiming to ban the use of plastic bags for retail purchases across all business sectors nationwide by 2025.

This is commendable but we need more urgent action and more single-use plastic products to be phased out and banned. Most food packaging is designed to be for single use and is not recycled. This creates environmental impacts and health issues depending on the materials that are used.

Letting corporations continue their business as usual, will simply promote false solutions to the plastic waste crisis and plastic pollution will continue.

While the increase in plastic recycling is seen as a solution to the plastic pollution problem by most governments and corporations, plastics containing toxic chemicals should not be recycled at all and should instead be considered as non-circular materials.

Plastic materials include a wide range of toxic chemicals that are added to them, and when recycled these toxins may end up in toys and consumer goods that could threaten people’s health. Until the thousands of hazardous chemicals used in plastics are eliminated, recycling will remain toxic.

To beat plastic pollution, we need the government to drive the change, including implementing policies to cap plastic production, and to ensure corporations transition out of plastic products and packaging to safe alternatives.

For consumers, we need to reduce waste generation on the whole, and this can start from being mindful of what we are consuming or purchasing. There are many options for delivery systems including refillable and reuse systems.

As the break free from plastic movement states, if left unchecked the global plastics crisis can only escalate and worsen the major planetary threats the world faces today, including the climate emergency, serious biodiversity loss, unprecedented toxics and microplastic pollution – all with profound implications on human health and human rights.

Let us unite to beat plastic pollution.

Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x