[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 3 Mei setiap tahun, dunia memperingati Hari Kebebasan Media – bukan sekadar untuk menyambut apa yang telah dicapai, tetapi juga untuk mengingatkan apa yang masih belum dimenangi.
Di Malaysia, sambutan ini bukan satu kelaziman yang gemilang, tetapi satu peringatan getir tentang pertarungan berpanjangan untuk kebebasan yang hakiki.
Tahun ini, Malaysia mencatat sedikit peningkatan dalam Indeks Kebebasan Media oleh Reporters Without Borders (RSF). Namun angka bukan segalanya. Kita masih terperangkap dalam jerat undang-undang yang mengekang, struktur industri yang goyah dan dasar kerajaan yang sering berbolak-balik – antara niat dan tindakan.
Majlis media akhirnya diluluskan, kini ujian seterusnya bermula
Selepas bertahun-tahun desakan, akhirnya Parlimen Malaysia meluluskan penubuhan majlis media Malaysia pada Mac lalu – dan badan ini dijangka ditubuhkan secara rasmi pada Julai 2025.
Ia suatu kemenangan penting buat semua yang telah memperjuangkan media yang lebih bertanggungjawab dan bebas. Namun Geramm ingin tegaskan: penubuhan sahaja tidak memadai.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Persoalan sebenar kini ialah, siapa yang akan mengisi majlis ini? Apakah mandatnya akan benar-benar bebas atau hanya pak turut?
Kami menyeru agar pelantikan ahli majlis dilakukan secara terbuka, inklusif dan telus, dengan perwakilan yang sah dari kalangan pengamal media, organisasi media, akademik dan masyarakat sivil – bukan sekadar pengampu status quo.
Majlis ini mesti berfungsi sebagai platform penyelesaian aduan dan pengukuhan etika, bukan alat kawalan baharu dalam wajah yang lebih ‘mesra’.
Kredibiliti majlis media Malaysia akan bergantung kepada siapa yang memimpin dan mengganggotainya serta sejuahmana ia berani bertindak demi kepentingan awam, bukan pihak berkuasa.
Pindaan PPPA Peluang atau perangkap?
Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) harus dilihat dengan penuh teliti. Adakah pindaan ini untuk melonggarkan kawalan atau menyempitkan lagi ruang pernafasan media?
Kami di Geramm berpandangan, akta era kolonial ini sudah tidak lagi relevan untuk ekosistem media digital dan pelbagai platform hari ini.
Pindaan untuk memasukkan pindaan baru dengan hukuman lebih berat dan merangkumkan media atas talian hanya akan melanjutkan hayat penindasan dalam bentuk baru.
Kami gesa, bukan sekadar pindaan kosmetik – tetapi pembaharuan menyeluruh yang mengiktiraf realiti semasa media dan jurnalisme.
Media dan wartawan hidup sekadar bertahan
Isu mata pencarian pengamal media tidak boleh disapu di bawah karpet lagi.
Bayaran lambat, kontrak tidak jelas, beban kerja yang meningkat dan kurang perlindungan kesihatan – ini bukan sekadar ‘cabaran kerjaya’ tetapi bentuk ketidakadilan sistemik yang mengancam kualiti kewartawanan itu sendiri.
Tanpa keupayaan untuk hidup bermaruah, wartawan tidak akan mampu menulis dengan bebas.
Kami juga ulangi seruan kami agar kerajaan dan pihak industri melihat semula struktur ekonomi media, termasuk keperluan untuk mewujudkan dana kewartawanan awam atau skim perlindungan wartawan bebas.
AI: Sahabat atau pemangsa?
Kecerdasan buatan (AI) kini memasuki bilik berita dengan cepat – menulis berita, menganalisis data, bahkan meniru gaya bahasa wartawan.
Ia membawa potensi besar, tetapi juga risiko kehilangan pekerjaan dan penyebaran maklumat palsu yang dihasilkan mesin tanpa tanggungjawab.
Geramm berpandangan bahawa AI harus diatur dan dimanfaatkan dengan beretika, bukan menggantikan suara manusia yang mempunyai konteks, nilai, dan nurani. Media bukan sekadar mesin pengeluaran kandungan – ia adalah tanggungjawab sosial.
Tahun 2025 tahun penentuan
Kita kini berada di persimpangan.
Akankah kerajaan memilih untuk mendengar suara wartawan dan masyarakat sivil, atau terus memilih laluan yang mengekang dan menundukkan media?
Akankah industri bangkit membela para pekerjanya, atau terus menormalisasikan keletihan, ketakutan dan gaji tertunggak?
Geramm bersama semua wartawan, editor, jurukamera, penerbit dan penulis di negara ini – mereka yang setiap hari mengangkat kebenaran walau ditekan dan disisih. Kepada mereka, Hari Kebebasan Media bukan sekadar hari – ia adalah medan perjuangan.
Kami tidak mahu kebebasan bersyarat.
Kami tuntut kebebasan yang dijamin. – Geramm
English version
Media Freedom Day 2025 message: Free, not submissive
Every year on 3 May, the world observes Media Freedom Day – not merely to celebrate progress, but to reflect on what freedoms remain unfulfilled.
In Malaysia, this day is not marked with grandeur, but with a sobering reminder of the ongoing and difficult struggle for genuine press freedom.
This year, Malaysia recorded a slight improvement in the World Press Freedom Index by Reporters Without Borders (RSF). But figures alone are not everything. We remain entangled in restrictive laws, a fragile media industry and government policies that frequently waver between intent and action.
Media council – passed at last, now comes the real test
After years of persistent calls, the Malaysian Parliament finally approved the establishment of the Malaysian media council in March – and the body is expected to be formally instituted in July 2025.
This is a crucial milestone for all who have championed more accountable and independent media. But Geramm must emphasise: formation alone is not enough.
The pressing questions remain. Who will sit on the council? Will it have true independence or merely play along?
We call for an open, inclusive and transparent appointment process – with proper representation from working journalists, media organisations, academics and civil society – not just loyalists preserving the status quo.
The council must function as a platform for resolving complaints and strengthening journalistic ethics – not as a new mechanism of control in a softer guise. Its credibility will rest on its composition, leadership and its willingness to act in the public interest – not under pressure from those in power.
PPPA amendments: Reform or ruse?
The government’s proposal to amend the Printing Presses and Publications Act (PPPA) must be critically assessed. Are these reforms intended to loosen control – or tighten the noose around the press?
Geramm believes this colonial-era law is no longer relevant to the current media environment, which includes digital and multi-platform ecosystems.
Proposed amendments that introduce harsher penalties and expanded control over online media will only prolong repression in a new form. What we need is not cosmetic reform – but a comprehensive overhaul that reflects the present realities of journalism.
Media and journalists: Merely surviving
The issue of livelihood among media practitioners can no longer be swept under the rug. Delayed wages, vague contracts, rising workloads and lack of healthcare protection are not just ‘career challenges’ – they are systemic injustices that threaten the integrity of journalism itself.
Without the means to live with dignity, journalists cannot write freely.
We reiterate our call for the government and the media industry to reconsider the economic foundations of the press – including the need for a public interest journalism fund or a protection scheme for freelance journalists.
AI: Tool or threat?
Artificial intelligence (AI) is entering newsrooms at a rapid pace – writing stories, analysing data, even mimicking journalistic style. It brings significant potential but also the risk of job displacement and the unchecked spread of machine-generated disinformation.
Geramm believes AI must be ethically regulated and responsibly implemented. It must never replace the human voice – the one that brings context, values and conscience. The media is not merely a content factory – it is a public trust.
2025 – a decisive year
We stand at a crossroads. Will the government choose to listen to journalists and civil society – or continue down a path of censorship and suppression? Will the industry rise to protect its workers – or continue to normalise fatigue, fear and unpaid wages?
Geramm stands with every journalist, editor, camera operator, producer and writer in this country – those who carry the truth daily, despite being silenced and sidelined. For them, Media Freedom Day is not just a date – it is a battleground.
We do not want conditional freedom. We demand freedom that is guaranteed. – Geramm
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme