Home Civil Society Voices Hentikan genosid di Palestin! (Malay/English)

Hentikan genosid di Palestin! (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) ialah ahli Friends of the Earth International (FoEI) dan kami menyokong kenyataan berikut yang dikeluarkan oleh Friends of the Asia Pacific sebagai solidariti dengan organisasi saudari kami Palestinian Environmental NGOs Network (Pengon)/Friends of the Earth Palestine, yang telah kehilangan kakitangan, ahli keluarga dan rakan serta pejabat dan rumah kediaman mereka di Gaza dalam masa 10 minggu terakhir ini akibat serangan oleh Israel.

Kami berasa amat sedih dengan peperangan yang berterusan di Palestin, khususnya di Gaza. Walaupun majoriti besar daripada negara-negara telah mengundi untuk satu gencatan senjata serta-merta semasa sesi tergempar PBB baru-baru ini, mereka yang memegang kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB adalah antara mereka yang membuat keputusan dan enggan menghentikan jenayah perang yang mengerikan dan bencana kemanusiaan.

Kita yang lain adalah penonton dalam peperangan ini tergamam menyaksikan kekejaman yang berterusan. Peperangan ini mesti dihentikan dan tiada negara harus membenarkan tindakan keganasan dan kezaliman ini.

Kami menyokong usaha perdana menteri Malaysia menggesa kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat untuk menghentikan genosid yang berterusan ini dan menggesa kerajaan Malaysia meneruskan usahanya untuk cuba menamatkan tindakan ganas ini.

Di bawah ini ialah gesaan kolektif kami bersama Friends of the Earth Asia Pacific.

Solidariti antarabangsa bersama Pengon

Friends of the Earth Asia Pacific berdiri teguh dalam solidariti dengan rakan sekerja kami di Pengon/Friends of the Earth Palestine ketika mereka menghadapi situasi bencana alam sekitar dan kemanusiaan di Gaza dan West Bank.

Dalam sepuluh minggu yang lalu, serangan yang meluas ke atas Gaza, termasuk pengeboman secara sembarangan oleh Israel, membawa kepada kemusnahan kira-kira 260,000 unit rumah, mewakili 60% daripada perumahan di Semenanjung Gaza.

Infrastruktur, termasuk jalan raya, sistem air dan kumbahan, dan rangkaian elektrik juga musnah. 1.9 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, lebih daripada dua pertiga daripada jumlah penduduk, dengan ramai yang kehilangan tempat tinggal dan mencari tempat selamat lebih daripada sekali.

Dengan perasaan berat hati dan kesedihan, kami ingin memaklumkan bahawa serangan udara Israel telah membunuh lima rakan sekerja Pengon daripada Union of Agricultural Work Committees (UAWC), Palestinian Agricultural Relief Committees (Parc) dan Maan Development Centre.

Ratusan saudara-mara kakitangan Pengon turut terkorban, dan 80% ahli pasukan Pengon dipindahkan secara paksa. Majoritinya berpindah lebih daripada tiga kali mencari tempat yang selamat. Malah, tiada tempat selamat untuk berlindung di Gaza – 70% daripada rumah mereka sama ada rosak sebahagian atau musnah sepenuhnya.

Semua pejabat anggota Pengon rosak semasa serangan ini. Akibat kepungan di Gaza, bekalan makanan, air, kebersihan dan perubatan kehabisan. Pengon, sebagai sebuah institusi, sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bekalan ini, tetapi kekurangan dan sekatan jalan raya menjadikannya mustahil untuk memudahkan bantuan kemanusiaan segera.

READ MORE:  Beyond 7 October, a genocide: Unmasking the hypocritical mainstream narrative

Rakan sekerja kami dan keluarga mereka mengalami masalah kesihatan yang buruk kerana penularan penyakit yang datang daripada mayat yang tidak dikebumikan, pengumpulan sisa dan tiada akses kepada air bersih yang boleh diminum.

Kesan perang terhadap alam sekitar

Tindakan tentera Israel menyerang tanah dan infrastruktur pertanian serta mencemarkan tanah pertanian menafikan keterjaminan makanan bagi rakyat Gaza, dan merupakan sebahagian daripada penggunaan kelaparan sebagai senjata atau perang, menurut Human Rights Watch.

Terdapat laporan mengenai kemudahan pertanian, kedai roti dan kilang bijirin dimusnahkan. Pengeboman, pemindahan petani dan kekurangan air menjadikan pertanian hampir mustahil; ternakan di seluruh Gaza menghadapi kebuluran dan terpaksa dibunuh, tanaman ditinggalkan.

Serangan darat Israel melibatkan kemusnahan tanah pertanian dan infrastruktur, termasuk kebun dan rumah hijau di Gaza Utara. Selanjutnya, Israel dilaporkan menggunakan fosforus putih, yang berpotensi mencemari tanah untuk tahun-tahun akan datang.

Palestine Food Security Sector, yang diketuai oleh World Food Program (WFP) dan Food and Agriculture Organisation (FAO), kini melaporkan bahawa lebih satu pertiga daripada tanah pertanian rosak akibat tindakan tentera Israel.

Kerosakan daripada pengeboman dan serangan darat, kejadian banjir baru-baru ini dan terputusnya bekalan air minuman dari Israel menyebabkan kanak-kanak Gaza tidak mempunyai akses kepada 90% daripada penggunaan air biasa mereka.

Dehidrasi dan penyakit bawaan air seperti kolera dan cirit-birit kini mengancam kelangsungan hidup penduduk di seluruh Gaza, khususnya kepada kanak-kanak kerana ia boleh membawa maut.

Friends of the Earth Asia Pacific menggesa setiap kerajaan untuk ke depan dan menuntut gencatan senjata segera dan menuntut untuk semua sempadan dibuka untuk membolehkan sokongan kemanusiaan mengalir kepada penduduk Gaza dengan serta merta.

Friends of the Asia Pacific seterusnya menggesa semua kumpulan anggota kami, sekutu dan orang yang berhati nurani untuk:

  • Teruskan bersuara untuk rakyat Palestin, di dalam media, melalui tindakan politik dan dengan menggerakkan keahlian mereka
  • Terus menuntut gencatan senjata segera, termasuk melobi agensi kerajaan untuk menuntut gencatan senjata melalui PBB.
  • Menuntut pembukaan sempadan bagi membolehkan sokongan kemanusiaan kepada penduduk Gaza
  • Menderma kepada UAWC, anggota Pengon, dalam kempen bantuan antarabangsa Palestin

Hentikan kepungan ini sekarang!

Meenakshi Raman adalah presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) (Friends of the Earth Malaysia)

English version

Stop the genocide in Palestine!

Sahabat Alam Malaysia is a member of Friends of the Earth International (FoEI) and we support the following statement released by Friends of the Asia Pacific in solidarity with our sister organisation the Palestinian Environmental NGOs Network (Pengon)/Friends of the Earth Palestine, who have lost staff, family members and friends, as well as their offices in Gaza over the last 10 weeks of assault by Israel.

READ MORE:  Can Malaysia do more for Palestinians?

We are devastated with the ongoing war in Palestine, especially in Gaza. Despite the large majority voting for an immediate ceasefire during the recent UN emergency session, those that hold the veto power in the Security Council are calling the shots and are not halting the horrible war crimes and humanitarian disaster.

The rest of us are spectators in this warfare, watching with horror as the brutality continues. This must stop and no country should condone this act of violence and terror.

We support the efforts of the Malaysian prime minister in calling out the Western powers, especially the US, to halt this ongoing genocide and urge the Malaysian government to continue its efforts in seeking to end these barbaric acts.

Below is our collective call with Friends of the Earth Asia Pacific.

International solidarity with Pengon

Friends of the Earth Asia Pacific stands firmly in solidarity with our colleagues at Pengon/Friends of the Earth Palestine, as they face a catastrophic environmental and humanitarian situation in Gaza and the West Bank.

In the last 10 weeks, the extensive assault on Gaza, including the indiscriminate Israeli bombardment, has led to the destruction of about 260,000 homes, representing 60% of housing in the Gaza Strip.

Infrastructure – including roads, water and sewage systems, and electricity networks – have also been destroyed. About 1.9 million Palestinians have been displaced, more than two-thirds of the population, with many displaced seeking safety more than once.

We are devastated to inform you that Israeli airstrikes have killed five of Pengon’s dear colleagues from the Union of Agricultural Work Committees (UAWC), the Palestinian Agricultural Relief Committees PARC) and Maan Development Centre.

Hundreds of relatives of Pengon members’ staff have also been killed, and 80% of Pengon team members have been forcibly displaced. The majority have been displaced more than three times looking for a safe place.

In fact, there is no safe place to seek refuge in Gaza: 70% of their houses have been either partially damaged or completely destroyed.

All Pengon members’ offices have been damaged during this assault. As a result of the siege on Gaza, food, water, hygiene and medical supplies are running out. Pengon, as an institution, is trying its best to source these supplies, but shortages and road blockades are making it impossible to facilitate urgent humanitarian help.

READ MORE:  Are restrictions on pro-Palestine speech 'the new McCarthyism'?

Our colleagues and their families are suffering from poor health due to the spread of disease coming from unburied dead bodies, accumulation of waste and no access to clean drinkable water.

Environmental impacts of the war

Israeli military actions attacking agricultural land and infrastructure and contaminating agricultural land is denying Gazans food sovereignty, and is part of the use of starvation as a weapon or war, according to Human Rights Watch.

There have been reports of agricultural facilities, bakeries and grain mills being destroyed. The bombardment, displacement of farmers and water shortages have made farming nearly impossible; livestock across Gaza are facing starvation and having to be killed, crops are being abandoned.

Israel’s ground offensive involved the razing of agricultural land and infrastructure, including orchards and greenhouses in northern Gaza. Further, Israel has reportedly used white phosphorus, potentially contaminating soil for years to come.

The Palestine Food Security Sector, led by the the World Food Programme (WFP) and the Food and Agriculture Organization (FAO) are now reporting that over a third of agricultural land has been damaged by Israeli military actions.

Damage from the bombardment and ground offensive, recent flooding events and the cutting off of drinking water supplies from Israel has resulted in the children of Gaza having no access to 90% of their normal water use.

Dehydration and waterborne diseases such as cholera and diarrhoea now threaten the survival of people across Gaza, in particular children for whom diarrhoea and dehydration are particularly lethal.

Friends of the Earth Asia Pacific urges every government to step up and demand an immediate ceasefire and that all borders are opened to allow for humanitarian support to flow to the people of Gaza on an urgent basis.

Friends of the Earth Asia Pacific further calls on all our member groups, allies and people of conscience to:

  • continue to speak up for Palestine, in the media, through political actions and by mobilising their membership
  • continue to demand an immediate ceasefire, including lobbying government agencies to demand a ceasefire through the UN
  • demand the opening of borders to allow for humanitarian support to the people of Gaza
  • donate to the Union of Agricultural Work Committees (UAWC), members of Pengon, in Palestine’s international relief campaign

This siege must end now.

Meenakshi Raman is Sahabat Alam Malaysia (Friends of the Earth Malaysia) president

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x