Pusat Komas mengecam sekeras-kerasnya himpunan bantahan yang dirancang oleh sayap pemuda Pas dan Bersatu yang menyasarkan kepada menteri Nga Kor Ming dan Hannah Yeoh.
Perhimpunan tersebut – yang merupakan tindak balas terhadap penganjuran sambutan Hari Natal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dakwaan bahawa Yeoh cuba menyebarkan agama Kristian melalui autobiografinya – mencerminkan satu percubaan yang membimbangkan untuk mempolitikkan kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia.
Autobiografi tulisan Yeoh yang merupakan sebuah penceritaan semula peribadi tentang kepercayaannya, telah diterbitkan secara umum selama bertahun-tahun dan tidak menyerupai sebarang bentuk dakwah.
Begitu juga dengan sambutan Hari Natal di KPKT, yang harus disambut baik sebagai inisiatif inklusif dan bukannya diperalatkan sebagai suatu ancaman.
Tindakan himpunan protes dan kecaman sebegini mengancam perpaduan negara dan mempromosikan sikap tiada toleransi. Ini juga akan memberi persepsi yang salah mengenai prinsip keterangkuman dan kepercayaan agama tersendiri sebagai suatu ancaman terhadap Islam.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sejak beberapa hari yang lalu, Pas telah berkali-kali menunjukkan keengganan mereka untuk melaksanakan usaha yang tulen seperti yang diikrarkan mereka sebelum ini ke arah menegakkan hak dan kepentingan setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum atau agama.
Kami menggesa Pas dan kepimpinannya untuk merenung hala tuju politik mereka dan mengamalkan pendekatan yang lebih inklusif dengan menghormati Malaysia yang dikongsikan oleh kita bersama.
Pusat Komas mengulangi gesaannya agar semua parti politik mesti menghayati kepelbagaian budaya yang amat kaya di Malaysia di samping menghormati hak setiap rakyat untuk mengamalkan kepercayaan mereka sendiri.
Kami menggesa bahawa setiap pihak melibatkan diri dalam wacana sivil dan menolak tindakan yang memecahbelahkan Malaysia, terutamanya semasa Malaysia mengambil alih kepengerusian Asean pada tahun 2025.
Kepelbagaian adalah penting kepada identiti negara kita, dan ianya mustahak bagi semua pemimpin untuk melindungi hak asasi ini, demi kebaikan bersama dan sebagai kayu pengukur bagi setiap negara di rantau ini. – Komas
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme