Home Civil Society Voices Hentikan intimidasi terhadap peserta ‘Women’s March’

Hentikan intimidasi terhadap peserta ‘Women’s March’

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak bersetuju dengan tindakan polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 bagi menyiasat perarakan aman “Women’s March 2023” yang berlangsung di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka.

Kami berpendapat bahawa reaksi polis, termasuklah serahan notis 111 ke rumah peserta perarakan merupakan satu intimidasi terhadap masyarakat sivil. Perbuatan ini bukan sahaja mengekang hak dan kebebasan berhimpun, malah cuba membisukan rakyat yang membawa isu-isu yang mendesak seperti perkahwinan kanak-kanak, keganasan terhadap wanita, dan pengawasan berpakaian (dress policing).

Kami ingin menegaskan bahawa kerajaan perlu menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan harus menyambut baik perhimpuan atau perarakan sebegini kerana ia menunjukkan Malaysia mempunyai sekumpulan besar rakyat yang prihatin dengan isu sosial, ekonomi dan politik.

Kami berpendapat bahawa amalan-amalan demokratik ini seharusnya dimanfaatkan dan dilihat sebagai salah satu advokasi akar umbi dalam pemerkasaan sistem demokrasi berparlimen kita malah diterima sebagai norma baharu.

Kami mengingatkan bahawa negara mempunyai tanggungjawab positif untuk memudahkan dan melindungi perhimpunan aman. Ini adalah tanggungjawab utama negara untuk menetapkan mekanisme yang mencukupi bagi memastikan bahawa kebebasan itu diamalkan secara praktikal dan tidak terikat kepada peraturan atau proses birokratik yang membebankan. Khususnya, polis harus berusaha untuk memudahkan perhimpunan awam dan melindungi keselamatan peserta-perserta.

Kami percaya bahawa pihak polis telah memantau dan merekodkan perarakan Women’s March, maka mereka boleh mendapat kesimpulan bahawa peserta-peserta telah berkelakuan baik dan berhimpun secara aman.

Oleh itu, kami menggesa supaya pihak polis menyemak semula amalan atau prosedur operasi standard yang membuat laporan polis sendiri dan membuka kertas siasatan walaupun setiap kali perhimpunan bersurai secara aman. Pihak polis harus memberi keutamaan untuk membanteras jenayah dan bukan menindas aktivis serta masyarakat sivil.

READ MORE:  Rights group rally behind seven: Drop probe of pro-Palestine protesters detained near US Embassy

Akhir sekali, kami menyeru pihak polis hentikan segala siasatan terhadap aktivis-aktivis yang terlibat dalam perarakan Women’s March. Kami menuntut agar kerajaan baharu di bawah tampuk pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membawa perubahan terutamanya memperkasa perlindungan kebebasan bersuara dan berhimpun rakyat jelata. – Suaram

Sevan Doirasamy is the executive director of the human rights group Suaram

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x