Home Civil Society Voices Hentikan penambakan di Pulau Pinang selatan sepenuhnya!

Hentikan penambakan di Pulau Pinang selatan sepenuhnya!

One island instead of three: The 'scaled-down' Penang mega-reclamation plan - ZHAFARAN NASIB/THE STAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang untuk tidak bertegas bagi meneruskan penambakan laut di Pulau Pinang selatan, tidak kira sama ada untuk satu atau tiga pulau.

Dengarlah suara pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai yang berpengetahuan dan jangan tunduk kepada tekanan daripada pemaju dan kontraktor.

Menamakan satu pulau sebagai “Pulau Silikon” dan usaha untuk menarik pelancong tidak boleh menjadi jawapan kepada soalan yang telah berulang kali kami tanyakan: apakah keperluan untuk penambakan dengan kesan ekologi dan sosial yang negatif?

Perdana menteri menggesa supaya projek penambakan itu dikaji semula. Pertimbangan utama kajian semula adalah sama ada projek itu diperlukan dan bermanfaat kepada rakyat. Jangan melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa dan menuntut bagi penambakan satu pulau.

Teruskan dengan proses kajian yang perlu dilakukan oleh pakar bebas dengan input daripada pertubuhan masyarakat sivil. Sementara itu, jangan libatkan kerajaan negeri dan persekutuan terhadap sebarang liabiliti kewangan.

Kerajaan persekutuan telah pun bersetuju untuk menyediakan dana bagi menambah baik infrastruktur pengangkutan di Pulau Pinang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

Terdapat juga tanah yang mencukupi di negeri Pulau Pinang melibatkan sekitar 30,000 ekar di Seberang Perai dan 1,300 ekar di bahagian pulau untuk pembangunan ekonomi. Jadi kenapa perlu penambakan laut yang begitu luas? Ketua menteri, tolong jelaskan.

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x