Home Civil Society Voices Hentikan perluasan penswastaan universiti

Hentikan perluasan penswastaan universiti

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kenyataan ini dikemukakan sebagai bantahan tegas daripada gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan mahasiswa di Universiti Malaya terhadap trend yang semakin membimbangkan, iaitu perluasan elemen penswastaan dalam pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaya (UM).

Kami memerhatikan peningkatan ketara dalam keputusan dan polisi yang lebih mengutamakan keuntungan korporat daripada kebajikan mahasiswa dan tanggungjawab sosial universiti.

Antara isu yang menimbulkan kebimbangan utama termasuk yuran pengajian yang tinggi, kolej kediaman terhad serta peningkatan kuota pelajar daripada Saluran Terbuka Universiti Awam (Satu).

Sebagai universiti awam tertua dan antara yang paling berprestij di Malaysia, Universiti Malaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk memastikan pendidikan kekal sebagai satu hak – bukan keistimewaan yang boleh dibeli.

Perluasan penswastaan ini secara langsung bercanggah dengan matlamat asal penubuhan universiti yang didanai oleh dana awam. la berpotensi besar untuk menghakis akses kepada pendidikan tinggi bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Kami percaya bahawa langkah-langkah ini akan mengubah wajah UM daripada sebuah institusi pendidikan awam yang dibina oleh hasil cukai rakyat kepada sebuah entiti perniagaan yang mementingkan keuntungan.

Sehubungan dengan perkara di atas, kami mengemukakan tuntutan berikut kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya:

Hentikan perluasan penswastaan

Kami menuntut agar pihak pengurusan menghentikan serta-merta sebarang penambahan kuota saluran Satu yang mengakibatkan pengurangan penerimaan jumlah pelajar melalui sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU).

Sebarang bentuk penswastaan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh universiti juga perlu diteliti semula. Penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti di kampus adalah tidak setanding dengan kerakusan UM untuk mengaut keuntungan.

Kaji semula yuran yang tinggi

Kami menuntut agar pihak universiti mengkaji semula dan membekukan kenaikan yuran pengajian serta caj-caj perkhidmatan yang tidak munasabah.

READ MORE:  Is Rakan KKM the right diagnosis?

Sebarang kenaikan yuran pada masa hadapan mestilah dibincangkan bersama wakil-wakil gerakan mahasiswa sebelum diluluskan.

Kami menuntut agar setiap keputusan pentadbiran dan polisi baharu yang dibuat meletakkan kebajikan dan akses mahasiswa sebagai keutamaan – bukan keuntungan komersial.

Tingkatkan ketelusan

Kami menuntut agar pihak universiti meningkatkan ketelusan dalam membuat keputusan kewangan dan pentadbiran, serta memberikan penjelasan terperinci mengenai alasan di sebalik langkah-langkah penswastaan yang telah dan sedang diambil.

Kami menuntut maklum balas rasmi daripada pihak Universiti Malaya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kenyataan ini.

Kami meminta pihak universiti untuk menetapkan satu sesi perjumpaan terbuka dengan segera selepas pembukaan semester untuk membincangkan isu ini secara konstruktif bersama pihak pengurusan, naib-canselor dan wakil-wakil gerakan mahasiswa.

Kegagalan untuk memberikan respon yang memuaskan akan dianggap sebagai ketidakpedulian terhadap kebimbangan mahasiswa dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih drastik.

Universiti Malaya tidak seharusnya menjadi medan pasaran atas nama kelangsungan kewangan.

Kami percaya bahawa pendidikan adalah hak semua rakyat.

Penswastaan universiti awam adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat.

Liga Mahasiswa Universiti Malaya

bersama:

  • Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
  • Kesatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Eksesais (KMUM FSSE)
  • Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
  • Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (Permadah UM)
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Universiti Malaya (PKPIMUM)
  • NewGen UM
  • Harmoni UM
  • NeoSiswa UM
  • Suara Siswa UM
  • Umany
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x