Home Civil Society Voices Hentikan sekatan terhadap Cuba / End the siege on Cuba

Hentikan sekatan terhadap Cuba / End the siege on Cuba

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah, mengecam sekeras-kerasnya sekatan terhadap Cuba serta ancaman ketenteraan yang berterusan terhadap rakyat Cuba yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS).

Sejak bulan Januari 2026, AS telah mengenakan sekatan bahan api yang lebih ketat dan satu gelombang sekatan ekonomi baharu terhadap Cuba. Kerajaan AS juga sedang meningkatkan ancaman pencerobohan ketenteraannya terhadap Cuba.

Pertuduhan dan pendakwaan terbaru terhadap Raúl Castro yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS nampaknya bakal digunakan sebagai alasan oleh kuasa imperialis AS untuk melancarkan perang terhadap Cuba dan rakyat Cuba.

Selepas penculikan Presiden Venezuela Nicolás Maduro serta Wanita Pertama Cilia Flores pada bulan Januari 2026, dan perang haram terhadap Iran yang membawa lebih banyak kemusnahan serta kematian, di samping mencekik dunia dengan gangguan bekalan tenaga dan kos bahan api yang melambung tinggi, kuasa imperialis AS sekarang ini sedang mengalihkan perhatiannya kepada usaha memusnahkan negara pulau yang berdiri teguh selama lebih enam dekad sejak Revolusi 1959 dalam mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, penentuan nasib sendiri, keamanan dan keadilan sosial.

Embargo minyak yang diperketatkan terhadap Cuba merupakan satu tindakan peperangan ekonomi terhadap Cuba dan penghukuman kolektif terhadap rakyat Cuba yang cuba menempuh jalan alternatif untuk membina sebuah masyarakat yang berperikemanusiaan dengan menentang dominasi imperialis. Ia merupakan satu lagi cubaan kuasa imperialis AS untuk mencekik rakyat Cuba dengan matlamat menukar rejim di negara pulau itu dan membalikkan pencapaian sosial Revolusi Cuba.

AS telah mengekalkan embargo terhadap Cuba selama lebih enam dekad, dan secara konsistennya cuba menghancurkan negara itu kerana Cuba, selepas Revolusi 1959, sentiasa dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan imperialisme AS.

READ MORE:  Malaysia's ports must not serve war (Updated)

Sekatan bahan api terkini telah mengundang lebih banyak kesusahan kepada rakyat Cuba, yang kini terpaksa menghadapi kekurangan bahan api, gangguan bekalan elektrik dan gangguan terhadap perkhidmatan asas.

Sejak Revolusi 1959, Cuba telah menjadi kubu kuat solidariti antarabangsa dan keadilan sosial, dengan internasionalisme perubatan Cuba yang tiada tandingannya telah memberi manfaat kepada berjuta-juta orang di Selatan Global.

Sebarang serangan imperialis terhadap Cuba ialah serangan terhadap kemanusiaan sejagat.

Penentangan oleh rakyat Cuba yang revolusioner terhadap kuasa imperialis AS, untuk mempertahankan kemerdekaan mereka, kedaulatan negara mereka dan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, melambangkan perjuangan rakyat di seluruh dunia untuk pembebasan diri, keamanan yang berkekalan dan keadilan sosial.

Oleh itu, kami menyeru supaya menghentikan segera sekatan terhadap Cuba. AS harus menghentikan semua ancamannya terhadap Cuba.

Kami juga menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk kerajaan Malaysia, untuk bersolidariti bersama Cuba dalam usaha menentang ancaman imperialis AS.

Solidariti bersama Cuba adalah untuk mempertahankan kemanusiaan, keamanan dan keadilan.

English version

End the siege on Cuba!

We, the undersigned organisations, strongly condemn the ongoing blockade on Cuba and continuous military threats against the Cuban people imposed by the imperialist US.

Since January 2026, the US has imposed a tightening fuel blockade and a new wave of sanctions on Cuba. The US government is also escalating its threats of military aggression against Cuba.

The recent accusation and indictment against Raúl Castro pushed by the US Department of Justice appear to be a pretext for the imperialist US to launch a war on Cuba and the Cuban people.

After the kidnapping of Venezuelan President Nicolás Maduro and First Lady Cilia Flores in January 2026, and the illegal war on Iran that brought more destruction and death, as well as choking the world with energy disruptions and soaring fuel costs, the imperialist US is now turning its attention to destroying the island state that stood steadfastly for over six decades since the Revolution of 1959 in defending sovereignty, independence, self-determination, peace and social justice.

READ MORE:  We are in world war – Jeffrey Sachs

The tightened oil embargo on Cuba is an act of economic warfare against Cuba and a collective punishment against the Cuban people who are pursuing an alternative path to building a humane society in defiance of imperialist domination.

It is another attempt by the imperialist US to suffocate the Cuban people with the aim of regime change in the island country and the reversal of the social gains of the Cuban Revolution.

The US has maintained an embargo on Cuba for over six decades and consistently tried to crush the country because Cuba, after the Revolution of 1959, is always seen as a threat to the interests of US imperialism.

The recent fuel blockade has already brought more hardship to the people of Cuba, who are experiencing shortages of fuel, electrical blackouts and disruptions of basic services.

Since the Revolution of 1959, Cuba has become a bastion of international solidarity and social justice, with the unparalleled Cuban medical internationalism having benefited millions of people across the Global South.

Any imperialist attack on Cuba is an attack on humanity worldwide. The resistance of revolutionary Cuban people against US imperialism, to preserve their independence, the sovereignty of their country, and their right to self-determination, represents the struggles of the people worldwide for self-emancipation, sustainable peace and social justice.

Therefore, we call for an immediate end to the blockade of Cuba. The US must stop all its threats against Cuba.

We also call upon the international community, including the government of Malaysia, to stand in solidarity with Cuba against US imperialist aggression.

READ MORE:  Journalist tests ICE recruitment; surprised to find herself hired with no background check

Solidarity with Cuba is about defending humanity, peace and justice!

Endorsed by:

  1. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  2. Aliran
  3. Citizens International
  4. Gabungan Marhaen
  5. Gerakan Gabungan Anti-Imperialis (Gegar)
  6. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
  7. Liga Mahsiswa USM
  8. Malaysian Protest 4 Palestine (MP4P)
  9. Malaysian Protest for Sudan
  10. Mandiri
  11. Pemuda Sosialis PSM
  12. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  13. Pertubuhan Mahasiswa Kongres Gombak (Congress)
  14. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  15. Sekretariat Solidariti Palestin
  16. Suara Siswa UiTM
  17. The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

    AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
    1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
    2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
    3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
    4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
    5. Lawan rasuah dan kronisme
    Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x