[ENGLISH VERSION BELOW] Centre for Independent Journalism (CIJ) memperingati Hari Hak Asasi Manusia Sedunia 2025 dengan melihat semula cabaran dan kemajuan berkaitan hak bersuara di Malaysia.
Sewaktu dunia menghadapi pergolakan yang tidak pernah terjadi sebelumnya, peningkatan rasa tidak selamat dan penghakisan hak asasi manusia yang membimbangkan, Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi perkembangan ini.
Tema pada tahun ini “Hak Asasi Manusia, Keperluan Harian Kita” memberikan peringatan bahawa hak asasi manusia, termasuk hak bersuara (hak bersuara), adalah hak asasi manusia yang harus diberikan kepada semua individu sebagai sebuah keperluan yang membolehkan orang awam mencapai kesedaran diri dan menUntut semua hak ke atas kehidupan dan kelestarian sejagat.
Di Malaysia, tahun 2025 memperlihatkan perkembangan yang berterusan terhadap sekatan bersuara bagi hal yang bersifat politik dan tiga R (bangsa, agama dan raja) di samping penindasan terhadap suara yang berasaskan moraliti atau keagamaan.
Walaupun terdapat janji untuk melaksanakan reformasi oleh kerajaan “Madani”, persekitaran hak bersuara kekal tidak berubah dengan peningkatan penguatkuasaan menggunakan undang-undang yang bersifat luas dan menghukum.
Hak mendapatkan maklumat
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami telah menyaksikan kemajuan utama terhadap komitmen untuk mengadaptasi hak mendapatkan maklumat atau undang-undang kebebasan maklumat.
Menteri undang-undang dan reformasi institusi telah menubuhkan jawatankuasa pro tem untuk mendraf rang undang-undang kebebasan maklumat. Jawatankuasa pro tem yang terdiri daripada agensi kerajaan, ahli akademik, Badan Peguam dan perwakilan pertubuhan masyarakat sivil – CIJ, C4 Center dan Article 19 – telah melengkapkan draf rang undang-undang kebebasan maklumat, sekali gus menjadi langkah pertama dalam mempromosikan amalan ketelusan dan kerajaan terbuka.
CIJ menekankan bahawa keberkesanan perundangan kebebasan maklumat adalah bergantung pada skop undang-undang yang kukuh dan substantif dengan pengecualian terhad dan mempunyai badan kawal selia yang bebas. Sebarang kompromi terhadap perkara ini akan mengurangkan keberkesanan undang-undang FOI.
Perhimpunan aman
Kami juga menyaksikan keputusan penghakiman yang penting oleh Mahkamah Persekutuan apabila mereka menetapkan bahawa Seksyen 9(5) dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 – yang menjenayahkan kegagalan memberikan notis awal kepada polis sebelum perhimpunan – adalah tidak berperlembagaan, kerana menyekat hak untuk berhimpun seperti yang termaktub melalui Artikel 10(1)(b) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, reformasi di peringkat bawahan masih jarang berlaku.
Misalnya, terdapat kehadiran polis yang ketara dalam perhimpunan yang dilakukan oleh aktivis yang berarak dari Taman Tugu ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum sebagai gesaan untuk memansuhkan akta ini dan Akta Hasutan.
Ini mencetuskan ketegangan apabila disyaki pegawai polis melakukan kekerasan terhadap sebilangan aktivis mahasiswa. Tindak balas polis ini menimbulkan kebimbangan mengenai amalan polis, langkah-langkah penguatkuasaan dan komitmen kerajaan dalam memastikan reformasi terhadap perhimpunan aman menjadi kenyataan.
Akta Komunikasi dan Multimedia
Sepanjang 2025, CIJ telah memantau sebanyak 233 siasatan dan penangkapan yang dijalankan di bawah undang-undang yang menyekat hak bersuara, berbanding 189 pada 2024 – sebuah peningkatan sebanyak 23%.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kekal menjadi perundangan yang digunakan dalam menyekat hak bersuara, yang digunakan serentak dengan Akta Hasutan yang berada di kedudukan kedua sebagai alat yang bersifat kekal dan menghukum dalam memantau ulasan dan wacana politik.
Ini memperlihatkan bahawa perkembangan berterusan dalam menyekat ucapan politik dan tiga R turut disusuli dengan sekatan berdasarkan nilai moraliti atau keagamaan.
Selain itu, terdapat perkembangan penting seperti cabaran ke atas perlembagaan oleh aktivis hak pelarian, Heidy Quah, apabila mahkamah mengisytiharkan istilah ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ dalam versi prapindaan dalam Seksyen 233 akta ini, sebagai tidak berperlembagaan kerana kabur, subjektif, dan tidak konsisten dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Namun, keputusan kerajaan untuk membuat rayuan terhadap penghakiman yang berasaskan hak telah menimbulkan kebimbangan terhadap kekurangan reformasi dan bagaimana mereka akan memanfaatkan pindaan akta yang bermasalah ini pada masa hadapan.
Kebebasan media
Media turut menghadapi ancaman berterusan melalui kes utama yang digunakan untuk menutup kritikan.
Berasaskan laporan Malaysiakini, seorang wartawan iaitu Nantha Kumar telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam ‘kes perangkap’ yang terjadi selepas beliau menerbitkan pendedahan mengenai sindiket penyeludupan migran di KLIA.
Kes lain pula melibatkan penerbitan Sin Chew Daily mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang menyebabkan polis membuka siasatan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengeluarkan saman sebanyak RM100,000 ke atas Sin Chew Media Corporation.
Kami mendapati bahawa penggunaan undang-undang adalah gagal untuk memenuhi standard hak asasi manusia antarabangsa mengenai sekatan hak bersuara – keabsahan, keperluan dan perkadaran.
Dalam kata lain, perkembangan ini memperlihatkan kawal selia yang berlebihan oleh pihak berkuasa Malaysia berdasarkan nilai-nilai kenegaraan, kepentingan politik serta risiko teknologi yang meliputi persekitaran media.
Namun, dengan penubuhan Majlis Media Malaysia, terdapat harapan bahawa isu ini dapat diredakan – walaupun penyertaan dua wakil kerajaan, seperti yang ditetapkan dalam Akta Majlis Media 2025, berpotensi menjejaskan keupayaannya untuk menangani campur tangan politik atau eksekutif.
Hak digital
Peluasan pemantauan digital dan kuasa pengawalseliaan yang melampau telah memberi kesan ke atas hak digital.
Cadangan kerajaan untuk mengetengahkan pengesahan elektronik secara mandatori melalui Know-Your-Customer (eKYC), yang disusuli cadangan bagi larangan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 16, adalah sebuah penguatkuasaan rentas sempadan yang menunjukkan kuasa pemerintah ke atas ruang dalam talian.
eKYC akan melibatkan dokumen pengenalan diri seperti pasport, MyKad atau MyDigital ID. Privasi dan perlindungan data menjadi sebuah isu yang membimbangkan tatkala pencerobohan data berlaku yang meliputi sektor awam dan swasta.
Malah, penciptaan infrastruktur yang bermasalah seperti pengawasan sistemik dan berkaitan identiti telah melemahkan kerahsiaan identiti.
Malah, kebimbangan mengenai larangan media sosial ini juga akan mengganggu hak terhadap perkembangan kanak-kanak, sekali pun penyelidikan antarabangsa menegaskan bahawa media sosial memainkan peranan penting untuk membantu kanak-kanak membina komuniti, menguasai literasi digital dan mengakses jaringan bantuan secara dalam talian.
Kami memaklumi bahawa mencegah penipuan dan bahaya dalam talian, dan memastikan perlindungan kanak-kanak adalah penting. Namun kita haruslah meneliti isu ini secara mendalam dengan melibatkan lebih banyak rundingan, kawal selia bebas dan penyelesaian terhadap punca masalah.
Peningkatan penapisan dan penyekatan ekspresi gender
Penapisan adalah meningkat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan apabila sebanyak 24 penerbitan diharamkan pada tahun 2025. Untuk perinciannya, sebanyak 21 buah buku yang diharamkan ini adalah justifikasi yang diambil dari sudut ‘moraliti awam’, dengan menumpukan pada kandungan berkaitan gender, seksualiti dan identiti.
Peningkatan penapisan ini mengulangi perkembangan yang berlaku sewaktu pentadbiran Najib Razak pada tahun 2017 apabila 45 penerbitan telah diharamkan, sekali gus merekodkan pengharaman tertinggi.
Jika kawalan agresif yang dibuat ketika era Najib bertumpu pada penerbitan kandungan politik, kini penapisan adalah berasaskan alasan moral atau keagamaan.
Penguatkuasaan yang tidak seimbang telah menyebabkan serbuan atau siasatan ke atas premis persendirian atau acara yang dikaitkan dengan LGBTIQ+. Ini telah memberi tekanan terhadap ekspresi berasaskan identiti dan penyertaan awam.
Perkara ini juga terlihat sewaktu bagaimana artis, penggiat kebudayaan dan penulis menghadapi pengawasan moral dan penguatkuasaan sewenang-wenangya melalui perundangan kawal selia yang disalah guna serta standard moraliti yang kabur terhadap satira, video muzik, konsert, dan seni tradisional.
Secara tidak langsung, amalan ketakutan tersebar dan membawa pada penapisan kendiri dan ancaman terhadap daya hidup persekitaran yang berasaskan kebudayaan dan kesenian.
Seruan untuk bertindak
Berikutan perkembangan ini, CIJ menggesa kerajaan untuk mengutamakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara sebagai asas bagi tadbir urus. Secara khusus, kami menuntut:
- Pemansuhan atau pindaan menyeluruh terhadap undang-undang yang menekan, termasuk Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Perhimpunan Aman.
- Menubuhkan badan kawal selia dari pelbagai pemegang taruh yang bebas dalam tadbir urus platform, termasuk pengawasan bebas, dengan memberi tumpuan kepada reka bentuk dan sistem platform berbanding hanya memberi fokus utama kepada pengawalan kandungan.
- Memastikan Majlis Media Malaysia (MMC) mendapat sumber dana yang mencukupi dan beroperasi sepenuhnya bebas, dengan perlindungan untuk mengelak campur tangan menteri atau politik
- Menggubal undang-undang kebebasan maklumat di peringkat persekutuan tanpa sebarang penangguhan, dengan memastikan bahawa ia termasuk:
- Menubuhkan suruhanjaya maklumat bebas
- Menetapkan garis masa yang jelas dan prosedur pendedahan, serta
- Mengenakan pengecualian terhad dan berkadar
Laporan CIJ
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memajukan hak bersuara di Malaysia, CIJ telah menerbitkan Report on the State of Freedom of Expression in Malaysia 2025, bersempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia.
Laporan ini menekankan perkembangan utama, termasuk peningkatan langkah-langkah yang bersifat menekan, cabaran dalam hak digital, ruang yang mengecil untuk kebebasan kesenian dan media di samping perkembangan positif dalam hak mendapatkan maklumat, perhimpunan aman dan keputusan penting yang berlaku sepanjang 2025. – CIJ
English version
Freedom of expression is an everyday essential; stop restricting, keep progressing
The Centre for Independent Journalism (CIJ) commemorates International Human Rights Day 2025 by reflecting on both the challenges and progress surrounding freedom of expression in Malaysia.
At a time when globally we are facing unprecedented turbulence, a growing sense of insecurity and an alarming erosion of human rights, Malaysia is not immune to this trend.
This year’s theme, “Human Rights, Our Everyday Essentials”, gives us a reminder that human rights, including that of freedom of expression is a human right that should be conferred upon all peoples as a necessity, as it enables the public to pursue self-realisation and demand all other rights for their life and sustainability.
In Malaysia, 2025 is defined by a continued trend of restrictions of political and three Rs-based speech (touching on race, religion and royalty), coupled with morality or religious values-based suppression of expression.
Despite repeated reform pledges from the Madani government, the freedom of expression environment remains stagnant with rising enforcement using broad and punitive laws.
Right to information
We witnessed significant progress on the commitment to adopt a federal-level right to information or freedom of information law.
The law and institutional reform minister established a pro-tem committee to draft the freedom of information bill. The pro-tem committee, comprising government agencies, academics, the Bar Council and civil society representatives – CIJ, C4 Center and Article 19 – has completed the draft freedom of information bill, and it is hoped that this would be the first step towards promoting transparency and open government.
CIJ stresses that the effectiveness of the freedom of information legislation is contingent on a robust and substantive scope of law with limited exemptions and having an independent oversight body. Any compromise on this would dilute the effectiveness of the law.
Peaceful assembly
We also witnessed a landmark ruling by the Federal Court as they ruled that Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act 2012 (PAA) – which criminalises failure to give the police advance notice of an assembly – was unconstitutional, as it restricts the fundamental right to assemble, as enshrined in Article 10(1)(b) of the Federal Constitution.
However, reforms on the ground are still scarce.
For instance, there was a significant police presence in a march by a group of activists from Taman Tugu to Parliament to deliver a memorandum calling for the abolishment of the PAA and the Sedition Act, which escalated to a student activist being allegedly manhandled by a police officer.
This heavy-handed police response raised concerns about police practices, enforcement measures and the government’s commitment to ensuring peaceful assemblies amid reforms.
Legal landscape, CMA and Sedition Act
In 2025, CIJ observed 233 investigations and arrests carried out under laws that restrict freedom of expression, in comparison to 189 in 2024 – a 23% increase.
The Communications and Multimedia Act (CMA) remained the most commonly invoked legislation restricting freedom of expression, regularly accompanied by the Sedition Act, which remained the second most enduring and punitive tool for policing political commentary or discourse.
This highlights the continued trend of restrictions of political and three Rs-based based speech coupled with morality or religious values-based suppression of expression.
But a crucial development was the constitutional challenge by refugee rights activist Heidy Quah, where the court declared the terms “offensive” and “annoy”, in the pre-amended version of Section 233 of the CMA, unconstitutional for being vague, subjective and inconsistent with Article 10 of the Federal Constitution.
However, the government’s decision to appeal the rights-based ruling underscores concerns over the lack of reforms and how they will utilise the problematic amended CMA.
Media freedom
The media continue to face threats, also in line with these trends. We saw a potentially salient case to silence critics: Malaysiakini reported that journalist Nantha Kumar was detained by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in a ‘trap case’, occurring shortly after he published an exposé on an alleged syndicate smuggling migrants at the Kuala Lumpur International Airport.
Another salient case was Sin Chew Daily’s publication of an incomplete Jalur Gemilang (national flag) illustration. The police opened investigations under the Printing Presses and Publications Act and the Emblems and Names (Prevention of Improper Use) Act. Ultimately, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) issued a RM100,000 compound on Sin Chew Media Corporation.
Often the use of the law fails to meet international human rights standards on freedom of expression restrictions – legitimacy, necessity and proportionality.
These spotlight the excessive regulation by Malaysian authorities – based on nationalistic values, political interests and technological risks – that plague the media environment.
But, with the establishment of the Malaysian Media Council, there is hope that this issue is tempered – even though the inclusion of two government representatives, as stipulated in the Media Council Act 2025, disincentivises its ability to address political or executive interference.
Digital rights setback
Expanding digital surveillance and regulatory overreach could adversely affect digital rights.
The government has proposed to push for a mandatory electronic Know-Your-Customer (eKYC) to accompany a proposed social media ban for children under 16. This cross-border enforcement signals an escalation of state authority over our digital sphere. The eKYC would involve the use of identification documents such as passports, MyKad or the MyDigital ID.
Privacy and data protection becomes a concern as we see repeated data breaches across both the public and private sectors as well as the creation of a worrying infrastructure for systemic, identity-linked surveillance and weakening anonymity.
The concern over the proposed social media ban is likely to extend into children’s developmental rights. International research has emphasised that social media plays a vital role in helping children build community, gain digital literacy and access support networks online.
While acknowledging that curbing scams and online harm, and ensuring child protection are pivotal, we must highlight these issues that require more consultation, independent oversight and root cause solutions.
Rising censorship
Censorship intensified under the Printing Presses and Publications Act (PPPA), with 24 publications banned in 2025. Notably, 21 of these bans cited “public morality” as justification, targeting content related to gender, sexuality and identity.
This surge in censorship mirrors the pattern witnessed during Najib Razak’s administration, with 2017 recording the highest number of bans at 45. While Najib’s era marked aggressive control of publications of political content, now we are seeing censorship based on moral or religious grounds.
Disproportionate enforcement has resulted in raids or investigations of private premises or events linked to LGBTIQ+ suppress identity-related expression and public participation.
This is also evident in how artists, cultural performers and writers face a rising level of moral policing and arbitrary enforcement through the (mis)use of regulatory laws and vague morality standards targeting a whole range – from satire to music videos, concerts and traditional art.
This is spreading a culture of fear and will be likely to lead to self-censorship and a threat to the vibrancy of Malaysia’s cultural and artistic environment.
Call to action
In light of these developments, CIJ urges the government to prioritise human rights and freedom of expression as core tenets of its governance. Specifically, we call for:
- The repeal or substantial amendment of repressive laws, including the Sedition Act, the CMA, the Official Secrets Act and the Peaceful Assembly Act
- The establishment of an independent multi-stakeholder regulatory body on platform governance, which would include independent oversight and focus on the designs and systems of the platforms rather than being mainly focused on content
- Assurance that the Malaysian Media Council (MMC) would be adequately resourced and fully independent, with safeguards against ministerial or political interference
- The enactment of a federal freedom of information law without delay, ensuring that it includes
- an independent information commission
- clear timelines and procedures for disclosure, and
- narrow and proportionate exemptions.
CIJ’s report
As part of our commitment to advancing freedom of information in Malaysia, CIJ has published its Report on the State of Freedom of Expression in Malaysia 2025, in conjunction with International Human Rights Day.
This report outlines key trends, including the rise in repressive measures, challenges in digital rights, shrinking spaces for artistic and media freedom, as well as positive developments in right to information, peaceful assembly and other landmark rulings that occurred throughout 2025. – CIJ
Wathshlah G Naidu is the director of the Centre for Independent Journalism (CIJ).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











