[ENGLISH VERSION BELOW] Pihak Patriot sebagaimana yang telah berulang kali dinyatakan, ingin mengingatkan semua rakyat bahawa akan pentingnya kita berfikir sebagai rakyat Malaysia.
Dalam tempoh setahun kebelakangan ini rentak politik perkauman dan keagamaan telah menjadi semakin rancak menyelubungi negara ini.
Ianya dicetuskan oleh ahli-ahli politik serta yang lain yang tidak bertanggungjawab dan kian menjadi-jadi. Kritikan-kritikan yang lantang, tunjuk-tunjuk perasaan dan juga petisyen kepada raja-raja telah dibuat oleh mereka ini. Kini mereka telah mula lantang dengan gesaaan untuk memulau barangan buatan bukan Islam pula.
Kempen pemulauan yang dicetuskan oleh mereka ini dijangka akan menemui kegagalan. Seruan yang dibuat adalah satu seruan yang pandir, kurang matang, memecah-belahkan rakyat dan menghindar kemajuan ekonomi negara.
Pucuk pimpinan kerajaan PH di dapati telah tidak bertindak dengan cukup tegas untuk menghindarkan perkara ini dari terus berleluasa. Anggota-anggota kabinet didapati teragak-teragak untuk bertindak dan masih menunggu arahan dari perdana menteri. Mereka seolah-olah tidak mampu berfikir atau tidak mempunyai sebarang pendirian.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pihak Patriot sebagaimana yang telah berulang kali dinyatakan, ingin mengingatkan semua rakyat bahawa akan pentingnya kita berfikir sebagai rakyat Malaysia. Tidak kiralah sama ada kita Melayu, China, India, Kadazan, Dayak atau pun Orang Asli yang telah menjadi kaya serta diberikan kontrak.
Kita perlu menggunakan kekayaan dan kedudukan kita untuk mengembangkan kekayaan tersebut bagi mencipta pekerjaan dan memperkukuhkan lagi ekonomi negara. Yang penting adalah pencapaian agregat pendapatan per kapita negara yang tinggi. Begitu juga dengan pembahagian kekayaan negara berdasarkan taburan ethnik dan wilayah yang dibuat secara adil.
Ini adalah tugas bagi mereka yang berwajib untuk memikirkannya dan bukan sebaliknya turut terikut-terikut didalam politik perpecahan yang dipengaruhi oleh sentimen bangsa dan agama.
Isu ekonomi sepatutnya menjadi isu utama didalam agenda perbincangan negara. India, sebagai pengimpot terbesar minyak sawit kita telah menaikkan sebanyak 5% lagi cukai dari 45% ke 50% ke atas minyak sawit yang telah ditapis dari negara ini. Ini akan menjejaskan nilai ekspot kita. Sekali gus ianya akan juga menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil yang kebanyakannya adalah terdiri dari orang-orang Melayu.
Menyentuh tentang isu kadar kemiskinan negara, sebagaimana yang diumumkan oleh seorang pakar dari PBB, tahap yang sebenar sepatutnya adalah diantara 16% dan 20% dan bukannya dikadar rasmi sebanyak 0.4%. Sekiranya ini benar, ianya mempunyai implikasi yang serius terhadap kewibaan polisi sosioekonomi negara dan cara ianya diimplementasikan.
Ada banyak lagi isu ekonomi yang perlu diambil perhatian. Walau pun tahap pengangguran negara berada dikadar 3.3%, kadar pendapatan bulanan individu didapati semakin menurun.
Tahap pengangguran dikalangan mereka yang berumur 15-24 tahun masih lagi tinggi dikadar 10.4%.
Purata hutang isi rumah masih tinggi ditahap 83% dari KDNK.
Kedudukan ringgit yang lemah berbanding dengan dolar Amerika akan menyebabkan kenaikan tahap inflasi.
Banyak lagi isu ekonomi negara yang perlu ditangani.
Dalam hal ini adalah wajar untuk ahli-ahli politik kita untuk tidak lagi mengigau dan melaung-laungkan isu bangsa dan agama.
Patriot menyeru kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kempen boikot- memboikot ini untuk menghentikan tindakan mereka.
English version
Stop the nonsensical campaign to boycott products
It appears that the tempo of ethno-religious politicking that has engulfed our nation for more than a year, orchestrated by irresponsible politicians and others, has reached fever pitch.
From vociferous criticisms and demonstrations and even petitions to the royaltiy, the situation has now descended to calling for a boycott of non-Muslim made products in the country.
Of course the campaign calling for products boycott is bound to fail and its repercussions will be disastrous. Such a call is nonsensical, irrational, idiotic, disruptive and threatens to hinder progress economically.
Our Pakatan Harapan leadership has not done enough to stem this nonsense. Cabinet members seem to be waiting for the prime minister’s cue to act. It is either they do not have a mind of their own or are unprincipled enough.
Patriot has said it before, and we reiterate now. We must all think as Malaysians. It does not matter if a Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Dayak or even an Orang Asli is rich and awarded with contracts.
What is most important is that rich Malaysian tycoons and those awarded the contracts use their wealth to general more economic activities, and it will definitely create more jobs opportunities for our country.
It is the aggregate of the per capita income that matters most. Of course equity of wealth distribution by ethnic and geographical composition is important too. This is for the ingenuity of our officials to sort out in the best manner and not pander to divisive and obstructive ethno-religious politicking.
Economic issues should take centre stage in our national discourse. India, the biggest buyer of our palm oil, has now decided to impose an additional 5% levy – raising it from 45% to 50% – on their refined palm oil import from our country. That is certain to affect our exports. Our the livelihood of local smallholders – a large portion of whom are Malay-Muslim – will be affected.
On our poverty rate, a UN expert has suggested it should be around 16-20% and not the current officially recognised rate of 0.4%. If true, this has serious implications for our socioeconomic policies and their implementation. All should be concerned on these prevailing economic issues.
There are many more economic issues of concern.
Although our official unemployment rate remains at 3.3%, individual monthly earning is gradually declining.
The unemployment rate for those aged 15-24 years remains high, at 10.4%.
Household debt remains high, at 83% of the GDP.
Our ringgit is weakening against the US dollar and therefore leads to imported inflation.
The list can go on.
Our politicians must stop hallucinating about race and religious issues.
Patriot calls on all those responsible for advocating the boycott of non-Muslim products to stop this irresponsible campaign immediately.
Retired Brigadier General Dato Mohamed Arshad Raji is president of Persatuan Patriot Kebangsaan (National Patriots Association).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Hello, tiada pun berlaku boikot seperti diriuhkan .
Media & politicians yg menghebohkan benda bodoh ni.
Isunya Senang je.
Katakan suatu kampung Ade kedai makanan melayu & kedai runcit melayu.
Kemudian datang pekerja Bangla dalam kuantiti ramai.
Mengikut akta buruh & f&m majikan wajib menyediakan kemudahan asas berdekatan dengan subsidi.
Disebabkan isu pekerja asing majikan pun berurus niaga dengan bukan bumiputra, sebab kami pekerja asing zaman dahulu kala…
Maka tauke cina dari bandar mengambil kesempatan ini. Harga barang kedai dia murah sebab di bawah subsidi.
Maka pelanggan Mula beralih ke kedai itu.
Kedai tempatan yg Tak faham sistem ini , mulalah macam macam fitnah utk menjatuhkan perniagaan bukan melayu.
Mula Mula target barang campuran babi, kemudian logo halal, kemudian pekerja status halal, kemudian pemilikan perniagaan bukan Islam ….
So permulaannya HASAD DENGKI…
tapi senjatanya agama & bangsa…
Ya. #BoikotituBodoh dan racist