Home Civil Society Voices Hentikan ugutan bunuh terhadap komuniti transgender

Hentikan ugutan bunuh terhadap komuniti transgender

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sisters in Islam (SIS) ingin menyuarakan kebimbangan atas ugutan-ugutan bunuh yang diterima oleh usahawan kosmetik, Nur Sajat setelah video yang menular di mana ia memaparkan Nur Sajat seolah-olah berniat untuk keluar daripada Islam.

Video yang menular ini telah menyebabkan tindak balas yang amat membimbangkan oleh orang ramai di media sosial sehinggakan terdapat pelbagai pos di media sosial yang berbaur keganasan dan ugutan untuk membunuh Nur Sajat.

Komuniti transgender dan LGBTQ seringkali menjadi mangsa keganasan, ugutan-ugutan dan kenyataan-kenyataan yang berbaur negatif oleh pelbagai pihak termasuklah daripada orang awam. (Rujukan: Dokumen “Study on Discrimination Against Transgender Persons Based in Kuala Lumpur and Selangor – Right to Education, Employment, Healthcare, Housing and Dignity”).

SIS juga seringkali mendapat aduan daripada komuniti transgender bahawa mereka berasa takut dan tidak selamat akibat ugutan-ugutan yang diterima, walaupun ugutan tersebut dilakukan secara umum dan bukan khusus.

Ugutan bunuh merupakan sesuatu jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Manakala ugutan di media sosial merupakan sesuatu jenayah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Ugutan-ugutan bunuh oleh orang awam baik di media sosial atau secara terus-menerus menunjukkan sesuatu tindakan yang ekstrem dan tindakan seperti ini haruslah dipandang serius oleh pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat serta agama. Ia amatlah mendukacitakan apabila pemimpin-pemimpin agama dan pihak berkuasa memilih untuk berdiam diri mengenai isu ugutan bunuh seperti ini.

SIS menggesa orang ramai agar bersikap tenang, tidak menyebarkan kebencian, tidak mengugut dan tidak menggalakkan perbuatan ganas terhadap Nur Sajat ataupun komuniti transgender secara umum.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x