Home Civil Society Voices Hormati wartawan dan profesion mereka

Hormati wartawan dan profesion mereka

Ahli politik patut menjawab soalan wartawan dengan telus dan profesional tanpa merendahkan mana-mana pihak

PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sisters in Islam (SIS) mengkritik tingkah laku dua pemimpin Pas, Senator Idris Ahmad yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Awang Hashim, Ahli Parlimen Pendang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, yang menghina wartawan Free Malaysia Today Minderjeet Kaur yang sedang menjalankan tugas beliau yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Di dalam video selama 1:07 minit yang dikeluarkan oleh FMT, Senator Idris Ahmad dilihat
menyoal sama ada wartawan Minderjeet boleh menerima jika suaminya “kaki judi” apabila ditanya
mengenai isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan Pas di Kedah.

Awang Hashim juga dilihat menegur Minderjeet kerana beliau bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris dan menyuruhnya untuk bertanya soalan dalam bahasa Melayu.

Tindakan ini secara terang-terangan menunjuk bahawa kedua-dua pemimpin Pas ini membuli wartawan, terutamanya wartawan perempuan yang sedang melakukan tugas beliau. Sebagai menteri dan ahli Parlimen, mereka patut menjawab soalan wartawan dengan telus dan profesional tanpa merendahkan mana-mana pihak.

Tindakan yang ditunjukkan dua pemimpin ini juga bersikap misoginis, seksis, rasis dan kurang adab. Ia bercanggah dengan ayat Al-Quran seperti di bawah:

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)

Sebagai pemimpin kerajaan, mereka wajib menunjukkan sikap toleransi, inklusif dan menghormati semua orang tanpa mengira latar belakang seperti yang diilhamkan oleh Ismail Sabri Yaakob dalam konsep “keluarga Malaysia”. – SIS

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x