Home Civil Society Voices JAG mengkritik keras kenyataan Hadi Awang yang menyokong Taliban

JAG mengkritik keras kenyataan Hadi Awang yang menyokong Taliban

Di bawah rejim Taliban, perempuan tidak diberikan hak kemanusiaan dan hak sama rata

Hadi Awang - MALAYSIAKINI

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) mengkritik keras artikel yang ditulis oleh presiden Pas Hadi Awang yang diterbitkan dalam Harakah Daily pada 25 Ogos 2021.

Dalam artikel tersebut, Hadi memuji dan menyokong puak Taliban di Afghanistan dengan mengatakan bahawa mereka telah berubah.

Tindakan Hadi yang menyokong Taliban ini sememangnya tidak bertanggungjawab dan amat membahayakan kerana puak Taliban merupakan puak pelampau yang telah menguasai Afghanistan dari tahun 1996 sehingga 2001. Ramai rakyat Afghanistan telah terkesan akibat tindakan rejim ini yang melaksanakan undang-undang yang kejam dan tidak adil terhadap mereka, terutamanya golongan perempuan dan kanak-kanak perempuan.

Di bawah rejim Taliban, perempuan tidak diberikan hak kemanusiaan dan hak sama rata. Nilai kemanusiaan mereka seakan-akan tiada. Wanita dan kanak-kanak perempuan dilaporkan dikahwin paksa, dilarang bekerja dan bersekolah serta dipaksa memakai burqa apabila keluar dari rumah.

Selain itu, mereka dilarang berinteraksi dengan golongan lelaki selain daripada ahli keluarga mereka dan akan dikenakan hukuman kejam seperti pemenjaraan, diseksa malah dibunuh secara kejam sekiranya didapati mereka melanggar undang-undang Taliban. Golongan wanita juga dilaporkan disebat dan dihukum bunuh di khalayak ramai.

Kami amat terganggu dengan ketidakadilan yang sering dialami oleh wanita dan kanak-kanak di Afghanistan, terutamanya pada ketika ini apabila puak Taliban telah kembali berkuasa selepas 20 tahun. Seperti yang dilaporkan oleh pelbagai media massa, golongan perempuan di Afghanistan kini sedang hidup dalam ketakutan.

Terdapat juga gambar-gambar yang dipaparkan dan dilaporkan di media yang menunjukkan bahawa terdapat golongan lelaki yang mengecat gambar-gambar perempuan di dinding butik, seakan-akan ingin memadam kehadiran dan kewujudan perempuan pada hari Taliban menguasai Kabul.

READ MORE:  Clarity of human rights resides in broader engagement

Walaupun Afghanistan secara bertahun lamanya telah dijajah dan melalui pelbagai jenis kesusahan, mereka juga telah menunjukkan beberapa perkembangan positif dari segi hak-hak kemanusiaan, terutamanya bagi golongan perempuan seperti perempuan boleh menerima pendidikan formal di sekolah, melanjutkan pelajaran di universiti, bekerja, memiliki perniagaan sendiri dan lain-lain semenjak beberapa tahun yang lepas.

Kini, dengan perampasan kuasa oleh Taliban, hak-hak dan kebebasan mereka diragut dan mereka ditindas lantas, memaksa mereka untuk menjadi mundur.

Kami menegaskan bahawa tindakan Hadi yang menyokong serta memuji Taliban amat membimbangkan. Hadi haruslah bersikap lebih objektif dalam menilaikan situasi di Afghanistan.

Disokong oleh organisasi anggota Gabungan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) seperti berikut:

  1. All Women’s Action Society (Awam)
  2. Association of Women Lawyers (AWL)
  3. Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan KL (Family Frontiers)
  4. Justice for Sisters
  5. Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (Kryss Network)
  6. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  7. Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  8. Sarawak Women for Women Society (SWWS)
  9. Sisters in Islam
  10. Tenaganita
  11. Women’s Centre for Change (WCC)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x