Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mestilah dilihat dilaksanakan, ujar Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict).
[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 5 Mei, di Putrajaya, Majistret Shah Wira Abdul Halim telah membuat dua keputusan yang mana berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat dan tersebar luas di media sosial, telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Menurut laporan berita, wartawan yang berada di mahkamah ketika itu telah diarahkan keluar sebelum pendengaran kes dimulakan. Ini menyebabkan para wartawan tidak dapat menyaksikan prosiding tersebut.
Laporan mengenai pendengaran tersebut tidak jelas. Kami tidak pasti mengapa majistret mengarahkan wartawan untuk keluar, apakah arahan, jika ada, yang beliau berikan mengenai liputan media dan atas sebab apa beliau mengenakan denda sebanyak RM800 yang mana jumlah ini adalah lebih rendah berbanding denda yang dikenakan kepada tertuduh-tertuduh yang lain.
Kebimbangan di kalangan orang ramai bukanlah sesuatu yang luar biasa, memandangkan terdapat banyak laporan yang mengatakan denda sebanyak RM1,000 dikenakan ke atas mereka yang mengaku bersalah terhadap kesalahan sedemikian. Pesalah yang didenda setakat ini terdiri daripada pelbagai latar belakang – daripada ahli politik sehinggalah golongan miskin.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Menurut satu laporan berita, salah satu “faktor mitigasi” yang dikemukakan oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal (dibantu oleh peguam Rosal Azimin Ahmad) yang mewakili Nurul dan suaminya ialah mereka keluar untuk menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh seorang timbalan menteri.
Kita sedia maklum bahawa pada 29 April, timbalan menteri kesihatan dan exco kerajaan negeri Perak juga telah didenda RM1,000 bagi kesalahan yang sama.
Kita juga sedia maklum tentang berita mengenai seorang ibu tunggal bernama Lisa Christina, 30, dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret Shah Alam kerana melanggar perintah kawalan pergerakan. Pada 29 April, Mahkamah Tinggi menyemak semula hukuman tersebut dan menggantikannya kepada denda sebanyak RM1,000.
Adalah wajar bagi Lisa untuk mempersoalkan mengapa denda ke atas Nurul, 41 tahun dan suaminya, 49 tahun itu adalah lebih rendah berbanding hukuman yang dikenakan ke atasnya.
Sukar untuk orang awam tidak berprasangka bahawa pasangan itu mendapat keistimewaan kerana beliau adalah anak kepada presiden Umno.
Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mestilah dilihat dilaksanakan. Keadilan juga mestilah dilihat menjamin kesaksamaan layanan ke atas semua orang di bawah undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Dilaporkan bahawa ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, telah menjelaskan bahawa “tiada larangan untuk pihak media untuk membuat liputan pada hari tersebut” dan majistret “tidak sedar akan kehadiran pihak media” dan arahan “mengosongkan” mahkamah itu adalah untuk memastikan tuntutan penjarakan sosial yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan dipatuhi (lihat pautan).
Bagi menjelaskan salah faham ini dan untuk mengelakkan nama baik keadilan dicemari, kami memohon agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang bagaimana arahan untuk “mengosongkan mahkamah” tersebut dibuat – memandangkan wartawan (yang berkemampuan untuk memahami dan menghayati dengan lebih jelas) pun tidak dapat memahaminya. Adakah majistret benar-benar mengambil berat tentang kepentingan awam dalam kes ini?
Menurut satu laporan berita, dua orang timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes tersebut telah memohon satu hukuman berbentuk pencegahan, iaitu denda dan penjara.
Kami terkejut apabila mereka memohon untuk hukuman penjara. Penjara adalah satu tempat di mana penjarakan sosial tidak akan dapat dipatuhi. Mengapa mereka masih meminta untuk hukuman penjara?
Orang ramai tidak jelas sama ada timbalan pendakwa raya tersebut membantah akan halangan akses oleh para wartawan tersebut. Kami dengan ini ingin menggesa peguam negara untuk memberi penjelasan dan memaklumkan kepada masyarakat sama ada timbalan pendakwa raya ada membuat bantahan terhadap arahan yang bertentangan dengan keperluan sesebuah mahkamah untuk bersidang secara terbuka seperti yang termaktub didalam Kanun Prosedur Jenayah (Seksyen 7) dan Akta Mahkamah Kehadikan (Seksyen 15).
Kami juga menggesa peguam negara untuk menjelaskan sama ada beliau telah mengarahkan kamarnya untuk merayu terhadap hukuman RM800 tersebut.
Kami tidak melihat sebarang laporan berita mengenai pasangan suami isteri tersebut digari dan dibawa ke mahkamah menaiki kereta polis. Kami menggesa Ketua Polis Negara Hamid Bador untuk menjelaskan mengapa mereka dilayan berbeza berbanding pesalah perintah kawalan pergerakan yang lain seperti pakar kardiologi yang telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari dengan menaiki kereta polis.
Dalam keadaan yang sukar ini, mahkamah, secara umumnya, mempunyai kuasa untuk bertindak bebas dan berkecuali daripada pengaruh kuasa eksekutif, mengendalikan kes yang begitu banyak serta peka dan mengambil tindakan terhadap maklum balas tentang hukuman-hukuman yang diberikan.
Isu di sini adalah mengenai suatu keburukan, jika tidak ditangani, akan mencemarkan reputasi mahkamah.
Tindakan peguam negara yang kelihatan seperti “orang suruhan” kepada badan eksekutif dan menjauhkan dirinya daripada masyarakat adalah sungguh mengecewakan, namun masih belum terlambat untuk beliau melakukan perubahan.
Para anggota polis di lapangan – meskipun ada segelintir daripadanya menyalahgunakan kuasa – telah memerah keringat untuk menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan. Negara kita amat berterima kasih.
Namun, banyak keputusan yang dibuat oleh pegawai atasan, seperti menggari dan mereman mereka yang bukan dari golongan elit, memburukkan lagi imej institusi polis yang telahpun dilihat sebagai negatif.
Kami menggesa agar ketua polis negara bertindak segera terhadap para pegawai yang bersalah dan memaklumkan kepada masyarakat mengenainya.
8 Mei 2020
English version
Explain special treatment of Nurul Hidayah Ahmad Zahid
On 5 May, in Putrajaya, Magistrate Shah Wira Abdul Halim made two decisions which, judging by statements made and repeated on social media, have outraged the public.
According to news reports, reporters who were seated in the courtroom, were asked to leave before the hearing commenced. They were therefore not able to witness the proceedings.
The reports of the hearing are unclear. We cannot be sure why the magistrate apparently asked them to leave, what directive, if any, he gave about reporting, and on what basis he imposed a fine of RM800, which is lower than fines imposed on others.
Disquiet among the public is natural, since there have been numerous reports of RM1,000 fines imposed on persons who pleaded guilty to almost identical offences. Persons fined to date range from leading politicians to the abject poor.
According to one news report, one “mitigating factor” offered by counsel Ahmad Zaidi Zainal (assisted by counsel Rosal Azimin Ahmad) for Nurul and her husband is that they were out in order to attend a meeting called by a deputy minister.
We note that on 29 April, even the deputy health minister and a Perak executive council member member were fined RM1,000 each for a similar offence.
We note that single mother Lisa Christina, 30, was jailed by the Shah Alam Magistrates’ Court for breaching the movement control order – and that on 29 April the High Court revised her sentence to a fine of RM1,000.
Lisa has rightly questioned why lesser fines were imposed on Nurul, 41, and her husband, 49. It is hard for the public not to conclude that the couple were shown favouritism on account of Nurul’s pedigree, her father being the Umno leader.
Justice must not only be done, it must be seen to be done. And it must be seen to respect the guarantee of equal treatment of all persons under the law, as enshrined in Article 8 of the Federal Constitution.
It has been reported that the chief registrar of the Federal Court, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, has clarified that “no instruction [was] given to ban the media from the open court proceedings,” that the magistrate “did not realise the presence of the media” and the “clearing” was to comply with social distancing guidelines issued by the Ministry of Health (see link).
To clear the air and avoid bringing justice into disrepute, we call upon him to inform the public how the “clearing” was communicated in the courtroom – since it appears even reporters (who have keen ears) could not comprehend it. Did the magistrate take proper account of the level of public interest in the case?
According to a news report, the two deputy public prosecutors who attended the case called for a deterrent sentence including fine and imprisonment.
We are shocked that they asked for a prison term. Prisons are places where social distancing cannot be exercised! Why are they still asking for prison terms?
The public is unclear whether the deputy public prosecutors objected to the hampering of access to reporters. We therefore call upon the attorney general to clear the air and inform the public whether the deputy public prosecutors objected to the non-fulfilment of the open court expectations found in the Criminal Procedure Code (Section 7) and the Courts of Judicature Act (Section 15).
We also call upon the attorney general to inform the public whether he has directed his chambers to appeal the sentence of RM800.
We have not sighted any news reports of the couple being handcuffed and brought to court in a police car. We call upon the Inspector General of Police, Hamid Bador, to explain why they were treated differently from other alleged movement control order offenders such as the Penang cardiologist who was brought handcuffed to court in a police car.
Despite difficult circumstances, it appears the courts have, broadly speaking, acted independently of the executive, handled a large case load and acted responsively to feedback on punishments. The subject case is a blemish which, if unaddressed, may tar the reputation of the courts.
The attorney general’s seeming approach of being a maidservant to the executive and aloof from the public is tragic, but it is never too late to make amends.
Policemen on the ground have laboured to enforce the movement control order despite some abuses of power. The nation is grateful.
But many decisions by senior officers, such as handcuffing and remanding those who are not elites, worsens the already poor image of the police. We urge the inspector general to urgently act against errant officers and inform the public of the same.
Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict)
8 May 2020
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme